(VIDEO) KEM AZMIN ALI, TELAH BERJAYA PERANGKAP ANWAR

AKHIRNYA Kongres AMK dan Wanita PKR di Melaka sah akan dirasmikan oleh DS Azmin Ali.

Jika inilah realitinya maka, jelaslah bahawa pihak kem DS Anwar yang menolak Azmin sebelum ini telah mengaku kalah kepada tekanan kem Azmin.

Sebelum ini, jemputan untuk Azmin merasmikan Kongres AMK telah dibatalkan sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Alasan yang diberikan adalah kerana Azmin tidak memberi respons kepada jemputan perasmian tersebut, dan dikuatkan lagi dengan rekod Azmin yang tidak pernah menghadiri Mesyuarat Biro Politik PKR sejak setahun lalu.

Alternatifnya, penasihat parti PKR, Dr Wan Azizah, akan menggantikan Azmin yang diperkukuhkan oleh kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Secara tradisinya bagi PKR, Kongres AMK dirasmikan oleh Timbalan Presiden, dan dengan itu, menolak Azmin untuk merasmikan kongres tersebut adalah bertentangan dengan tradisi yang telah mendapat konsensus parti.

Walau bagaimanapun isu di sebalik kemelut perasmian kongres tersebut adalah isu pergelutan kuasa dan pengaruh antara DS Azmin Ali dan Presiden parti DS Anwar Ibrahim.

Keputusan menolak Azmin dan menggantikannya dengan Dr Wan Azizah telah dibantah oleh 21 daripada 25 Ahli Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR.

Amat jelas bahawa pengaruh Azmin dalam kalangan kepimpinan tertinggi PKR amat kuat berbanding dengan sokongan pada kem Anwar.

Meskipun Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir telah memutuskan bahawa Azmin ditolak sebagai perasmi, namun Timbalan Ketua AMK, Mohd Nazree Yunus dan 21 Ahli Pimpinan Pusat AMK menentang keputusan tersebut.

Bantahan tersebut turut diasak dengan rancangan kem Azmin untuk mengadakan kongres berasingan di Kuala Lumpur pada tarikh yang sama.

Ramai tertanya-tanya, siapakah yang akan menghadiri kongres serentak di Kuala Lumpur itu?

Lantas Mohd Nazree menjelaskan bahawa hanya 2000 ahli daripada 600,000 ahli yang akan menghadiri kongres di Melaka. Dengan itu terdapat lebih 500,000 lagi ahli yang sedia untuk bersama dalam kongres di Kuala Lumpur.

Sekiranya 21 daripada 25 Ahli Pimpinan Pusat AMK sepakat berada dalam kem Azmin, maka ia bermakna Azmin menguasa 84% Ahli Pimpinan Pusat AMK.

Sementara itu penganalisis politik Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain percaya bahawa 27 daripada 30 (90%) Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) (lantikan melalui undian ahli) berdiri di belakang Azmin ketika Anwar mahu Azmin meletakkan jawatannya ekoran tercetusnya kes video semburit.

Anwar lupa bahawa ketika dia merengkok dalam penjara, Azminlah yang membela dan menjaga kebajikan kepimpinan tertinggi PKR. Masakan mereka boleh menolak Azmin begitu sahaja?

Video Monolog Reggie Jessy Rithaudeen yang dimuat turun daripada YouTube

Jelaslah bahawa keputusan akhir yang memenangkan kem Azmin dalam isu perasmian Kongres AMK, telah membuktikan bahawa pengaruh Azmin dalam PKR amat kuat dan mempunyai potensi yang signifikan untuk menjatuhkan DS Anwar Ibrahim.

Sabtu nanti (7 Disember 2019) masyarakat yang peka terhadap perkembangan konflik Azmin-Anwar pastinya ingin tahu sama ada Kongres PKR yang dijadualkan di Kuala Lumpur akan terus diadakan atau tidak.

Sudah tentunya berpuluh ribu ringgit telah dibelanjakan untuk menempah hotel, dewan, penginapan dan makan-minum.

Lebih menarik apabila Anwar telah memberi amaran bahawa jika ada mana-mana ahli jemputan yang menghadiri majlis selain daripada Kongres PKR di Melaka, tindakan keras akan diambil sehingga kepada pemecatan sebagai ahli.

Beranikah Anwar bertindak sedemikian kepada kumpulan kem Azmin?

Jauh lebih mengejutkan apabila, meletup pula kes pencabulan seksual terbaru yang mengaitkan Anwar.

Video dimuat turun daripada YouTube

Adakah ini merupakan satu amaran atau perangkap terhadap Anwar sehingga dia terpaksa tunduk kepada kehendak kem Azmin?

Anwar diterjemahkan sebagai panik dan gelabah apabila satu lagi aktiviti seksual luar tabiinya terbongkar (diharap ia fitnah). Lantas dengan itu Anwar terperangkap lagi sekali sebagaimana dia terperangkap dengan kes sodomi ke atas Saiful Bukhari.

Langkah awal untuk meredakan segala ketegangan politik yang mengasaknya, Anwar dilihat terpaksa tunduk kepada Azmin untuk membenarkannya merasmikan Kongres AMK dan Wanita PKR.

Adakah selepas ini, banyak lagi perkara yang akan memaksa Anwar mengalah pada Azmin? Kita tunggu dan lihat.

Apa yang jelas ialah pengaruh Anwar kian luntur. Janganlah selepas ini Anwar akan menuduh UMNO, PAS, dan Najib pula yang bersekongkol dengan mangsa sodomi III-nya itu.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: