(VIDEO) ANWAR TELAH BUNUH HARAPANNYA SENDIRI

Kongres AMK dan Wanita PKR 2019 di Melaka adalah tragedi yang amat buruk kepada imej dan kredibiliti DS Anwar Ibrahim yang dijangkakan akan menggantikan Tun Mahathir.

Ia bukan sahaja mendedahkan kelemahan Anwar mengurus tadbir parti, malahan ia merosakkan harapannya untuk menduduki kerusi PM ke-8 yang menjadi amat kritikal setelah Tun Mahathir berdolak-dalik untuk mengosongkannya.

Rakyat melihat bagaimana ahli-ahli AMK bertindak bagaikan samseng jalanan ketika kongres sedang berjalan bagaikan golongan anarkis yang meletakkan undang-undang di kaki mereka sehingga ada yang menghemburkan darah.

Mungkin itulah generasi yang dilahirkan di jalanan oleh gerakan reformasi Anwar ketika menentang Tun Mahathir dulu.

Lantas kini, ia mendesak rakyat untuk menilai apakah Anwar layak dan boleh diberikan kepercayaan dan harapan untuk memimpin negara?

Pergeseran Azmin-Anwar bukan lagi merupakan soal pergeseran dalam kelambu PKR tetapi ia telah bertukar menjadi mala petaka besar kepada kewibawaan Anwar dan pengaruhnya dalam parti.

Kem DS Azmin telah berani mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 60% kepimpinan tertinggi parti dan akar umbi sudah berpihak kepada Azmin.

Bagaimana tidaknya apabila rakyat nampak Naib Presiden Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR Haniza Talha dan ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) iaitu Rashid Hasnon, Sivarasa Rasiah, Kamaruddin Jaafar dan Amiruddin Shari menghadiri ‘Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030’ di Hotel Renaissance Kuala Lumpur yang dianjurkan Azmin.

Musibah kepada harapan Anwar untuk menduduki kerusi PM ke-8, datang bertimpa-timpa pula dengan kes pencabulan sebagaimana ‘akuan bersumpah’ Muhammed Yusoff Rawther, yang merupakan kaki tangan penyelidik di pejabat Anwar sendiri. Ia seakan-akan mengulangi kes Saiful Bukhari.

Penganalisis politik menjenamakan kes pencabulan ini sebagai Sodomi III.

Ketika meletus Sodomi I, rakyat langsung tidak percaya dan menganggap ia sebagai kerja kotor musuh politik Anwar. Masakan pemimpin hebat ABIM boleh bertukar menjadi sodomis?

Apabila meletup pula kes Sodomi II, rakyat mula membuka mata dan cuba mencongak-congak fakta-fakta yang terdedah dari mahkamah. Kalau mahkamah dah putuskan Anwar bersalah, siapalah rakyat untuk menghakimi?

Kini apabila terbongkar pula Sodomi III, rakyat sudah mula melihat ia sebagai tabiat seksual yang amat payah untuk dibuang daripada diri yang sudah sebati dengannya.

Sepatutnya Anwar berusaha mengubat penyakitnya, supaya Allah dan malaikat-Nya melihat langkah Anwar untuk bertaubat dan memperbaiki diri dan memberkati harapanya untuk menjadi PM ke-8.

Mahathir sudah berjanji bahawa penurunan kuasa PM kepada Anwar akan dilaksanakan selepas APEC, November 2020. Lantas bermakna Mahathir bukanlah dalang di sebalik kes Yusoff Rawther.

Azmin pulah berjanji akan membela Anwar bagi kes tersebut yang juga menidakkan dirinya sebagai dalang.

Kini siapakah yang akan menjadi sasaran Anwar?

Wajarkah Anwar dan konco-konconya melaungkan ‘Reformasi’ yang dikitar semula apabila mereka menyedari bahawa peguam yang membela Yusoff adalah orang Mahathir?

Tidakkah Anwar sedar bahawa laungan ‘Reformasi’ itu akan membingitkan telinga Mahathir dan membakar degupan jantungnya? Reformasi lahir suatu ketika dahulu untuk menentang Mahathir.

Rakyat, terutamanya kaum Melayu-Islam sebenarnya sedang menilai fahaman liberalisme dan pluralisme agama Anwar yang dikatakan melampau sejak ucapannya di London School of Economics.

Dipetik daripada blog Dialograkyat.blogspot

Apa yang rakyat temui ialah kebenaran kata-kata Dr Chandra Muzaffar bahawa Anwar adalah sesumpah politik yang sebenarnya amat menggerunkan.

Rakyat juga masih ingat kenyataan Mahathir bahawa dia tidak mahu seorang sodomis menjadi Perdana Menteri.

Kemudian rakyat melihat bahawa Anwar lebih suka mendapatkan talian hayat daripada DAP, parti yang ramai kaum Melayu-Islam lihat sebagai ‘parti sial’ yang membawa kekalahan PH di Semenyih, Cameron Highlands, Rantau dan juga Tanjung Piai.

Rakyat nampak bayang-bayang komunisme, LTTE dan agenda menjadikan negara ini sebuah republik pada DAP.

Kini rakyat juga tertanya-tanya, berbaluikah SPBYD Agong memberikan pengampunan kepada Anwar?

Rakyat juga tertanya-tanya layakkah Anwar diangkat sebagai PM ke-8?

Jika ada pihak yang mahu dipersalahkan, maka Anwarlah yang sebenarnya membunuh harapannya sendiri.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: