VIDEO – DAP MUSUH PENJAWAT AWAM

A A A A A A A A A A A

Sejak 2017 lagi, DAP sebagai pembangkang ketika itu, telah menjadikan 1.6 juta penjawat awam sebagai sasaran kebencian mereka apabila menyarankan supaya sekurang-kurang 700,000 daripada mereka ditamatkan perkhidmatan.

A A A A A A A A A A AAAA AAACDAP 2

Walau bagaimanapun sasaran DAP yang optimum ialah membuang 1.2 juta penjawat awam yang dikatakan membebankan belanjawan negara sebagai ‘bloated civil service’ atau ‘perkhidmatan awam yang menggelembung.’

Dengan itu daripada 1.6 juta penjawat awam, jumlah yang akan dikekalkan oleh kerajaan yang didominasi oleh DAP sekarang, hanyalah 400,000 sahaja.

Ini juga bermakna DAP akan mencantas 75% daripada keseluruhan penjawat awam dan mengekalkan hanya 25% daripada yang sedia ada atas alasan ekonomi dan penjimatan belanjawan.

Antara agensi kerajaan yang menjadi sasaran dan kebencian DAP ialah JASA, JPAM, BTN, MARA, KEMAS, JAKIM, RELA dan beberapa lagi agensi yang mahu dimansuhkan oleh kerajaan zalim PH-DAP.

Tidak dinafikan bahawa dalam badan-badan kerajaan tersebut, majoriti besar penjawatnya adalah kaum Melayu.

Amat menghairankan apabila kerajaan terdahulu yang dilabelkan sebagai ‘perompak’ tiada sebarang masalah untuk mengendalikan perbelanjaan negara bagi membiayai 1.6 juta penjawat awam, sebaliknya kerajaan PH yang didominasi oleh DAP ini dikatakan terkial-kial berhutang di sana-sini untuk membiayai gaji penjawat awam.

Ke manakah perginya dana dalam belanjawan negara yang mampu dan selesa digunakan oleh kerajaan BN tetapi menjadi masalah besar kepada kerajaan kakistokrat PH-DAP?

Retorik dangkal untuk menghalakan tuduhan dan hasutan mereka kepada isu 1MDB sudah jelek dan meloyakan rakyat.

Hakikatnya keuntungan 1MDB disembunyikan oleh kerajaan zalim PH-DAP. Malahan kes 1MDB yang sedang diadili di mahkamah, lebih condong untuk memenangkan DS Najib Razak daripada fitnah yang ditabur oleh PH-DAP sejak sebelum PRU14 lagi.

Apakah yang kerajaan Malaysia Baru ‘haru-biru’ ini telah lakukan pada dana negara, sedangkan negara amat memerlukan khidmat penjawat awam bagi merancakkan lagi sistem urus-tadbir dan ekonomi negara?

Aset penting negara terutamanya milik Melayu-Bumiputera yang membawa keuntungan kepada kerajaan BN dahulunya, kini dilelong dengan retorik bahawa negara kekurangan dana untuk membiayai gaji penjawat awam.

Hutang negara yang ditadbir oleh PH-DAP kini menghampiri angka RM1 trilion dengan kadar yang boleh melonjak melebihi 55% daripada KDNK.

Negara yang mempunyai hutang 55% melebihi kadar KDNK adalah negara yang diterjah defisit ekonominya yang boleh membawa kepada taraf muflis.

Angka RM1 trilion itu jugalah dicanangkan sebagai jumlah hutang kerajaan BN, yang merupakan fitnah Lim Guan Eng, Menteri Kewangan yang dilabelkan oleh Bloomberg sebagai Menteri Kewangan Malaysia yang bodoh kerana menolak-pakai GST dan digantikan dengan SST. Kontradiknya GST diguna pakai oleh lebih 165 negara di seluruh dunia.

A A A A A A A A A A AAAA AAACDAP 3

Kini cukai SST adalah 16% berbanding dengan kadar 6% GST, dan ia dilihat sebagai satu penipuan kepada rakyat, sedangkan kerajaan PH-DAP masih dengan retorik mereka bahawa negara sedang terhimpit dengan belanjawan besar untuk membiayai penjawat awam.

Bukan itu sahaja, SST sebenarnya membuka lubang tiris kepada pengusaha dan peniaga untuk mengelak dan menipu cukai yang akhirnya tidak membantu belanjawan negara. Inilah gejala yang sedang dihadapi oleh negara di bawah pengurusan ekonomi oleh menteri ‘bodoh’ seperti Lim Guan Eng.

