NAMPAKNYA isu penyeludupan abu mayat Chin Peng laknatullah tidak tamat di situ sahaja.
Ada usaha lanjutan untuk mengangkat perjuangan pengganas komunis sebagai perjuangan kemerdekaan yang lebih merupakan usaha DAP yang buta sejarah atau sengaja mahu mengubah sejarah.
Kira-kira 300 bekas pengganas komunis telah berhimpun di Kajang, sebagai satu usaha untuk menggesa rakyat menerima mereka sebagai pejuang kemerdekaan. Bersama mereka adalah pemimpin DAP, Ronnie Liu.

Inilah perjuangan neo-komunisme atau komunisme baharu, setelah pihak yang menyokong komunisme sejak Perang Dunia Kedua, membawa ke zaman Darurat, seterusnya era pasca-Merdeka, pasca 13Mei serta DEB, dan kini pada era DAP, mendominasi kerajaan kakistokrat PH yang lintang-pukang.
Mungkin juga isu abu mayat Chin Peng laknatullah hanyalah sebahagian daripada agenda tersembunyi pihak DAP dan konco-konconya, seperti Mat Sabu dan Amanah.
Sebelum ini mereka sudah cuba menyelinapi minda generasi muda melalui komik komunisme dengan usaha halus menyebarkannya di sekolah-sekolah rendah dan menengah.

Nampaknya DAP merupakan kuasa politik yang tidak pernah berputus asa memperjuangan ideologi neo-komunisme yang cuba menjadikan negara ini sebagai sebuah republik komunis.
Satu perhimpunan bekas pejuang komunis telah diadakan di Banting dan kemudiannya di Kajang dengan dakyah halus untuk menyemarakkan perjuangan komunis setelah ‘godfather atau wali’ komunis pulang ke Malaysia dalam bentuk abu mayat laknatullah.

Parti Komunis Malaya yang dipimpin oleh Chin Peng laknatullah tidak pernah mahu memohon maaf atas kezaliman dan keganasan mereka yang telah membunuh lebih 9000 anggota PDRM, ATM dan rakyat awam yang tidak berdosa.

DAP mempunyai kaitan yang signifikan dengan perjuangan ideologi neo-komunisme di negara ini, pastinya dengan matlamat untuk menyerapkan dan kemudiannya mengangkat sistem pemerintahan republik bagi membunuh sistem Raja Berperlembagaan.
Melalui republik komunis sahajalah peruntukan berkaitan hak istimewa kaum Melayu, Raja-Raja Melayu dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara akan dapat dilenyapkan.
Ideologi komunisme tidak pernah mahu menerima agama sebagai sandaran dan tunggak kepercayaan hamba Allah yang tunduk kepada pencipta-Nya. Bagi komunisme, agama adalah candu yang melalaikan hidup, sedangkan agama mengangkat keesaan Allah, mentauhidkan Maha Pencipta dan Maha Berkuasa yang membawa kepada ketaqwaan kepada-Nya.

Berikut adalah antara fakta yang relevan untuk mensabitkan DAP dengan gejala neo-komunisme dan agenda mengagungkan pejuang pengganas komunis baik semasa Perang Dunia Kedua, zaman Darurat, zaman pasca-Merdeka, era pasca-13Mei dan DEB, berlajutan sehingga kepada Perjanjian Hatyat 1989, dan terkini ketika DAP mendominasi kerajaan PH yang lintang-pukang.
- DAP adalah parti yang berdiri di sebalik tragedi berdarah 13 Mei. Semasa perarakan pembangkang pada 10 Mei konco-konco DAP mengusung bersama sepanduk pemimpin Mao Tze Tung (Pengerusi Parti Komunis China) dan mendewa-dewakannya.

- Tommy Thomas pernah berperanan sebagai peguambela Chin Peng dan PKM pada 2009 bagi menuntut kerugian serta menghalang kerajaan Malaysia atau ejen-ejen daripada mengeluarkan kenyataan fitnah mengenai Chin Peng dan PKM. Kini Tommy Thomas seperti berkuasa menentukan sesuatu kes yang dibawa dan digugurkan di mahkamah. Konco-konco komunis dan konco-konco Chin Peng merasai mereka terlindung dengan adanya Tommy Thomas.
- Peguam Negara, Tommy Thomas pernah menyamakan perjuangan Chin Peng dengan Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak (2013) dalam konteks perjuangan menuntut kemerdekaan. Sebaliknya Chin Peng hanya berjuang untuk menentang Jepun ekoran Perang China-Jepun (1937-1945) dan bermatlamat untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah republik jajahan kerajaan Republik Komunis China.

- Chin Peng mahu menjadikan Malaysia sebuah republik dan objektif itu selari dengan agenda tersembunyi DAP yang juga mahu menjadikan Malaysia sebuah republik (sila rujuk Razali Abdul Rahman, bekas pengarah Strategik Melayu-Islam DAP).

- Kit Siang telah menggesa KDN menarik balik pengharaman komik komunisme yang diterbitkan oleh konco DAP. Mengapakah komik komunisme ini penting sangat sedangkan ia hanyalah komik? Pasti ia penting kepada generasi muda di sekolah bagi menanam ideologi komunisme dalam jiwa dan minda mereka. Sekiranya komik picisan komunisme bertaraf ‘kertas jamban’ pun mahu diperjuangkan, apatah lagi ideologi komunisme itu sendiri?

- Mat Sabu yang partinya ditaja oleh DAP juga menggerakkan agenda halus untuk mengagungkan komunisme. Mat Sabu menyokong Mat Indera, seorang penggans gerila komunis sebagai wira. Manakala Chin Peng adalah godfather atau wali kepada Mat Indera.

- Parti Amanah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menjadi benteng kepada DAP. Mengapa Amanah begitu bersungguh-sungguh mempertahankan DAP yang pernah difatwakan sebagai kafir harbi oleh Mufti Pahang? Adakah kerana Amanah mendapat sumber kewangan daripada Yahudi yang turut membiayai DAP?

- Tun Mahathir juga menunjukkan sikap ‘tutup sebelah mata’ pada isu abu mayat Chin Peng. Mahathir pernah memperakui bahawa dia adalah boneka DAP. Sedangkan semasa Chin Peng mati, Mahathir bersungguh-sungguh menolak usaha mengembalikan mayatnya ke Malaysia.

- Anwar Ibrahim yang kini sedang menghadapi kemelut kepercayaan kepimpinan parti PKR, terpaksa bergantung hayat pada DAP, terutamanya untuk menyokongnya sebagai pengganti Mahathir. Anwar juga pernah meminta kerajaan membenarkan kemasukan mayat Chin Peng laknatullah ke negara.

- Ronnie Liu hadir dalam majlis himpunan bekas gerila komunis di Kajang. Mengapakah dia ada bersama-sama bekas pengganas komunis laknatullah itu?

- Ronnie Liu juga dengan gahnya memberi kredit pada Mahathir apabila Mahathir memandang ringan akan isu penyeludupan abu mayat Chin Peng laknatullah, sedangkan sebelum ini dia mengutuk Mahathir sebagai ‘paper tiger’ dan turut menggesa Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM yang hanya mengharapkan ihsan DAP.
*****
Tinggalkan Jawapan