(VIDEO) ABU MAYAT CHIN PENG – KDN KALAH DENGAN TUNTUTAN KOMUNIS

A A A A A A A A A A A A A A

PADA September 2011, Mat Sabu telah mengejutkan seluruh negara, terutamanya veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang telah berjuang menentang pengganas komunis, serta waris dan ahli keluarga yang telah terkorban, apabila dia cuba mengangkat gerila komunis sebagai wira.

A A A A A A A A A A A A A KOMUNIS 1
Dimuat naik daripada Blog PerakToday

Sejarah telah mencatatkan sejumlah 18,000 rakyat telah terkorban, 40% daripadanya adalah anggota tentera serta polis, dan 60% lagi adalah orang awam yang tidak berdosa, dan tidak pernah memikul senjata, telah mati dibunuh gerila komunis pada era Darurat 1948-1960.

Gerila komunis juga turut menjadikan kaum Orang Asli sebagai mangsa kekejaman mereka.

Sebagaimana yang diluahkan oleh YB Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor, dia telah melihat dengan matanya sendiri bagaimana 40 Orang Asli ditembak mati, seperti tindakan Nazi German, apabila mereka diminta beratur sederet dan ditembak hidup-hidup.

A A A A A A A A A A A A A KOMUNIS 9

Dengan itu jugalah Parti Komunis Malaya (PKM) dianggap sebagai musuh utama negara.

Mat Sabu dalam satu ceramahnya telah mengangkat seorang konco gerila komunis bernama Mohamad Indera yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, sebagai ‘wira’.

Mat Sabu nampaknya buta sejarah. Malanglah bagi negara ini apabila manusia yang dikategorikan sebagai buta sejarah, kini diangkat oleh kepimpinan Mahathir sebagai Menteri Pertahanan.

Tidak hairanlah dalam senarai latar akademik Menteri Pertahanan di Asia, mahupun di seluruh dunia, Mat Sabu disenaraikan sebagai ‘Menteri Pertahanan yang terbodoh di dunia’.

A A A A A A A A A A A A A KOMUNIS 7
Sila rujuk Blog Cungkil

PerakToday melaporkan bahawa sejumlah 554 laporan polis telah dibuat ke atas Mat Sabu kerana kenyataannya yang diterjemahkan sebagai cuba mengagung-agungkan pengganas komunis yang pernah diisytihar sebagai musuh utama negara suatu ketika dahulu.

Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah melarikan diri ke hutan di sempadan Thai-Malaysia setelah gerila Bintang Tiga Komunis berjaya dikalahkan oleh ATM.

Pada 1955, Chin Peng dengan sikap kecinaannya yang bongkak dan angkuh, tidak mahu menerima pelan damai YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam Perjanjian Baling, sebelum British mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu.

A A A A A A A A A A A A A KOMUNIS 2
Dimuat naik daripada Blog PakDin

Sejak itu juga Chin Peng hidup dalam buangan di sempadan Thai-Malaysia.

Seorang peguam, Tommy Thomas telah sanggup membela Chin Peng memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia untuk dirinya sendiri (Chin Peng) dan Parti Komunis Malaya  bagi menuntut kerugian serta menghalang kerajaan Malaysia atau ejen-ejen daripada mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah mengenai mereka.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 September 2009 menolak saman ‘tidak mapan’ itu kerana permusuhan antara PKM dengan kerajaan adalah fakta sejarah dan tidak boleh dinafikan.

Amat malanglah bagi Malaysia kerana peguam tersebut kini diangkat sebagai Peguam Negara atas cadangan kepimpinan DAP. Dia juga dilihat sebagai konco DAP, dan rakyat tidak hairan kerana pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang juga merupakan bekas gerila komunis pada suatu ketika dahulu.

A A A A A A A A A A A A A KOMUNIS 3
Dimuat naik daripada Blog ‘Alamjiwaparadox’

Pastinya dalam minda Tommy Thomas, terkandung kecenderungan dan simpati terhadap perjuangan komunis, yang sebenarnya mahu menjadikan negara ini sebagai jajahan China Komunis yang mendukung ideologi komunisme serta menolak  agama, sebagai kepercayaan dan pegangan dalam hidup.

Dalam bukunya, “Anything But The Law” Tommy, sebagai peguam Chin Peng, telah mendesak Kerajaan Malaysia mengisytiharkan Chin Peng sebagai “one of the great liberation fighters of the second half of the twentieth century” dan “a major contributor to Merdeka” sedangkan ini bercanggah dengan pendirian ATM serta PDRM, dan mangsa kekejaman komunis yang melabelkan Chin Peng sebagai musuh utama negara.

A A A A A A A A A A A A A KOMUNIS 10

Satu kesilapan besar negara kerana telah melantik manusia keparat ini sebagai Peguam Negara, apabila dia menyamakan Chin Peng dengan Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak, dalam konteks perjuangan mereka menuntut kemerdekaan negara.

Dengan itu juga, apabila Chin Peng telah mati dalam buangan pada 16 September 2013, Jemaah Menteri, di bawah pemerintahan kerajaan BN, telah bertekad menolak permohonan membawa mayat Chin Peng, mahupun abu mayatnya kembali ke Sitiawan mahupun di mana-mana di bumi negara ini.

A A A A A A A A A A A A A KOMUNIS 8

Isu ini amat penting dalam konteks sentimen ATM dan PDRM, serta sentimen waris korban gerila komunis baik semasa era Darurat mahupun era pasca-Darurat sehingga Perjanjian Hatyai 1989.

Membenarkan mayat Chin Peng kembali ke tanah air boleh membangkitkan kemarahan waris mangsa korban yang majoritinya Melayu, ATM serta PDRM, dan berpotensi membangkitkan pergolakan kaum, kerana sebagaimana yang dicatatkan oleh Nagata (1979:14) gerila komunis Malaya pada era itu dilabelkan sebagai Cina dan Cina dilabelkan komunis.

A A A A A A A A A A A A A KOMUNIS 5

Pastinya juga rentetan kembalinya mayat atau abu mayat Chin Peng berpotensi melarat kepada pembinaan memorial yang akan mendewa-dewakan musuh negara.

Bekas Menteri Dalam Negeri, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kerajaan Barisan Nasional pada 2014 sama sekali tidak membenarkan abu mayat mendiang Setiausaha Agung PKM itu dibawa balik ke negara ini.

Anehnya, setelah menular kes komik komunisme yang diterbitkan oleh konco-konco DAP yang mahu diedarkan di sekolah-sekolah, kemudiannya bendera Malaysia berbucu lima sebagaimana simbol ‘bintang tiga’ gerila komunis, kini meletus kes abu mayat Chin Peng yang telah berjaya dibawa kembali ke Malaysia pada 16 September yang lalu.

A A A A A A A A A A A A A KOMUNIS 6

Penyelaras pengurusan, Chan Kan Fook, 81, telah mengesahkan kejayaan operasi membawa abu mayat Chin Peng ke Perak dari Thailand.

Dengan kata-kata lain, konco-konco komunis ini tidak mengendahkan larangan membawa balik abu mayat Chin Peng dan dengan itu juga KDN di bawah kuasa kerajaan PH yang didominasi DAP,  telah kalah dengan tuntutan kaum puak komunis ini.

A A A A A A A A A A A A A KOMUNIS 11
Puak yang menyokong Ketua Parti Komunis Malaya berbangga dapat membawa pulang abu mayat Chin Peng

Menurutnya, mereka menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150 orang pada hari yang sama abu mayat itu tiba di Ipoh.

Mereka juga bersedia dan mencabar pihak kerajaan PH mengambil tindakan ke atas mereka. Tidak hairanlah sekiranya mereka berani mencabar pihak KDN kerana Peguam Negara berada di pihak mereka.

Lebih menyakitkan hati apabila Mat Sabu mengeluarkan kenyataan bahawa abu mayat tidak berbahaya kepada negara.

Demikianlah keadaannya apabila Peguam Negara dan menteri yang buta tentang fakta sejarah dan tidak mengendahkan sentimen perjuangan ATM serta PDRM.

Mereka juga tidak sensitif terhadap sentimen rakyat, khususnya kaum Melayu dan pribumi yang menjadi mangsa pembunuhan gerila komunis dalam perjuangan mereka menjadikan negara ini jajahan Komunis China serta sebuah republik komunis.

*******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: