(VIDEO) TUN MAHATHIR LUPA DENGAN PENDIRIANNYA TENTANG ABU MAYAT PENGGANAS CHIN PENG

A A A A A A A A A A A A A A

SETELAH tercetus isu konco-konco komunis yang membawa masuk abu mayat Chin Peng yang dilabelkan sebagai pengganas komunis dan musuh utama negara semasa zaman Darurat 1948-1960 dan berlanjutan sehingga kepada Perjanjian Hatyai 1989, Tun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan yang berbeza dengan pendiriannya pada Okt 2013, dua minggu setelah Chin Peng mati.

Image result for perjuangan chin peng dan PKM

Perjuangan komunis pada hakikatnya adalah untuk menjadikan negara ini negara republik komunis sebagai jajahan Republik Rakyat China Komunis dan bukannya untuk memerdekakan negara ini daripada penjajah Inggeris.

Pembentukan gerila komunis semasa Perang Dunia Kedua (WWII) di Malaya, pada dasarnya adalah untuk kaum China menentang tentera Jepun yang sememangnya sedang bermusuhan dengan China semenjak Peperangan China-Jepun di Manchuria (1937-1945).

Ribuan kaum Cina dibunuh oleh tentera Jepun di Singapura, begitu juga di Tanah Melayu, bukan kerana WWII, tetapi kerana kebencian mereka terhadap China dan kaum Cina dalam peperangan China-Jepun.

Dangkal sekali untuk mengangkat dan mencanangkan bahawa perjuangan gerila komunis melalui Parti Komunis Malaya yang diketuai oleh Chin Peng laknatullah, adalah atas dasar perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu.

Dengan sebab itulah setelah negara Merdeka pada 1957, gerila komunis masih lagi menentang kerajaan Merdeka Tanah Melayu yang kemudiannya Malaysia.

Kaum Melayu yang menyertai gerila komunis PKM seperti Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan lain-lain sebenarnya tertipu dan diperdaya kerana pada sangkaan mereka gerila komunis berjuang untuk kemerdekaan Malaya.

Setelah negara merdeka pada 31 Ogos, 1957, tentera gerila komunis di bawah kuasa Chin Peng masih lagi dengan ideologi mereka untuk menjadikan negara ini republik komunis dan sering melancarkan serangan ke atas pihak berkuasa dan orang awam.

A A A A A A A A A A A A A JKOMUNIS 4

Melalui sistem komunisme yang menentang sistem ekonomi bebas ‘laissez-faire’, ekonomi negara akan dikendalikan di bawah sistem authoritarian komunisme dan semua harta adalah milik negara.

Agama, amalan kepercayaan dan budaya kaum pribumi akan ditolak dan digantikan dengan sistem sosial authoritarian komunisme. Harta kekayaan individu diharamkan dan dirampas menjadi milik kerajaan.

Pada dasarnya itulah yang diperjuangkan oleh laknatullah PKM dan Chin Peng.

Pada 1 Oktober 2013, dua minggu setelah kematian Chin Peng laknatullah, Mahathir telah mengeluarkan kenyataan radikal menentang sebarang usaha untuk membawa masuk mayat pengganas itu yang juga dikenali sebagai Ong Boon Hua yang telah mati pada 16 September 2013 di Bangkok.

A A A A A A A A A A A A A JKOMUNIS 2

Sebagaimana disiarkan dalam The New Straits Times, terbitan 1 Oktober 2013, antara lain Mahathir menyatakan bahawa:

  • Sebarang usaha untuk mengisytihar Chin Peng sebagai patriot, negarawan dan perjuang kebebasan menunjukkan betapa sebilangan rakyat Malaysia telah terkelencong daripada dasar Parti Komunis Malaya (PKM) dan matlamat mereka yang sebenarnya.
  • Dalam gerakan gerila PKM menentang kerajaan Malaysia yang merdeka, mereka telah membunuh ribuan rakyat awam dan anggota keselamatan sebagai warganegara yang tidak berdosa yang mempertahankan kemerdekaan. Pegawai kanan polis dibunuh dan pasukan polis diserang hendap dan ditembak mati.
Image result for Tentera Jepun membunuh ribuan kaum Cina di Singapura semasa Perang Dunia II
Dipetik daripada Babab.net
  • Negarawan bagi sebuah negara merdeka tidak membunuh rakan warganegara sendiri yang cuba menjalankan tanggungjawab mereka menjaga keselamatan negara serta menyara hidup mereka untuk sebuah kehidupan yang harmoni. Namun PKM telah mengetepikan kemerdekaan negara serta hak demokrasi rakyat hanya semata-mata kerana ideologi mereka untuk mewujudkan sebuah negara diktator komunis. PKM telah dan bersedia menggunakan keganasan ekstrem semata-mata untuk mengangkat ketua mereka Chin Peng sebagai pemimpin authoritarian (diktator) di negara ini.
  • Amatlah penting untuk diingatkan bahawa Chin Peng tidak pernah berusaha untuk mendaftarkan dirinya sebagai warganegara Malaysia. Dengan itu dia telah menolak segala hak sebagai seorang warganegara Malaysia. Namun ada kemungkinan konco-konco Chin Peng akan cuba berhimpun untuk mendewa-dewakannya di perkuburannya sebagai simbol untuk membangkitkan semula PKM di Malaysia. Dengan Chin Peng sebagai simbol kebangkitan PKM, kemungkinan pergeseran hubungan kaum akan terus meledakkan keganasan.
  • Kerajaan Malaysia berdiri pada paksi yang betul untuk menghalang pengkebumian mayat Chin Peng, mahupun membawa masuk abu mayatnya di negara ini.

–  Tun Mahathir Mohamad

(Untuk kenyataan penuh sila rujuk MalaysiaToday sebagaimana yang telah dipetik daripada The New Straits Times, 1 Okt 2013).

A A A A A A A A A A A A A JKOMUNIS 3

Anehnya bertentangan dengan kenyataan Mahathir dalam The New Straits Times Okt 2013 itu, dia telah mengeluarkan pandangan yang amat berkontradik semalam (28 Nov 2019), seakan-akan dia cuba membela konco-konco komunis yang lewah dalam parti DAP.

Kata Mahathir dalam satu sidang akhbar, “Benda macam ini yang nak bangkitkan untuk nak puaskan hati siapa? Nak pergi kutip abu dia? Benda kecil macam ni habis nak dikorek sebab nak memburukkan kerajaan. Benda ini berlaku macam masa (zaman) Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dulu tetapi tiada apa. Namun sekarang semua berbalik kepada PH.”

Nampak sangat bahawa Mahathir amat fobia dengan DS Najib dan masih cuba menghalakan setiap kemarahan rakyat terhadap DS Najib.

Logiknya, sebagai satu analogi, dadah yang diseludup oleh seseorang penyeludup yang telah diedarkan kepada penagih, sememangnya tidak boleh dikutip semula. Namun penyeludup itu tidak akan terlepas daripada hukuman.

A A A A A A A A A A A A A KOMUNIS 11
Konco-konco komunis meraikan abu mayat Chin Peng di Ipoh

Abu mayat Chin Peng laknatullah yang telah ditaburkan di laut Lumut dan belantara Banjaran Titiwangsa sememangnya tidak boleh dikutip semula, namun pihak yang membawa masuk abu mayat itu tidak boleh dilepaskan.

Jemaah Menteri (eksekutif yang merupakan ‘lawmakers’ di parlimen) telah memutuskan bahawa abu mayat Chin Peng tidak boleh dibawa masuk ke negara ini, apatah lagi Chin Peng bukanlah warganegara Malaysia.

Tidakkah kemasukan abu mayatnya ke negara ini akan membangkitkan sentimen perkauman, dan membakar kemarahan ATM, PDRM serta ahli keluarga 9,000 mangsa pembunuhan gerila komunis PKM yang berada di bawah kuasa Chin Peng laknatullah pada masa itu? Malah pada 1974, gerila komunis di bawah arahan Chin Peng telah membunuh Ketua Polis Negara (sila rujuk video di atas).

Bertentangan pula dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, TS Muhyiddin Yassin yang menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah membenarkan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, dibawa pulang ke Malaysia.

Bagi Muhyiddin berdasarkan panduan membawa balik dan keluar abu mayat, ahli keluarga atau sesiapa sahaja perlu memaklumkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Persoalannya adakah pihak terbabit telah memaklumkan perkara itu atau ia diseludup masuk ke negara kita dengan tidak diketahui pihak berkuasa.

“Kita tidak mahu melihat isu ini berbangkit dan menimbulkan kemarahan terutama terhadap keluarga mangsa keganasan komunis, sama ada secara langsung dengan Chin Peng atau gerakan komunis pada zaman darurat dahulu,” kata Muhyiddin.

Lebih menyakitkan hati, pihak yang membawa masuk abu mayat Chin Peng laknatullah itu, telah mencabar kerajaan dan sanggup berhadapan dengan sebarang tindakan pihak berkuasa.

Presiden UMNO, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mempertikaikan usaha konco-konco komunis yang telah membawa masuk abu mayat Chin Peng laknatullah ke negara ini.

Pihak yang berkenaan memberi alasan hendak menghormati Chin Peng laknatullah, tetapi bagaimana dengan kaum keluarga 9,000 anggota ATM, PDRM dan rakyat awam yang tidak berdosa yang mati akibat keganasan pengganas laknatullah itu?

Lantas apa tujuan mereka menghormati pengganas komunis seperti Chin Peng laknatullah itu?

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: