GEMPA MUAFAKAT NASIONAL RANAPKAN PH DI TANJUNG PIAI

A A A A A A A A A A A

PRK Tanjung Piai telah pun selesai semalam, 16 Nov 2019, dengan keputusan kemenangan berpihak kepada calon BN-MCA, Dr Wee Jeck Seng.

A A A A A A A A A A AAAA AAACCGEMPA 2

A A A A A A A A A A AAAA AAACCGEMPA 3

Dr Wee memperoleh jumlah undi 25,466 atau 65.6% daripada jumlah yang keluar mengundi (tanpa mengira undi rosak).

Tahniah kepada BN-MCA dan kepimpinan parti PAS yang telah bersama-sama meledakkan gempa Muafakat Nasional, berdentum bergegar sehingga calon PH seperti jatuh terhumban dan terus hilang ditelan bumi (tidak nampak pun di atas pentas ketika keputusan diumumkan).

Kemenangan ‘Muafakat Nasional’ juga ditanggapi sebagai satu referendum rakyat kepada kerajaan PH yang amat lewah dengan kemelut politik di samping pentadbirannya yang lintang-pukang dan diasak ‘undang-undang rimba’ yang melindunginya.

Calon PH-Bersatu, Karmaine Sardini hanya memperoleh 10,380 undi atau 26.7% undi.

Berbanding dengan keputusan PRU14, sokongan kepada calon BN telah meningkat daripada 45.2% kepada 65.6%, iaitu peningkatan 20%.

Manakala sokongan kepada calon PH-Bersatu merosot begitu teruk sekali daripada 46.3% kepada 26.7%, turun 20%.

Calon BERJASA, Gerakan dan Bebas, tidak sedikitpun menjejaskan sokongan pengundi terhadap BN, walaupun pada awalnya calon BERJASA disangkakan akan menggugat sokongan kepada calon BN kerana sentimen agama.

Statistik sedemikian tidak mewajarkan telahan Mat Sabu yang mengatakan bahawa ramai pengundi luar yang menyokong PH tidak pulang untuk mengundi.

Pandangan Mat Sabu terpesong kerana sekiranya pengundi luar yang menyokong PH pulang sebagaimana yang tertera pada keputusan PRU14, dengan undi sejumlah 21,255, PH tetap kalah.

Jumlah undi yang memenangkan calon BN adalah 25,466 jauh lebih tinggi daripada jumlah yang menyokong calon PH pada PRU14 iaitu 21,255.

Mahathir beberapa kali mengingatkan pengundi di Tanjung Piai bahawa kemenangan BN tidak akan membawa apa-apa makna kerana BN bukanlah kerajaan pemerintah.

Namun, rakyat tidak lagi mempedulikan ugutan Mahathir, membujur lalu melintang patah, biarlah apa pun realiti dan dampak yang akan melanda, mereka tidak peduli langsung.

Ada pihak seperti Syed Hussin Ali yang melihat kekalahan PH berpunca daripada kelemahan Mahathir dalam pentadbiran negara.

Menuding jari kepada Mahathir sahaja tidak mewajarkan kekalahan PH.

Apa yang PH harus sedar ialah banyak faktor dalam kerajaan PH yang mendesak rakyat menolak calonnya dengan begitu signifikan sekali.

Kerajaan PH, sebagaimana kata Datuk Seri Haji Hadi Awang, adalah ibarat bahtera yang mempunyai banyak nakhoda.

Apa yang kami lihat, kemudinya berputar-putar tanpa ada hala tuju yang tuntas dan jitu.

Akhirnya bahtera itu bergerak berputar-putar bagaikan dikemudikan oleh nakhoda mabuk tanpa tahu ke mana hala tuju.

Pemimpin PH sesama mereka bergeseran kerana masing-masing mendukung ideologi berbeza. Namun mereka masih mahu menutup pekung di dada seakan-akan ia hanyalah gelombang kecil dalam sebuah cawan kopi.

A A A A A A A A A A AAAA AAACCGEMPA 4

Lihat saja pergeseran DAP-Bersatu, sebagaimana yang meletus di Perak sehingga melibatkan YAB MB merengek mengadu kepada orang keliling di Tanjung Piai.

Lihat sahaja pergeseran antara Bersatu dan DAP apabila Ronnie Liu melabelkan Mahathir sebagai ‘harimau kertas’ sehingga membangkitkan perbalahan antara pemimpin Bersatu dan DAP, dan berlaku ugutan supaya Bersatu keluar daripada PH.

Lihat saja pergeseran dalam kelambu PKR antara kem DS Anwar Ibrahim dan DS Azmin Ali. Kes video semburit yang dikatakan tulen, tetapi pelakonnya dikatakan tidak tulen, adalah satu skandal kotor PKR yang rakyat tidak akan maafkan.

Video semburit itu menjijikkan lagi moral pemimpin PKR setelah sebelumnya DS Anwar Ibrahim disumbat ke penjara kerana kes sodomi, sehingga Mahathir sendiri mencanangkan pada media antarabangsa bahawa dia tidak sanggup melantik seorang sodomis untuk memimpin negara.

Lucunya Anwar marah apabila dirinya dilabelkan sebagai bekas banduan. Masakan seorang banduan boleh diangkat menjadi PM? Mungkin itulah sebabnya Mahathir menangguh-nangguh penyerahan kuasa kepada Anwar.

Lihat pula pergeseran antara pemimpin DAP dalam kes rogol Tronoh, sehingga berlaku ugutan ADUNnya untuk keluar parti.

A A A A A A A A A A AAAA AAACCGEMPA 5

Rakyat memerhatikan segala tingkah-laku kepimpinan PH yang haru-biru, carca-merba, dan lintang-pukang dengan pelbagai isu seperti komik komunisme DAP, aktivis LTTE, pembunuhan anggota bomba Adib Mohd Kassim, isu ijazah palsu Menteri PH, mengurangkan 400,000 penjawat awam, fitnah Lim Guan Eng dan Salahuddin yang mengatakan negara huru-hara jika BN berkuasa, isu moral Peguam Negara, dan banyak lagi.

Pemimpin PH sendiri tidak menghiraukan kesempitan hidup rakyat apabila ekonomi merudum, nilai ringgit jatuh, kos sara hidup meningkat, pelabur lari meninggalkan negara, Bursa KL merudum, dan harga sawit jatuh dengan kenaikan tarif negara pengimport.

Cukai SST 16% yang dikatakan lebih mesra rakyat daripada GST juga hanyalah retorik politik PH yang amat jijik dan hina di samping fitnah dan janji palsu manifesto PH.

A A A A A A A A A A AAAA AAACCGEMPA 6

Mahathir sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa janji manifesto bukanlah kitab suci yang mesti dilaksanakan.

Jika manifesto bukan kitab suci, janganlah jadikannya sebagai kertas tisu tandas untuk membersihkan najis busuk pemimpin PH.

Kabinet kakistokrat Mahathir, bukan sahaja menjadi rungutan rakyat, malahan orang kanannya seperti Tun Daim Zainuddin dan Datuk Kadir Jasin sendiri mengutuk mereka.

A A A A A A A A A A AAAA AAACCGEMPA 7

Malah baru-baru ini pula Bloomberg Hong Kong menghentam Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan yang tidak pandai (bodohlah maknanya) mengendalikan ekonomi negara.

Hutang negara meningkat dan sedang naik mencecah RM1 trilion, iaitu satu angka yang menjadi modal kepada pihak PH untuk menyerang DS Najib dengan fitnah dangkal hutang negara.

A A A A A A A A A A AAAA AAACCGEMPA 11

Bodohnya Guan Eng apabila dia sendiri mendedahkan bahawa hutang negara di bawah pentadbiran BN hanya RM686 bilion sebagaimana yang tercatat dalam Bajet 2019 yang dibentangkannya.

Kemudian rakyat sedang memerhatikan gelagat Peguam Negara dengan kes-kes terpilih yang lebih dipersepsikan oleh rakyat sebagai satu penganiayaan kepada pihak tertuduh.

A A A A A A A A A A AAAA AAACCGEMPA 8

Nampaknya senang sahaja untuk mengelak daripada diheret ke mahkamah dalam kes-kes SPRM, iaitu lompat sahaja parti dan isytiharkan diri sebagai ahli Bersatu.

Isu sedemikian menjadi panas sehingga ada ahli politik yang menyifatkan Mahathir sebagai ‘bapa paderi’ yang boleh memaafkan pesalah.

A A A A A A A A A A AAAA AAACCGEMPA 10

Nampaknya pemimpin PH lupa bahawa doa-doa orang yang teraniaya adalah makbul.

Tanjung Piai hanyalah satu daripada hukuman Tuhan kepada Mahathir-PH-DAP.

Rakyat sedang ghairah untuk melihat pula PRU15 dan tidak sabar untuk mendengar perisytiharan pembubaran parlimen.

A A A A A A A A A A AAAA AAACCGEMPA 9

Kalau dahulu Mahathir amat sensitif, menangis atas pentas kerana merasai bahawa sokongan padanya kian meruncing, kini sepatutnya Mahathir menangis lagi dengan tangisan yang jauh lebih lantang dan nyaring kerana rakyat tidak lagi menyokongnya sehingga ketika dia minum di kedai kopi pun rakyat hanya memandangnya seperti mamak yang melayan pelanggan sahaja.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: