VIDEO- ANWAR HILANG KUASA DALAM PKR

 

A A A A A A A A A A A A A A

KEMELUT politik dalam PKR sudah tidak boleh disembunyikan lagi.

Ia bukan sahaja memperlihatkan pergeseran antara Azmin dan Anwar dalam isu pengganti Tun Dr Mahathir sebagai PM, malah ia juga mengheret rakyat kepada isu bilakah Mahathir akan menyerahkan kerusi PM kepada Anwar.

Sekiranya Mahathir mahu terus berkuasa sehingga tamat penggal lima tahun, maka adakah PKR dan Anwar yakin PH akan memenangi PRU15?

Sekiranya PH kalah pada PRU15, memandangkan momentum sentimen rakyat yang membenci PH-DAP dan juga Mahathir, maka Anwar akan terus kempunan kerana tidak dapat memiliki kuasa pemerintahan negara sebagai PM.

Walau bagaimanapun sekiranya PH menang, adakah Mahathir dan rakyat keseluruhannya rela Anwar diangkat menjadi PM?

Adakah juga konco-konco Azmin dalam PKR akan merelakan Anwar diangkat sebagai PM?

A A A A A A A A A A AAAA AAABNUAR 1

Anwar sudah terkenal dengan karektor sesumpah, dan Anwar juga mengendong lumpur jijik yang melabelkan dirinya sebagai bekas-banduan yang dipenjara kerana kes rasuah dan sodomi.

Sebaliknya Azmin telah berjaya membuktikan ketokohannya sebagai MB Selangor yang telah memakmurkan ekonomi negeri itu.

Lantas, adakah dengan sebab itu terbangkitnya kumpulan yang telah mendedahkan video semburit dengan wataknya menyerupai Azmin bagi memudahkan laluan Anwar?

Video itu tulen tetapi ketulenan wataknya diragui, sebagaimana diperakui oleh KPN, Hamid Bador.

Namun adakah rakyat bodoh untuk menyetujui bahawa video itu tulen, sedangkan wataknya tidak tulen? Ibarat goreng pisang yang tulen tetapi pisangnya dikatakan tidak tulen.

Anwar pula tanpa lengah telah mengeluarkan kenyataan supaya Azmin meletakkan jawatan sekiranya video semburit itu disahkan sahih.

Kenyataan Anwar itu telah ditentang oleh 28 pemimpin tertinggi PKR, kerana ia dilihat bertentangan dengan semangat muafakat PKR yang utuh.

A A A A A A A A A A AAAA AAABNUAR 2

Anwar dipersepsikan sebagai lupa pada perjuangan Azmin yang berdiri teguh membelanya ketika reformasi membara di seluruh negara dahulu.

Jumlah 28 pemimpin tertinggi PKR itu adalah termasuklah 4 Naib Presiden PKR, Ketua Wanita PKR Kebangsaan dan 5 Ahli Parlimen PKR.

Tindakan disiplin juga sewajarnya diambil ke atas Azmin yang sudah setahun tidak pernah menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR. Aneh sekali nampaknya Anwar sendiri tidak berani mengambil tindakan ke atas Azmin.

Apakah persepsi ahli-ahli PKR apabila Presiden sendiri tidak berani bertindak ke atas Azmin?

Tiadalah perkara lain yang difikirkan kecuali kebenaran bahawa Azmin amat berpengaruh dalam kalangan kepimpinan tertinggi PKR. Dengan kata-kata lain, Azmin mempunyai penyokong kuat yang ramai dalam PKR.

Tun Mahathir pula sering menepis dan bersilat untuk tidak melepaskan jawatan PM kepada Anwar dan dia banyak kali mencanangkan bahawa dia mesti memastikan keadaan ekonomi negara pulih sepenuhnya sebelum menyerahkannya kepada Anwar.

Namun keadaan ekonomi negara semakin parah, rakyat semakin menderita, hutang negara terus meningkat, aset negara terus dilelong dan kebencian rakyat kepada kerajaan pimpinan Mahathir juga terus melonjak.

Semuanya telah ditunjukkan melalui PRK Semenyih, Cameron Highlands, Rantau dan terkini, Tanjung Piai.

Momentum kekalahan PH bukanlah kerana rakyat mahukan Anwar, tetapi sebaliknya rakyat mahu PH terlingkup, dan rakyat mahu DAP ditolak ke longkang.

Mahathir juga telah mewujudkan portfolio Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan diserahkan kepada Azmin.

Maka rakyat terus bertanggapan bahawa Mahathir lebih rela Azmin menjadi PM, dan bukannya Anwar.

Dalam isu Kongres  Nasional Pemuda PKR (AMK) yang akan berlangsung pada 6 Disember, AMK mahu Menteri Ekonomi merasmikan kongres, tetapi dengan pantas dicantas oleh orang Anwar dan digantikan dengan Timbalan PM, Wan Azizah.

Bagi Azmin, “ada tangan ghaib” yang menolaknya untuk merasmikan kongres itu.

Lantas konco-konco Azmin telah bertindak balas bagi membela Azmin.

Sejumlah 21 daripada 25 kepimpinan pusat AMK yang diketuai oleh Hilman Idham yang juga merupakan ayam tambatan Azmin, telah bertindak balas untuk mempertahankan keputusan supaya Azmin merasmikan Kongres Nasional Pemuda PKR (AMK).

Rentetan isu itu juga, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dengan sokongan kepimpinan PKR Sarawak, telah memutuskan untuk membatalkan konvensyen PKR Negeri Sarawak yang dijadualkan semalam ( 23 November) di Miri, sekiranya isu pembatalan jemputan Azmin tidak diselesaikan.

Lantas satu mesyuarat kepimpinan AMK telah diadakan dan Hilman telah mengesahkan bahawa 132 daripada 196 ketua Pemuda PKR seluruh negara telah bersetuju bahawa DS Azmin merasmikan Kongres Nasional Pemuda PKR (AMK).

Jelaslah bahawa itu adalah keputusan majoriti.

Azmin memuji para penyokongnya dalam AMK kerana berani menentang keputusan kepimpinan tertinggi parti, apabila mereka bertegas mempertahankannya.

Jelaslah, sebagaimana wacana penganalisis politik, R.J. Rithaudeen, DS Anwar telah hilang kuasa ke atas PKR di seluruh negara, khususnya di Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

A A A A A A A A A A AAAA AAABNUAR 3

Menurut Rithaudeen, Anwar telah menjanjikan pelbagai perkara, termasuk jawatan kerajaan dan dana berjuta-juta ringgit kepada pemimpin peringkat kebangsaan dan negeri yang sanggup menentang DS Azmin Ali. Namun Anwar telah gagal.

Anwar juga tidak mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menentang Mahathir.

Jika tidak sudah pasti Anwar telah menggerakkan gerombolan menggulingkan Mahathir yang telah mengesahkan tidak akan melepaskan jawatannya sebagai PM.

A A A A A A A A A A AAAA AAABNUAR 4

Meskipun Bersatu telah kalah di PRK Tanjung Piai dan pelbagai asakan dihalakan kepada Mahathir, dia tetap tidak mahu berundur dan telah mengakui bahawa dia tidak ingin mengulangi kesilapan lampau dengan melantik orang yang salah.

Mahathir juga pernah berkata bahawa dia tidak mahu sodomis menjadi ketua pemerintahan negara.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: