VIDEO – SIAL ABU MAYAT MEMBAWA MALAPETAKA KEPADA PH

SETELAH kes LTTE mengasak kerajaan PH yang dipersepsikan oleh rakyat sebagai agenda DAP, dengan sebilangan pemimpinnya yang dituduh sebagai aktivis pengganas, kini kerajaan PH digegarkan pula dengan kes mendewa-dewakan pengganas komunis dan ideologi komunisme.

Tidak pasti di manakah titik permulaannya, tetapi rakyat pada awalnya dikejutkan dengan kenyataan Mat Sabu yang mengangkat gerila komunis Mat Indera, sebagai wira pejuang kemerdekaan.

Rakyat tidak hairan kerana pada ketika itu Mat Sabu hanyalah ahli politik jalanan yang cuba mendapatkan restu DAP.

Namun kini Mat Sabu adalah Menteri Pertahanan, walaupun kajian telah menunjukkan bahawa itulah Menteri Pertahanan ‘terbodoh’ dunia kerana tiada latar akademik ketenteraan mahupun kesarjanaan, tetapi sekadar pelajar ‘sekolah kulinari’ ITM yang gagal.

Dipetik daripada Cungkil.wordpress

Kini sebagai Menteri Pertahanan Mat Sabu diterjemahkan sebagai memperakui perjuangan pengganas komunis, dan sekaligus menghalalkan pembunuhan lebih 9000 anggota keselamatan (Polis, Polis Hutan, dan ATM) serta orang awam yang tidak berdosa.

Maka berlambak tersebarnya video dan wacana daripada mangsa pengganas komunis dalam media sosial yang membantah, naik darah dan mengutuk Mat Sabu serta aktiviti pengganas komunis yang pada suatu ketika dahulu dilabelkan sebagai ‘Musuh Utama Negara’.

Terkini kemarahan rakyat dilonjakkan lagi dengan penyeludupan abu mayat Chin Peng (ada pengguna sosial media menggunakan istilah abu bangkai Chin Peng) secara senyap pada 16 September ‘Hari Malaysia’.

Ramai penganalisis yang melihat bahawa, DAP-lah yang berada di balik tabir agenda mendewa-dewakan perjuangan songsang Parti Komunis Malaya (PKM).

Agenda ini kami terjemahkan sebagai sial yang menimpa kerajaan PH, kerana rakyat sejak sebelum merdeka pada 1945 membawa kepada zaman Darurat dan berlanjutan sehingga 2 Disember 1989, melabelkan pejuang komunis sebagai musibah yang mesti diperangi sehingga ke lubang cacing.

Perjuangan komunis pada hakikatnya adalah untuk menjadikan negara ini negara republik komunis jajahan Republik (Komunis) Rakyat China dan bukannya perjuangan untuk memerdekakan negara ini daripada penjajah Inggeris.

Pembentukan gerila komunis semasa Perang Dunia Kedua (WWII) di Malaya, pada dasarnya adalah untuk kaum China (MPAJA) menentang tentera Jepun yang sememangnya sedang bermusuhan dengan China semenjak Peperangan China-Jepun di Manchuria (1937-1945).

Ribuan kaum Cina (angka tidak rasmi 5000) dibunuh oleh tentera Jepun dalam operasi Sook Ching (penghapusan etnik Cina) di Singapura, begitu juga di Tanah Melayu semasa bermulanya Perang Dunia Kedua (PDK) 1945.

Dengan sebab itulah setelah negara Merdeka pada 1957, gerila komunis masih lagi menentang kerajaan Merdeka Tanah Melayu yang kemudiannya Malaysia.

Kaum Melayu yang menyertai gerila komunis PKM seperti Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan lain-lain sebenarnya tertipu dan diperdaya kerana pada sangkaan mereka gerila komunis berjuang untuk kemerdekaan Malaya.

Sial kemasukan abu mayat Chin Peng diperhebatkan lagi dengan kenyataan Perdana Menteri yang menganggapnya sebagai ‘benda kecil’.

Kata Mahathir dalam satu sidang akhbar, “Benda macam ini yang nak bangkitkan untuk nak puaskan hati siapa? Nak pergi kutip abu dia? Benda kecil macam ni habis nak dikorek sebab nak memburukkan kerajaan. Benda ini berlaku macam masa (zaman) Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dulu tetapi tiada apa. Namun sekarang semua berbalik kepada PH.”

Isunya di sini, bukanlah soal abu mayat Chin Peng yang diseludup masuk pada ‘Hari Malaysia’, sebaliknya ia menjadi satu simbol pengagungan komunisme dan pengganas gerila komunis PKM yang diterajui oleh Chin Peng laknatullah.

Anwar Ibrahim: Allow Chin Peng to Come Home

Bakal pengganti Mahathir yang sedang menunggu peralihan kuasa, DS Anwar Ibrahim juga menyeru kerajaan BN pada 2009 supaya membenarkan Chin Peng pulang.

Bertambah sial lagi apabila bekas Ketua Polis Negara, TS Rahim Noor mempersoalkan mengapakah abu mayat Chin Peng tidak boleh dibawa balik ke Malaysia, sedangkan tubuhnya boleh balik?

Sial penyeludupan abu mayat Chin Peng laknatullah, digandakan lagi dengan sial perhimpunan bekas anggota komunis di Banting dan kemudiannya Kajang.

Bekas KPN TS Musa Hassan, menegaskan bahawa sekiranya Hitler dibenci oleh seluruh rakyat Eropah kerana keganasannya pada Perang Dunia Kedua, sehingga sekarang, mengapakah kita harus maafkan Ketua PKM itu?

Bagi Musa Hasan, sebarang perhimpunan anggota PKM adalah haram.

Ronnie Liu, Ahli Parlemen Sungai Pelek juga menambahkan lagi kesialan PH apabila dia yang sebelumnya mengutuk Mahathir sebagai ‘harimau kertas’ Asia, kini memuji Mahathir kerana kenyataannya yang tidak membantah penyeludupan abu mayat Chin Peng.

Sial yang bertimpa-timpa ini, berentetan sehingga membawa kepada kekalahan PH-Bersatu di Tanjung Piai.

Foto Karmaine bersama Kit Siang membawa sial kepada PH

Malah pengundi di Tanjung Piai menterjemahkan sebagai suatu kebodohan bagi calon Bersatu di Tanjung Piai yang bergambar berlatar-belakangkan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang juga dilabelkan sebagai pengganas komunis pada zaman Darurat dahulu.

Usaha konco-konco DAP mambawa masuk abu mayat Chin Peng laknatullah dikecam oleh Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling. Beliau berpendapat bahawa usaha membawa masuk abu mayat Ketua PKM itu adalah sebagai penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu dan sewajarnya ditentang oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sial yang bertimpa-timpa ini akan terus melanda PH, kerana kaum majoriti Melayu-Islam yang antikomunis dan juga kaum minoriti yang telah merasai penderitaan keganasan pengganas komunis akan terus menolak PH, selagi ia bersekongkol dengan DAP.

Kini PH bukan sahaja dipersepsikan sebagai anti-Melayu-Islam dan anti-Raja-Raja Melayu, malah PH juga dipersepsikan sebagai pembela pengganas komunis.

Pasti sial ini akan menghumban PH kepada kemusnahan pada PRU15 nanti.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: