(VIDEO) KONGRES AMK PKR BERTUKAR MENJADI KONGRES ‘ANGKATAN MONYET KERA’

PADA 26 November lalu, Ahli Parlimen PKR, Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang juga merangkap Pengarah Komunikasi PKR, telah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘konflik kepimpinan yang melingkari Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan suatu perkara biasa kerana ia asalnya merupakan parti yang lahir ‘di atas jalan raya’.

Beliau juga mempunyai pandangan yang amat positif terhadap penerimaan rakyat pada PKR meskipun pemimpin tertinggi PKR sudah kotor dipalit dengan isu sodomi, semburit, pluralisme agama dan liberalisme sosial.

Kata Fahmi, “rakyat menaruh harapan yang tinggi terhadap PKR dan sebarang kekhilafan antara pemimpin perlu diselesaikan dengan baik melalui platform tertentu.”

Adakah kerana PKR adalah ‘parti jalanan’ maka ia mewajarkan ahli dan pemimpinnya menjatuhkan maruah sesama sendiri, bergaduh, bertumbuk, mengamuk dan mencederakan sesama mereka?

Fahmi juga menegaskan bahawa “Keadilan has always been dynamic, very dynamic party, we have always been, and this is a nature of the party. Keadilan ini lahir di atas jalan raya, bagi kami ini adalah rencam, kebiasaan resmi bagi Keadilan.”

Adakah bersemburit dan sodomi itu juga diterjemahkan sebagai dinamik? Adakah bergaduh sesama sendiri sehingga luka parah juga satu ‘dynamic character’?

Kontradik daripada kenyataan Fahmi insiden simbahan cat merah dan campakan bangkai ayam di pejabat Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir pada 25 November lalu disifatkan sebagai teruk dan bukan pula sifat dinamik parti jalanan itu.

Ia diterjemahkan oleh rakyat sebagai satu ugutan ‘ala gangster’ yang sebenarnya amat tebal dalam diri konco-konco PKR.

Persepsi yang sama juga dilontarkan oleh Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak apabila segelintir pemimpin berjawatan tinggi dalam PKR gemar menimbulkan kekacauan.

Tapi hakikatnya Farhash sendiri pernah diburu polis kerana terlibat dalam pergaduhan di kompleks sukan Ampang awal September lalu.

Benarlah kenyataan Fahmi bahawa PKR lahir di jalanan, dan pemimpinnya juga bertaraf jalanan; soal pergaduhan, menjatuhkan maruah sesama sendiri, mengamuk dan merusuh adalah perkara biasa bagi parti jalanan ini. Ia langsung tidak memancarkan falsafah ‘keadilan’ yang dilaung-laungkan dan menjadi doktrin parti.

Lihat saja pergaduhan semasa pemilihan PKR di Pulau Pinang, di Julau Sarawak, Keningau Sabah, di Merbok, Kedah, Johor dan Selangor.

Inikah parti yang menjadi harapan rakyat?

Terkini (6 Disember) berlaku pula pergaduhan semasa Kongres AMK sedang berlangsung di Air Keroh Melaka.

Video 1

Video 2

Benarlah, kalau sudah parti jalanan, maka ahli dan pemimpinnya juga mendukung minda jalanan, sebagaimana samseng atau gangster yang anarkis dan menolak ketamadunan, peradaban dan undang-undang ke dalam longkang.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: