VIDEO- PEMIMPIN KERAJAAN RAMAL PH AKAN KALAH DI TANJUNG PIAI

A A A A A A A A A A A

MOMENTUM kemenangan BN pada tiga PRK di Semenyih, Cameron Highlands dan Rantau diramalkan akan terus melandai Tanjung Piai.

Beberapa pemimpin kerajaan sendiri, ragu-ragu dengan kekuatan PH untuk memenangi PRK Tanjung Piai, malahan ada yang optimis bahawa PH akan kalah lagi.

Namun ada juga pemimpin kerajaan yang membuat telahan bahawa PH akan menang kerana pengundi telah memberikan kemenangan kepada PH pada PRU-14.

Walau bagaimanapun telahan sedemikian adalah tanggapan daripada golongan yang buta dengan perkembangan mutakhir, kerana mereka tidak melihat perubahan semasa kerajaan sedia ada dan keluhan rakyat tentang penderitaan, kesempitan hidup,  kemelesetan ekonomi, kejatuhan harga produk pertanian, janji-janji manis PH yang lebih merupakan pembohongan, serta situasi semasa kos sara hidup dan pergeseran politik dalam kalangan pemimpin PH.

Semuanya terdedah baik dari aspek pengurusan, pentadbiran ekonomi dan sosial pihak kerajaan mahupun kemelut pergeseran antara pemimpin PH serta skandal yang melandai kaum-puak mereka.

Tun Mahathir juga secara tidak langsung sangsi sama ada calon PH boleh memenangi PRK Tanjung Piai.

Sebelum penamaan calon lagi, Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa Bersatu boleh menang sekiranya BN meletakkan calon UMNO (Melayu) untuk menentang Bersatu-PH.

Jika mengikut perkiraan sedemikian, maka Mahathir merasai bahawa calonnya akan kalah sekiranya BN meletakkan calon MCA untuk menentang Bersatu.

Malahan Mahathir juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa “Kalau mereka menang pun, tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak dapat tukar kerajaan.”

Mahathir telah salah perhitungan kerana rakyat Tanjung Piai tidak mengambil peduli tentang itu semua kerana selama ini pun mereka telah merasai bahawa Ahli Parlimen Bersatu tidak peduli tentang kebajikan mereka, tidak prihatin terhadap masalah mereka, malah ada antara mereka yang tidak mengenali pun Ahli Parlimen Bersatu.

Sebaliknya mereka amat mengenali Wee Jeck Seng sebelum diambil alih oleh pemimpin Bersatu. Cuba fahami keluhan rakyat OKU dalam video berikut.

Isu mengubah kerajaan Persekutuan atau kerajaan Johor bukanlah persoalannya, tetapi dampak kejatuhan moral pemimpin PH, isu pengganas militan LTTE, ideologi komunisme dalam komik DAP, serta gelombang menjatuhkan kerajaan PH sudah mula membara sejak PRK Semenyih, Cameron Highlands dan juga Rantau.

Lucunya apabila Mahathir mahu berkempen di Tanjung Piai (13 Nov), dia sendiri terpaksa membuat promosi memujuk rakyat supaya hadir kerana kebanyakan ceramah PH mendapat sambutan yang amat hambar.

Bertambah lucu lagi apabila kelompok besar yang hadir itu rupa-rupanya adalah penyokong PH yang diimport dari negeri lain yang jauh dari Johor apatah lagi Tanjung Piai.

Calon Bersatu sendiri, Karmaine Sardini juga telah salah perhitungan apabila dia menggesa rakyat Tanjung Piai supaya bersyukur dengan pendapatan RM1000 sebulan sedangkan angka itu jatuh pada aras kemiskinan nasional.

A A A A A A A A A A AAAA AAACINAPIAI A1

Presiden Bersatu, TS Muhyiddin Yassin pula sedar bahawa kaum Cina, yang dijangkakan menjadi faktor penentu keputusan PRK Tanjung Piai, amat tidak gembira dengan keadaan ekonomi semasa.

Kata Muhyiddin, “Saya diberitahu, kalangan pengundi Cina agak tidak seronok dengan masalah ekonomi, kos sara hidup tinggi dan prospek perniagaan yang sepatutnya menjadi lebih maju ketika ini.”

A A A A A A A A A A AAAA AAACINAPIAI A2

Sebelum PRU14, pemimpin PH bagaikan kaduk naik junjung mengaku dan berjanji bahawa mereka mampu mempertingkatkan ekonomi negara dan menangani isu kos sara hidup rakyat dalam sekelip mata sahaja.

Selain itu, kaum Cina Tanjung Piai juga mahu menyampaikan protes mereka terhadap kerajaan PH. Lihatlah gelombang perubahan sokongan kaum Cina yang beralih kepada BN. Malah sudah ada yang mencanangkan bahawa kaum Cina juga sudah bencikan DAP yang lewah dengan politik kebencian (hatred politics).

A A A A A A A A A A AAAA AAACINAPIAI A3

Mat Sabu, Presiden PAN yang banyak membuat kenyataan kritikal dan sensasi ke atas Mahathir sebelum ini, telah mengeluarkan telahannya sejak awal lagi, bahawa sukar bagi PH untuk mengekalkan kemenangan di PRK Tanjung Piai. Dengan kata-kata lain Mat Sabu optimistik bahawa PH akan kalah.

A A A A A A A A A A AAAA AAACINAPIAI A4

Untuk menutup kelemahan PH, Mat Sabu memberi alasan bahawa pengundi luar tidak akan pulang untuk mengundi pada PRK Tanjung Piai.

Namun hakikat sebenarnya ialah, baik pengundi luar mahupun pemastautin tetap Tanjung Piai, sedang memendam rasa dengan pentadbiran dan pengurusan kerajaan PH yang telah merosakkan pencapaian ekonomi negara, perbalahan sesama pemimpin PH, skandal moral dan seksual, sistem perundang-undangan yang genjot, dan isu integrasi nasional apabila DAP mendominasi kepimpinan PH.

A A A A A A A A A A AAAA AAACINAPIAI A5

Dalam satu kenyataan akhbar, DS Anwar Ibrahim pula berpendapat bahawa rakyat Tanjung Piai akan kerugian sekiranya mereka memilih calon pembangkang hanya kerana tidak berpuas hati dengan prestasi PH.

Adakah Anwar cuba memperbodohkan rakyat di Tanjung Piai, kerana sekiranya rakyat tidak berpuas hati buat apa mereka perlu memilih calon PH lagi?

A A A A A A A A A A AAAA AAACINAPIAI A6

Anwar juga telah membuat pengakuan bahawa negara di bawah kepimpinan PH sedang menghadapi masalah ekonomi, masalah perhubungan kaum, masalah pergeseran yang disebabkan penghinaan terhadap agama, masalah kemiskinan rakyat daripada golongan nelayan, pekebun getah dan juga kelapa sawit yang harganya jatuh merudum.

Anwar mempersoalkan adakah kerana isu kelemahan kerajaan ini semua akan menjadi penyebab kepada rakyat menolak PH?

Bagaimanakah Anwar mahu rakyat berfikir dalam konteks memilih kerajaan? Sekiranya kerajaan PH lemah dalam banyak perkara, maka itulah alasan yang paling utama dan wajar untuk rakyat menolak dan menggantikannya dengan kerajaan alternatif yang lain.

Malahan Anwar mendedahkan bahawa permasalan ini semua adalah kerana kronisme, nepotisme dan salah guna kuasa dalam pemerintahan BN selama lebih 60 tahun.

Adakah Anwar lupa bahawa dalam tempoh 60 tahun itu, Mahathirlah yang dominan kerana telah memerintah selama 22 tahun, termasuk Anwar sendiri sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Apakah rakyat tidak mempunyai hak untuk menolak PH yang penuh dengan masalah, terutamanya pengurusan ekonomi, kes pengganas LTTE, komik komunisme, kes semburit, liberalisme dan LGBT?

Hari ini pun rakyat melihat PH sebagai pakatan yang menggabungkan pelbagai parti komponen dengan pelbagai ideologi, dan kepelbagaian itu menjadikan mereka lintang-pukang dan huru-hara.

Rakyat juga melihat kemelut fitnah sebagaimana fitnah yang menjadi modal kemenangan PH pada PRU14.  Lihatlah kenyataan Lim Guan Eng dan Salahuddin Ayub yang cuba menakut-nakutkan rakyat dengan fitnah huru-hara dan ancaman keselamatan sekiranya BN-PAS berkuasa.

A A A A A A A A A A AAAA AAACINAPIAI A7

Lihat pula isu dalam PKR yang tidak pernah selesai bermula daripada kes video semburit ‘Azmin Ali’ sehingga kepada isu merasmikan Kongres Nasional AMK.

Bukan setakat PRK Tanjung Piai sahaja, malah ada dalam kalangan pemimpin kerajaan PH sendiri meramalkan bahawa PH akan tumbang pada PRU15 nanti.

Jika itulah ramalan pemimpin PH pada PRU15, maka kekalahan PH itu akan bermula dengan kekalahan-kekalahan mereka  di PRK, tidak terkecuali PRK Tanjung Piai.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: