(Video) – PEMIMPIN PH SOMBONG, ANGKUH DAN BUTA TENTANG HAKIKAT KEPINCANGAN KERAJAAN PAKATAN

A A A A A A A A A A A A A A

PEMIMPIN PH, sebelum berlangsungnya PRK Tanjung Piai lagi, masih buta tentang hakikat kelemahan kerajaan Pakatan yang menyebabkan perasaan rakyat mendidih untuk menolak calon PPBM, Karmaine Sardini.

Bukan itu sahaja yang dipaparkan oleh media arus perdana serta media sosial, mereka juga kelihatan sombong bongkak dan syok sendiri.

Mereka masih tidak sedar dan dibuai kemenangan PRU14 dengan dakwaan bahawa rakyat menolak kerajaan korupsi BN.

Hakikatnya BN-lah yang mencipta SRPM bagi menentang rasuah, dan BN tidak pernah menyokong mana-mana pemimpin yang rasuah.

Hakikatnya kemenangan PH di Tanjung Piai lebih kepada fitnah, pembohongan, penipuan dan janji palsu mereka terhadap rakyat.

A A A A A A A A A A AAAA AAACAASOMBONG 1

Anehnya, pemimpin PH masih tidak sedar, dan masih yakin bahawa mereka boleh menang di Tanjung Piai.

Antara lain, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengungkit kemenangan PH kerana rakyat menolak pemimpin yang menyalahgunakan kuasa.

Sedangkan Anwar buta bahawa rakyat melihat kenyataan sedemikian hanyalah fitnah semata-mata.

A A A A A A A A A A AAAA AAACAASOMBONG 2

Anehnya Anwar mebangkitkan kelemahan PH apabila dia berkata “Memang ada masalah ekonomi, masalah kaum, masalah agama, masalah golongan nelayan, pekebun kecil, pekebun getah, kenyataan yang hina orang dan sebagainya. Tapi apakah ini menyebabkan kita tukar pendirian?”

Sememangnya itulah yang menyebabkan rakyat menolak dan membenci PH.

A A A A A A A A A A AAAA AAACAASOMBONG 3

Presiden Bersatu, TS Muhyiddin Yasin pula yakin PH akan menang kerana ada petanda baik yang menunjukkan sokongan penduduk Tanjung Piai kepada calon PH.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad pula melalui Ciapan (Tweet), dengan begitu yakin mengatakan bahawa undi Melayu akan beralih kepada PH jauh bertambah berbanding PRU14.

A A A A A A A A A A AAAA AAACAASOMBONG 4

Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang pula menegaskan bahawa PH adalah kerajaan yang memerintah. “Maka, tidak timbul masalah. Kita boleh terus kekalkan kemenangan. Malah, ‘track record’ Allahyarham yang cemerlang juga sangat membantu PH terus kekal menang untuk kerusi itu.”

A A A A A A A A A A AAAA AAACAASOMBONG 5

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal juga berkeyakinan tinggi bahawa PH boleh menang di PRK Tanjung Piai, malahan akan meraih majoriti lebih besar berbanding PRU14.

Kata Sahruddin, “Kita harap (boleh dapat) lebih (majoriti) sebab kita sekarang adalah kerajaan. Setakat ini, kempen terus berjalan dengan agresif dan kita ingin pastikan masyarakat di bawah sana, orang-orang kampung tahu bahawa pentingnya dan perlunya mereka sokong kerajaan sekarang.”

A A A A A A A A A A AAAA AAACAASOMBONG 6

Mat Sabu pula dengan angkuhnya mengatakan bahawa “No Way pembangkang akan menang di Tanjung Piai ini” dalam ceramahnya pada hari-hari terakhir kempen PRK Tanjung Piai.

Sebelumnya dia pernah merasa sangsi sama ada pengundi akan menyokong PH.

htt622&id=291476308243743 ps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=490504165007

Timbalan Presiden PAN, DS Salahuddin Ayub, pula yakin bahawa PH akan menang kerana ahli PAS akan menyokong calon PH, Karmaine Sardini kerana tidak mahu menyokong calon bukan-Islam dari MCA, Wee Jeck Seng.

A A A A A A A A A A AAAA AAACAASOMBONG 8

Kontradik daripada apa yang diramalkan oleh Salahuddin, Sinar Harian melaporkan, hanya 5% sahaja pengundi Melayu yang menyokong calon PH.

A A A A A A A A A A AAAA AAACAASOMBONG 9

Dengan itu, amat tidak logik untuk menyimpulkan bahawa penyokong PAS telah beralih kepada calon PPBM.

Nga Kor Ming pula bersungguh-sungguh yakin bahawa PH akan menang dan menganggap bahawa BN-MCA hanya sekadar bermimpi untuk mendapatkan semula parlimen Tanjung Piai.

Malah Nga Kor Ming dengan angkuhnya melabelkan BN-MCA sebagai ‘mangkuk tandas’ yang akhir rakyat telah membuktikan bahawa PH-DAP-lah mangkuk tandas yang sebenarnya.

Walau bagaimanapun, Tun Dr Mahathir dari awalnya tidak yakin bahawa PH akan menang. Dia percaya bahawa PH akan kalah dengan majoriti kecil.

Namun beliau terkejut apabila PH kalah dengan majoriti 15,086 yang diterjemahkan sebagai amat besar sekali, dan sekali gus menunjukkan bahawa rakyat sememangnya sudah membentuk gelombang besar yang akan menenggelamkan PH pada mana-mana PRK yang akan datang.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: