VIDEO – PILIHAN RAYA KECIL PAKATAN HARAPAN DI RUMAH AZMIN ALI

 

A A A A A A A A A A A A A A

PELBAGAI spekulasi dan manipulasi terbangkit apabila DS Azmin Ali menjemput 30 Ahli Parlimen (AP) termasuk daripada UMNO untuk membincangkan sesuatu yang dikaitkan dengan peruntukan projek di kawasan parlimen masing-masing.

A A A A A A A A A A AAAA AAACAAPRK 1

Jika itu benar, maka kehadiran Ahli Parlimen yang masih baru dalam arena percaturan politik seperti Kuala Kangsar dan Cameron Highlands adalah wajar.

Mereka amat prihatin terhadap kawasan parlimen masing-masing yang ditindas oleh kerajaan PH dari aspek peruntukan belanjawan projek.

Lantas apabila dijemput oleh Menteri Ekonomi untuk hadir ke rumahnya bagi membincangkan hal peruntukan belanjawan projek di kawasan masing-masing, pastilah tawaran sedemikian sukar ditolak.

Anehnya, jika Azmin ikhlas dan jujur, mengapa tiada pula Ahli Parlimen PAS yang dijemput?

Namun seperti kata DS Najib, mengapakah hal rasmi sedemikian harus dibincangkan di rumah, mengapakah tidak di pejabat?

A A A A A A A A A A AAAA AAACAAPRK 2

Kesannya, pelbagai spekulasi telah terbangkit, lebih-lebih lagi apabila DS Hishamuddin Tun Hussein turut sama dalam perjumpaan itu.

Hishamuddin selama ini seringkali dikaitkan dengan agenda menyekat DS Anwar Ibrahim sebagai PM ke-8, dan mengekalkan kedudukan Tun Mahathir sebagai PM, juga turut dituduh cuba mempengaruhi AP UMNO untuk menyertai Pakatan. Hishamuddin menolak semua dakwaan itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam pula yang terkenal dengan tindakan menyerang pihak Mahathir dan PKR telah mendesak UMNO supaya mengambil tindakan terhadap Hishamuddin.

A A A A A A A A A A AAAA AAACAAPRK 3

Namun apa yang kami lihat dan selari dengan dakwaan Raja Petra Kamaruddin, perkara yang sebenarnya berlaku di rumah Azmin adalah kerja-kerja ‘headcount’ untuk melihat sekuat mana sokongan terhadap Mahathir melalui jumlah kerusi parlimen.

Ia tak ubah seperti ‘PRK PH’, untuk mengira jumlah pengundi yang menyokong Mahathir dan pengundi yang menolak Anwar.

Kemelut perebutan kuasa yang menjadi polemik politik dalam hal menggantikan Mahathir sebagai PM sudah menjadi kemelut pergeseran dalaman PH yang tidak berkesudahan dan amat meloyakan rakyat.

Namun Anwar mesti sedar hakikat siapakah dirinya dan sejarah kes sodomi yang telah dilaluinya, sehinggakan tersebar video pelacur Cina dengan seorang lelaki separuh abad yang menyerupai dirinya.

Sebagaimana kata Mahathir, dia tidak mahu seorang sodomis menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Ikhlas, jujur dan wajar sekali prinsip Tun Mahathir dalam hal menentukan pemimpin penggantinya.

Namun malangnya sejarah telah menunjukkan betapa hipokritnya Mahathir apabila cuba ‘membunuh’ setiap tokoh yang dipilihnya sebagai PM.

Mangsa terkini, selepas Tun Abdullah Badawi, ialah DS Najib yang tidak mahu dijadikan ‘PM boneka Mahathir’.

Walau bagaimanapun ‘PRK PH’ di rumah Azmin dan sebelum-sebelumnya hanya mendapat sokongan 99 AP sahaja yang memihak kepada Mahathir.

A A A A A A A A A A AAAA AAACAAPRK 4

Jumlah 99 undi tidak cukup untuk membentuk majoriti mudah kerana jumlah pengundi adalah 222. Paling kurang Mahathir perlukan 112 undi bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai PM. Dengan itu Mahathir perlukan 13 lagi undi untuk menang dengan majoriti mudah.

Mahathir seperti yakin bahawa undi yang memihak padanya bukan 99 tetapi lebih daripada itu. Sebab itulah Mahathir begitu berani sekali mencabar PH untuk menggugurkan kedudukannya sebagai PM.

A A A A A A A A A A AAAA AAACAAPRK 5

Namun terfikir juga mengapakah Azmin pula yang sibuk mengatur ‘PRK PH’ untuk menentukan kemenangan Mahathir?

Azmin bukan dari parti Bersatu. Sewajarnya dia membantu Anwar kerana dia adalah Timbalan Presiden PKR, walaupun akhir-akhir ini dia tidak pernah mahu menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi PKR.

Sayugia, sekiranya Mahathir hanya memiliki 99 undi, maka Anwarlah yang memiliki selebihnya, iaitu 123 undi.

Dengan kekuatan 123 undi AP,  maka Anwar mempunyai kekuatan untuk menggerakkan ‘undi tidak percaya’ terhadap Mahathir di parlimen.

Tapi benarkah Anwar memiliki 123 undi, sedangkan golongan dalam PKR sendiri nampaknya seperti menolak Anwar?

Lihat sahaja kemelut PKR yang mendedahkan bahawa Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, seperti menolak Anwar.

A A A A A A A A A A AAAA AAACAAPRK 6

UMNO juga menolak Anwar. PAS juga menolak Anwar.

Masihkah ada pengundi yang mahu menerima ‘bekas banduan’ untuk diangkat sebagai PM? Soal sodomi itu satu hal lagi yang amat menjijikkan nama Anwar pada mata rakyat.

Video dimuat naik daripada YouTube

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: