VIDEO – RAKYAT BENCIKAN MAHATHIR TAPI RAKYAT JUGA JIJIK PADA ANWAR

A A A A A A A A A A A A A A

RAKYAT berada dalam keadaan yang amat serba salah.

Sebelum PRK Tanjung Piai lagi rakyat sudah benci dan meluat pada Tun Mahathir yang gagal memikul amanah yang diberikan.

Malahan kerajaan pimpinan Mahathir dilihat dengan jelas telah mengheret negara ke arah kehancuran bukan sahaja dari aspek ekonomi bahkan dalam aspek keharmonian sosial dan agama.

Manifesto diterjemahkan oleh Mahathir ‘bukan kitab suci’ yang mesti ditunaikan, sebaliknya Mahathir dan kepimpinannya telah menjadikan manifesto sebagai kertas tandas untuk mencuci najis.

Lebih daripada itu Mahathir tanpa segan silu mengumumkan bahawa dia adalah ‘boneka’ kepada DAP yang dikatakan mendominasi kerajaan PH.

Jika keputusan PRU14, dicanangkan oleh Mahathir sebagai referendum kepada DS Najib, bahawasanya rakyat telah menolak kerajaan Najib dan BN yang dikatakan perompak dan kleptokrasi, kini PRK Tanjung Piai pula dicanangkan rakyat sebagai referendum kepada Mahathir dan kerajaan kakistokrasi pimpinannya.

A A A A A A A A A A A A A MAHANUAR 1

Lebih baik hidup dalam kepimpinan kleptokrasi yang prihatin kepada kesempitan hidup, daripada hidup di bawah kerajaan kakistokrasi yang menyembelih rakyat, mengucar-kacirkan integrasi kaum, menghina Raja-Raja, menjadikan agama Islam bahan lelucon, menyerapkan gerakan menjadikan negara sebuah republik, dan kini dilihat ada gelombang mendewa-dewakan komunisme.

Kemelut pemindahan kuasa Tun Mahathir dan DS Anwar tidak henti-henti menjadi teriakan media, baik media picisan dalam talian mahupun media arus perdana.

Pergeseran kedua-dua tokoh yang sememangnya berdendam dan bermusuh sejak 1998 sehingga menyemarakkan reformasi dan akhirnya terbentuk PKR, bukan lagi menjadi rahsia kepada dunia.

Namun hipokrasi kedua-duanya mempertemukan mereka dalam pakatan politik PH.

Walau bagaimana hebat sekalipun hipokrasi dan kepura-puraan mereka, rakyat tahu apa yang akan terjadi pada Mahathir sekiranya Anwar memegang tampuk kuasa.

Malahan Lim Kit Siang, pemimpin d’facto DAP pernah berjanji akan mengheret Mahathir ke mahkamah sekiranya mereka berkuasa.

A A A A A A A A A A A A A MAHANUAR 2
Dipetik daripada MalaysiaToday

Begitulah juga dengan Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo, Rafizi, Mat Sabu, mendiang Karpal Singh dan lebih lagilah Anwar yang parut luka parahnya selama bertahun-tahun merengkok di penjara, tidak akan pernah luntur.

Namun bagi rakyat, penyerahkan kuasa pemerintahan kepada Anwar akan lebih teruk lagi memusnahkan agama Islam yang menjadi tunjang kepada kehidupan kaum majoriti Melayu-Islam.

Lebih daripada itu, Anwar juga telah bersetuju bahawa zaman hak istimewa kaum Melayu sebagaimana yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan, sudah berakhir.

A A A A A A A A A A A A A MAHANUAR 3

Anwar yang terkenal kerana boleh bertukar rupa ibarat binatang sesumpah, tidak lagi memperlihatkan sifat mukmin sebagaimana yang dipersepsikan pada zaman kegemilangan ABIM dahulu.

Anwar juga telah dengan beraninya mengumumkan bahawa semua agama menyembah Tuhan yang sama. Dengan kata-kata lain, itulah ideologi pluralisme agama yang meletakkan Islam dalam hatinya sama setara dengan agama yang lain.

A A A A A A A A A A A A A MAHANUAR 4
Dimuat naik daripada Karim’s Blog

Bukan itu sahaja, Anwar adalah bekas banduan kerana disabitkan dengan rasuah dan sodomi.

Bolehkah sejarah menukar fakta? Bolehkah sejarah mengubah keputusan mahkamah?

Malahan hukuman yang dijatuhi ke atas Anwar oleh mahkamah telah disemarakkan lagi oleh mahkamah media, baik media arus perdana mahupun media picisan apabila video gadis sundal dan seorang lelaki yang dipercayai Anwar, menular seluruh dunia.

A A A A A A A A A A A A A MAHANUAR 6

Samalah dengan spekulasi dan manipulasi video semburit yang dikatakan tulen tetapi pelakonnya tidak tulen, ibarat goreng pisang yang tulen tetapi pisangnya dikatakan tidak tulen.

Sebagaimana yang Mahathir pernah canangkan pada media antarabangsa bahawasanya, dia tidak mahu seorang sodomis diangkat menjadi pemimpin negara, begitulah juga pandangan dan kehendak rakyat jelata.

Dengan itu jugalah rakyat yang telah melontarkan referendum menolak kepimpinan Mahathir di Tanjung Piai dan mahu Mahathir berundur, juga merasa jijik untuk menerima Anwar sebagai Perdana Menteri.

Seseorang pemimpin bukan sahaja harus dilihat sebagai bersih, malah dia harus dipersepsikan dan dipercayai sebagai bersih.

A A A A A A A A A A A A A MAHANUAR 5

Mahu tidak mahu, rakyat lebih suka sekiranya parlimen dibubarkan dan PRU15 diadakan bagi menentukan pilihan rakyat yang lebih signifikan, dan bukannya pemimpin pilihan PRU14 yang penuh dengan penipuan, fitnah, pembohongan dan janji palsu.

Dengan sebab itu juga rakyat terpaksa memilih satu lagi alternatif iaitu bagi Mahathir meneruskan pemerintahan genjot dan haru-birunya daripada terus menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

******

2 thoughts on “VIDEO – RAKYAT BENCIKAN MAHATHIR TAPI RAKYAT JUGA JIJIK PADA ANWAR

Add yours

  1. Diharap NGO2 seluruhnya digerakan utk menekan kerajaan supaya diadakan PRU …
    Ini kerana rakyat sangat2 tertekan dgn situasi iklim politik negara yg telah banyak meruntuhkan nilai2 murni keakraban rakyat seluruhnya dan begitu juga mengkucarkacirkan ekonomi hingga segalanya menjadi harubiru tidak sepertinya sebelum PRU14.
    Apa yg rakyat mahukan adalah jaminan kemakmuran serta keharmonian dari sebuah kerajaan yg lebih bertanggongjawab. Sekian.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: