Seorang petani di Kedah (sila tonton video di bawah), naik angin dan marah dengan lontaran maki-hamun apabila dia diberitahu ada Menteri yang menuduh Melayu sebagai bangsa pemalas.
Kami percaya bahawa Menteri yang dimaksudkan itu ialah Tun Mahathir sendiri yang kerap mengeluarkan kenyataan streotaip dan generalisasi bahawa Melayu itu malas.

Adakah Mahathir cuba mengangkat bahawa kaum India rajin? Atau bagi Mahathir sekiranya seseorang Melayu itu tidak kaya dan bukan jutawan seperti anak-anak dan kroninya, maka mereka dikategorikan sebagai pemalas? Pemalas atau tidak pandai ‘merompak harta negara?
Merujuk kepada artikel NST karya Hafizah Iszahanid, pemimpin yang mendukung persepsi bahawa bangsa Melayu adalah pemalas, sudah pastinya pemimpin rasis yang mindanya masih dijajah dan berada dalam dimensi kolonialisme.
Pastinya yang menghina kaum Melayu itu, bukanlah berdarah Melayu.
Sebagaimana didedahkan oleh Presiden UMNO, nama Mahathir yang tercatat dalam Kad Pengenalan asalnya ialah Mahathir anak/lelaki Iskandar Kutty, yang membuktikan bahawa dia adalah bangsa India keturunan Kutty dari Kerala India.


Patutlah tanpa rasa bersalah, dia sering melontarkan ayat-ayat stereotaip dan generalisasi yang amat menghina bangsa Melayu, kerana rupa-rupanya dia bukanlah berketurunan Melayu jika dilihat pada darah bapanya dari kaum Kutty, Kerala India.
Kaum Melayu kelas bawahan tiada akses kepada nepotisme, kronisme dan kleptokrasi seperti Mahathir dan mereka lebih reda serta bersyukur dengan apa yang diberikan Allah, daripada merompak harta rakyat melalui kroni-kroni pelahap.

Tinggalkan Jawapan