Mungkin inilah yang kroni-kroni usahawan Lim Guan Eng yang terdiri daripada 77% usahawan bangsa Cina, mahukan daripada SST, sedangkan ia tidak membantu dana belanjawan negara, sehingga Malaysia terpaksa berhutang sana-sini.

Akhir-akhir ini Tun Mahathir yang pernah mengaku menjadi PM boneka DAP, sudah mula cenderung untuk mengguna pakai GST semula, sedangkan itulah modal fitnah mereka yang berjaya menipu rakyat dalam kempen PRU14 untuk melingkupkan kerajaan BN.

A A A A A A A A A A AAAA AAACDAP 4

Hutang negara sebenar kerajaan BN yang terdahulu hanyalah RM686 bilion satu angka normal dan berkadar 50.8% berbanding dengan pencapain KDNK.

Hakikat hutang kerajaan BN RM686 bilion yang difitnah sebagai RM1 trilion didedahkan sendiri oleh Menteri Kewangan yang dilabelkan sebagai menteri bodoh oleh Bloomberg dalam Bajet 2019.

A A A A A A A A A A AAAA AAACDAP 5

Namun kini di bawah kerajaan kakistokrasi PH-DAP,  hutang negara sedang mencecah RM1 trilion. Nampaknya ludah Guan Eng yang busuk dan beracun itu kini menimpa muka dan mata sepetnya sendiri.

Jadi siapakah perompak sebenarnya?

Persoalan ekonomi bukanlah menjadi isu di sini, tetapi sebagaimana falsafah dan ideologi rasisme dan cauvinisme DAP, yang anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja-Raja Melayu, DAP sebenarnya mensasarkan kaum Melayu yang menjadi majoriti besar dalam kalangan penjawat awam.

Itulah hakikatnya, dan sebab itu jugalah Lim Guan Eng hanya berani menghasut kaum Cina untuk membenci penjawat awam yang majoritinya kaum Melayu, dengan ucapannya dalam bahasa Cina pada ceramah kempen PRK Tanjung Piai.

Persoalan lain pula, adakah Guan Eng mahupun DAP bertanggapan bahawa undi daripada penjawat awam terhadap DAP amat rendah pada PRU14 dan sebelum-sebelumnya, sehingga dia mahu mencantas penjawat awam?

A A A A A A A A A A AAAA AAACDAP 6

Tony Pua, penasihat Guan Eng yang juga merangkap ketua publisiti DAP, pula pernah membuat tuduhan melulu dan mengeluarkan kenyataan hasutan bahawa, “Membenarkan mereka (penjawat awam) mengambil gaji tanpa bekerja, lebih baik daripada mereka bekerja dan membebankan kerajaan.”

Ucapan Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP, telah dilihat sebagai kutukan terhadap penjawat awam, yang hakikatnya menyasarkan kepada kaum Melayu. Ucapannya penuh dengan rasisme dan dendam-kesumat, dilihat sebagai ‘perang saraf’ DAP untuk membolot undi kaum Cina di Tanjung Piai.

Guan Eng menuduh penjawat awam sebagai anti-kerajaan dan tidak sealiran dengan Pakatan Harapan (PH), seolah-olah penjawat awam punca PH gagal menunaikan janji 100 hari.

Lebih teruk, Guan Eng cuba meniup kemarahan pengundi bila mengatakan “Kamu (pengundi) mesti ada pengalaman buruk dengan penjawat awam. Ada Tak? Ada tak? Ada kan?”

Guan Eng telah menjawab sendiri soalannya apabila hadirin tidak memberi maklum balas kepada soalan hasutannya itu.

Penjawat awam bukan lembu atau kaldai yang dicucuk hidung untuk menjadi ‘Pak turut’ kepada semua dasar rasis PH-DAP.

Penjawat awam juga mempunyai akal untuk menilai kerajaan perompak, kerajaan yang zalim, dan penindas kepada kaum Melayu.

Guan Eng tidak mempunyai kuasa untuk mengheret minda penjawat awam membabi-buta, kerana ada antara mereka merupakan sarjana dalam bidang masing-masing yang jauh lebih intelektual berbanding ‘kerani akaun’ seperti Guan Eng.

Anehnya kerajaan PH yang didominasi DAP telah menyerap masuk kroni-kroni mereka dari luar ke dalam perkhidmatan awam dengan diberikan taraf gred perkhidmatan yang tinggi sebagai Pegawai Khas di beberapa jabatan.

Inilah kerakusan DAP yang pada sangkaan mereka penjawat awam buta dan tuli untuk menilai.

Jelas sekali DAP adalah musuh penjawat awam dan musuh kaum Melayu!

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: