(VIDEO) AMANAH TERUS DIPIMPIN OLEH ‘SI BADUT’

Mat Sabu mendapat sokongan corot dalam Konvensyen Amanah 2019. Dia menduduki tempat ke-7 daripada 27 jawatan yang dipertandingkan dalam konvensyen Amanah 2019.

Keputusan pemilihan tersebut menunjukkan bahawa Mat Sabu bukanlah pemimpin yang berpengaruh dalam Amanah.

Sistem pemilihan Amanah tidak ubah seperti sistem pemilihan DAP. Tidak hairanlah kalau ada penganalisis yang berani mengatakan bahawa Amanah ditubuhkan atas desakan DAP apabila melihat tiada kekuatan dalam PH untuk menarik masyarakat Melayu-Islam, setelah PAS meninggalkan PH (dahulunya PR).

Apa yang perlu mereka lakukan ialah menyerap sedikit istilah Islam seperti ‘Rahmatan Lil’ Alamin’ untuk memadamkan bayang-bayang DAP dalam Amanah.

Sekiranya berada di tempat ke-7, maka calon yang menang tempat ke-6 lebih layak daripada Mat Sabu untuk memegang jawatan Presiden parti, apatah lagi calon (Khalid Samad) yang memenangi undi teratas dalam senarai 27 calon.

Namun kerana ‘Rahmatan Lil Alamin’ Mat Sabu yang pernah didedahkan sebagai ‘Menteri Pertahanan Terbodoh Dunia’ dalam analisis ranking berdasarkan latar akademik, masih diangkat dan kekal sebagai Presiden.

Anehnya ‘Rahmatan Lil Alamin’ ala Amanah ini telah menuduh bahawa parti yang berlandaskan Islam seperti PAS dan UMNO akan menjerumuskan negara kepada kezaliman, dan pergaduhan antara kaum.

Dalam satu ceramahnya di sebuah SRJK Cina, Pei Chio Kukup Laut di Tanjung Piai, Salahuddin Ayub menghasut kaum Cina dengan mengatakan bahawa “Negara akan huru-hara, tembak, bakar sana-sini, tak boleh berniaga jika rakyat undi BN.”

Adakah kenyataan Salahuddin itu juga berasaskan ‘Rahmatan Lil Alamin’?

Kini dengan ‘Rahmatan Lil Alamin Amanah mengekalkan jawatan Mat Sabu sebagai Presiden.

Mungkin ada kebaikannya melantik orang yang kurang sokongan dalam parti seperti Mat Sabu untuk menjadi Presiden kerana mudah untuk terus ‘diperkudakan’ daripada tokoh ‘putar alam’ seperti Khalid Samad mahupun Mahfuz Omar.

Melalui Rahmatan Lil Alamin itu, perwakilan hanya mengambil masa ‘lima minit’ untuk memilih Presiden dan Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah).

Mat Sabu sebelum ini sudah terkenal sebagai tokoh Syiah, yang saban Jumaat khatib mendoakan agar umat Islam dihindari daripada fahaman sesat yang terkeluar daripada ajaran dan amalan Islam itu.

Dimuat naik daripada YouTube

Adakah dalam Amanah kini sudah lewah dengan penganut Syiah?

Mat Sabu juga pernah dilabelkan sebagai pemimpin buaya, yang ramai wanita muda di sekelilingnya.

Walau bagaimanapun, dia lebih baik sedikit daripada Anwar Ibrahim kerana dia masih bernafsu pada wanita dan bukannya lelaki sejenisnya.

Namun apa yang menjadi kepekaan dan keprihatinan rakyat ialah kedangkalan mahupun kebodohan Mat Sabu dalam konteks peranannya sebagai Menteri Pertahanan Negara.

Dia pernah mendedahkan kelemahan pertahanan negara baik dalam parlimen, mahupun dalam forum antarabangsa, sebagaimana persidangan Shangri-La Dialogue titled Asia’s Evolving Security Order and Its Challenges, di Singapura pada 1 Jun 2019 lalu.

Mat Sabu telah dengan sedar mencanangkan kepada  delegasi antarabangsa bahawa Angkatan Tentera Malaysia tidak mampu dan lemah dalam mempertahankan kedaulatan sempadan negara di persisir pantai yang dicerobohi oleh kapal Pengawal Pantai China (China Coast Guard).

Mat Sabu juga pernah mendedahkan bahawa hanya empat jet pejuang Malaysia yang boleh beroperasi.

Dalam konteks strategi pertahanan Mat Sabu amat jahil kerana mendedahkan kelemahan pertahanan negara yang sepatutnya menjadi rahsia negara.

Dalam isu pengganas antarabangsa Mat Sabu telah memberikan hujah genjot apabila dia membuat andaian bahawa terorisme adalah satu sifat genetik yang diwarisi daripada ibu-bapa. Dengan itu dia mencadangkan satu resolusi dengan mengesan ibu-bapa teroris.

Dengan itu, dalam kes anak Mat Sabu yang terlibat dengan dadah, adakah kerana tabiat dadah itu mempunyai kaitan genetik dengan dirinya sendiri. Hapuskan ibu-bapanya baru hapuskan sipesalah?

Banyaklah lagi ‘kebodohan’ Menteri Pertahanan Malaysia yang tak perlu dibincangkan di sini, namun cukuplah sekiranya Mahathir mencadangkan agar Mat Sabu tidak lagi dibenarkan untuk mewakili Malaysia dalam mana-mana persidangan pertahanan antarabangsa.

Walau bagaimanapun, perkara yang jelas tentang Amanah ialah ia diwujudkan untuk terus memecah-belahkan kekuatan politik kaum Melayu. Ia lahir daripada serpihan PAS oleh golongan yang ditolak oleh akar umbi dan ulama PAS.

Bagi kepimpinan tertinggi PAS, parti seperti Amanah ini tidak akan kekal lama.

Sebagaimana pandangan Presiden PAS, YB DS Haji Hadi Awang, banyak parti serpihan PAS sebelum ini kecundang satu demi satu seperti Hamim (Parti Hizbul Muslim Malaysia), parti Islah, parti Imam, Berjasa dan kini Amanah.

Lebih buruk lagi Amanah lebih dilihat sebagai ‘anak luar nikah’ DAP, yang mahu mengheret kaum Melayu-Islam bersekongkol dengan parti yang pernah dilabelkan oleh Mufti Pahang sebagai ‘kafir harbi yang harus ditentang’.

Angkuhnya terkini Mat Sabu mendabik dada bahawa ramai ahli PAS akan menyertai Amanah dan Amanah akan merampas Kelantan.

Sebaliknya, ada penganalisis yang melontarkan pandangan mereka bahawa walaupun Yuran Keahlian Amanah rendah, kaum Melayu-Islam tetap tidak berminat untuk menjadi ahli Amanah.

Malah terdapat tindakan ahli-ahli parti amanah yang meninggalkan parti.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: