(VIDEO) AZMIN ISYTIHAR PERANG SAUDARA TERHADAP BEDEBAH PKR

DALAM satu majlis makan malam PKR di Hotel Renaissance, DS Azmin Ali telah melabelkan golongan tertentu dalam PKR sebagai ‘bedebah’ yang juga membawa makna ‘celaka’. Dia mencabar golongan ini yang buta terhadap sejarah perjuangan PKR supaya sedar diri.

Inilah antara puncak kemelut perang saudara dalam PKR yang sebelumnya dilihat sebagai api yang membakar halus dalam sekam, namun kini telah menyemarak untuk terus membakar di luar sekam.

Pada 4 Disember DS Azmin Ali telah mengadap Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai satu misi damai ke atas kemelut pergeseran kedua-dua pemimpin PKR itu.

Pertemuan itu juga penting sebagai satu titik pada garis konflik Anwar-Azmin yang meletus setelah terbongkarnya video semburit yang memperlihatkan dua watak iaitu Haziq Abdul Aziz dan seorang lagi yang menyerupai Azmin Ali.

Walau bagaimanapun Haziq yang merupakan Ketua Cabang Santubong, telah mengaku bahawa watak dalam video semburit itu adalah dia, dan dia juga mengaku pasangannya adalah Azmin Ali.

Pihak polis telah mengesahkan bahawa video itu adalah tulen namun tidak dapat memastikan ketulenan watak pelaku dalam video itu.

Sejak itu konflik Anwar-Azmin mula membara manakala khalayak media membina persepsi bahawa dalang yang merancang mendedahkan video semburit itu ialah puak daripada kem Anwar.

Anwar tidak mahu Azmin menjadi penghalang kepadanya hasratnya untuk mengambil alih kerusi Perdana Menteri (PM) daripada Tun Mahathir.

Tun Mahathir memegang kerusi PM pada garis masa yang diterjemahkan sebagai ‘sementara’ sahaja sebelum menyerahkannya kepada Anwar Ibrahim.

Anwar sudah bersedia pada bila-bila masa, setelah memenangi Parlimen Port Dickson dengan cara yang bertentangan dengan ‘moral demokrasi’ tanpa mahu menunggu PRU15.

Konflik Anwar-Azmin pada asalnya timbul apabila Azmin diberikan portfolio ‘Menteri Ekonomi’ oleh Mahathir, satu portfolio yang tak pernah wujud dalam sejarah politik negara.

Azmin mempunyai rekod yang baik dalam pengurusan ekonomi Selangor sebagai menteri Besar dan dia dipersepsikan ‘bersih’ walaupun dipalit dengan aktiviti luar tabii sebagaimana didedahkan oleh adiknya Ummi Hafilda suatu ketika dahulu.

Mahathir juga berat untuk membenarkan Anwar menduduki kerusi PM kerana Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan kepada media antarabangsa bahawa dia tidak mahu seorang ‘sodomis’ mengambil alih tempatnya sebagai PM.

Sekiranya puak Anwar mahu Azmin disingkirkan daripada minda Mahathir sebagai penggantinya, maka mereka mesti membuat sesuatu supaya Mahathir menolak Azmin. Maka dengan itu video semburit dijadikan senjata kepada puak Anwar untuk ‘membunuh’ Azmin.

Oleh itu kesudian Azmin untuk mengadap Anwar, lebih-lebih lagi sebelum berlangsungnya Kongres AMK dan Wanita PKR 2019, adalah satu langkah yang amat baik untuk memadamkan api sekam yang sedang membara.

Dalam pertemuan itu terdapatlah perjanjian antara Anwar-Azmin supaya kongres berjalan dengan semangat perpaduan yang baik bagi dua puak yang berkonflik.

Walau bagaimanapun pada pagi 6 Disember ketika berlangsungnya kongres, telah meletus insiden pergaduhan dalam kalangan anak-anak muda PKR kerana terdapat usaha untuk menghalang puak Azmin daripada mengikuti acara kongres.

Pada 7 Disember, ketika Presiden PKR, Anwar Ibrahim, menyampaikan ucapan dasar, dia telah mengeluarkan kenyataan sinis tentang pengkhianat yang diterjemahkannya sebagai ‘Kitul’ yang telah membawa bencana kepada sejarah kerajaan Melayu Melaka.

Lantas apabila sesi pembahasan dibuka, maka terdapatlah sejumlah pembahas yang menyentuh isu pengkhianat dan penderhaka PKR.

Azmin dan puaknya menterjemahkan ucapan dasar Anwar sebagai satu pelanggaran kepada perjanjian yang telah dipersetujui pada 4 Disember.

Ucapan dasar Presiden juga adalah seumpama minyak petrol yang dicurahkan pada sekam yang sedang membara dalam konflik puak Anwar dan Azmin.

Lantas pada 8 Disember Azmin telah mengadakan satu majlis makan besar-besaran dengan penyokongnya di Hotel Renaissance, KL, dan mengisytiharkan perang terhadap Anwar Ibrahim.

Hotel Renaissance juga dicatatkan sebagai tempat bersejarah bagi ahli-ahli PKR kerana di situlah PKR mengumumkan penubuhannya.

Azmin amat marah apabila dia dilabelkan sebagai pengkhianat kepada PKR, sedangkan dialah penyokong Anwar dalam gerakan ‘reformasi’ yang lebih awal diheret ke penjara berbanding Anwar.

Dua puluh tahun lalu, pabila Anwar merengkok di penjara, Azminlah yang bertungkus-lumus bermatian berjuang untuk memastikan kesinambungan hayat PKR.

Kini dia digelar pengkhianat oleh anak-anak muda yang baru ‘dua hari mengenal PKR’.

Bagi Azmin golongan ini adalah ‘bedebah’ dalam PKR yang buta tentang perjuangan penubuhannya 20 tahun dahulu.

Azmin juga mengingatkan penyokongnya bahawa PKR bukan hidup atas sokongan ‘satu keluarga’ tertentu, ia hidup atas sokongan rakyat yang menentang kerajaan diktator.

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, jelaslah bahawa Anwar mahu Azmin disingkirkan daripada PKR sebagaimana kenyataan Anwar ketika mereka berdua bertemu.

Anwar memberitahu Zuraida bahawa Mahathir mahu Anwar memecat Azmin.

Namun sekiranya Mahathir mahu Azmin dipecat kenapakah Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa Azmin tidak perlu bercuti dan teruskan kerjanya ekoran isu video semburit?

Azmin juga kesal apabila dia dihina dengan jeritan ‘boo’ ketika perbahasan ucapan dasar presiden. Malah dia amat marah apabila golongan yang masih berhingus itu menghalaunya dan penyokongnya seperti Zuraida dan Tian Chua, keluar dewan.

Pergaduhan dalam kemelut pergeseran antara kem Anwar dan Azmin sudah lama berlaku sebagaimana dilihat dalam pergelutan kerusi Timbalan Presiden antara Azmin dan Rafizi yang dikatakan perang proksi antara Anwar-Mahathir (sila rujuk Cungkil.wordpress)

Sejauh manakah api peperangan saudara dalam PKR ini akan membakar? Kita tunggu dan lihat.

*****

Advertisement

2 thoughts on “(VIDEO) AZMIN ISYTIHAR PERANG SAUDARA TERHADAP BEDEBAH PKR

Add yours

  1. Bagi saya apa yg berlaku didalam PKR itu sudah sememang nya budaya PKR itu sendiri sejak asas penubuhan nya lgi.Jika kita sorotkan kembali sejarah tertubuh nya parti PKR itu yang penuh dengan drama kekerasan, pembohongan,manipulasi cerita serta penipuan fakta semata2 untuk membela perilaku individu yang gila kuasa yg menubuhkan parti PKR itu sendiri maka tak menghairankan dengan apa yg berlaku didalam PKR akhir2 ini.Sesungguhnya Allah swt itu maha mengetahui maha adil lagi maha bijaksana.Oleh sebab tertubuhnya parti PKR dengan nawaitu membela individu bukan nya nasib rakyat keseluruhan mungkin Allah swt menzahirkan kembali nawaitu awal nya untuk rakyat yg menyokong selama ini menilai nya kembali dgn akal fikiran yg waras.nahuzubillah hinzaaliq.

    Like

    1. Setuju 100% pandangan saudara. Akhir-akhir kejatuhan PH, PKR telah menonjolkan diri mereka yang tidak berdaya mengawal emosi, sering bergaduh sesama sendiri.

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: