GELOMBANG PENGUNDI CINA SOKONG BN

A A A A A A A A A A A

RATA-RATA kempen yang berlangsung dalam kawasan parlimen Tanjung Piai, menunjukkan bahawa sambutan kaum Cina kepada ceramah BN adalah berganda lebih besar daripada pusat-pusat ceramah PH-Bersatu.

Trend tersebut seakan-akan merupakan satu gelombang baru dalam kalangan masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat setia kepada DAP dan PH.

Mungkin telahan kesetiaan mereka kepada DAP hanyalah momok politik, atau mungkin juga kaum Cina sudah muak dan benci pada retorik politik DAP-PH.

A A A A A A A A A A AAAA AAACINAPIAI 2

Antara ceramah yang boleh dijadikan contoh ialah ceramah BN di Kampung Rimba Terjun yang dipenuhi oleh ribuan kaum Cina dan turut dimeriahkan oleh kehadiran kaum Melayu serta India.

Ribuan hadirin itu telah menyebabkan kesesakan lalu-lintas di pekan Rimba Terjun dan Jalan Pontian sejak jam 8 malam apabila ratusan kereta dipakir ditepian jalan raya.

Ribuan hadirin itu turut disesakkan lagi dengan gerai jualan buah tangan, makanan dan minuman.

Hadirin melimpah keluar daripada dewan yang tidak dapat menampung ribuan masyarakat yang mahu mendengar sendiri ucapan daripada kepimpinan tertinggi BN, UMNO, MCA, MIC dan juga PAS. Hadirin di luar dewan telah membawa bersama mereka tikar untuk melepak dan khusyuk mendengar ucapan pemimpin yang kini menjadi harapan masa depan mereka.

Ceramah diselangi dengan laungan gemuruh ‘Hidup Barisan’ dan ‘Hidup BN’.

Ia benar-benar menunjukkan semangat Muafakat Nasional, satu penjenamaan semula BN yang dilihat mendapat restu dan sokongan pelbagai kaum.

Persoalan kaum dan agama telah diketepikan, mungkin kerana rakyat sudah menderita dengan keperitan hidup sejak PH berkuasa.

Sambutan hangat sedemikian menunjukkan perbezaan yang amat ketara dengan kempen ceramah ‘Forum Kopitiam PH’ yang disampaikan oleh pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang, Gobin Singh Deo, dan calon PH Karmaine Sardini yang berlangsung kira-kira 10 km daripada dewan ceramah BN.

Ceramah Ph hanya dihadiRI kira-kira 50 orang penonton sahaja.

A A A A A A A A A A AAAA AAACINAPIAI 4
Ceramah Karmaine dan pemimpin PH yang lengang di Tanjung Piai

Ketua Bahagian UMNO Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan yang amat biasa dengan persekitaran, telah memperakui bahawa kehadiran ribuan rakyat dalam kempen BN adalah suatu sejarah dan menjadi penanda kepada kejayaan BN.

Jefridin mencanangkan, “Hari ini kita telah mencipta sejarah yang menyebabkan kesesakan lalu-lintas di jalan raya. Dengan semangat yang ditunjukkan hari ini, sudah pasti Pakatan Harapan berasa seram dan takut. Inilah masa yang terbaik untuk memulangkan kuasa pemerintahan kepada Barisan.”

Kira-kira 14 bulan yang lalu, ketika ceramah kempen PRK Balakong berhampiran dengan pasar malam yang sibuk, kelihatan pusat ceramah BN hanya mampu menarik 20 orang hadirin sahaja.

Kehadiran penyokong BN amat sedikit berbanding pusat ceramah DAP yang terletak kira-kira 500m dari pusat ceramah BN, dengan ratusan hadirin dan penyokong Cina DAP.

Keputusannya DAP menang dengan majoriti yang besar di PRK Balakong.

Sekiranya trend sedemikian di PRK Balakong menjadi tanda aras atau kayu pengukur untuk meramalkan siapakah yang akan memenangi PRK Tanjung Piai, maka nampaknya BN-lah yang akan menggarap undi majoriti dan memenangi PRK Tanjung Piai P165.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memperakui bahawa dia seperti tidak percaya dengan jumlah besar kehadiran pengundi Cina dalam ceramah kempen PRK Tanjung Piai di pusat-pusat ceramah BN.

Khairy memberitahu, rakyat kini sudah sedar dan mereka tidak mahu selama-lamanya dengan Pakatan Harapan (PH).

Keadaan yang dilihat semasa kempen PRU14, apabila kaum Cina berduyun-duyun menerpa pusat-pusat kempen DAP, telah berubah.

Kali ini di Tanjung Piai, mereka lebih suka memilih ceramah BN daripada ceramah yang melibatkan pemimpin DAP-PH.

Meskipun majoriti pengundi di parlimen Tanjung Piai adalah kaum Melayu, namun memandangkan terdapat beberapa calon Melayu dalam PRK Tanjung Piai, maka undi kaum Cina dilihat sebagai penentu kepada kemenangan calon.

Pemimpin DAP, Bersatu dan PAN terus menggunakan fitnah dalam kempen mereka bahawa kemenangan BN akan menjadikan negara ini diperintah oleh golongan ekstrem Islam yang akan menjadikan negara ini huru-hara. (Laporan Polis telah pun dibuat oleh pihak yang menjadi saksi).

A A A A A A A A A A AAAA AAACINAPIAI 3

Namun nampaknya pengundi daripada kaum Cina tidak termakan dengan fitnah tersebut dan tidak mengendahkan dakyah jahat sedemikian kerana BN sudah pun berkuasa lebih 60 tahun (sejak Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC berkuasa).

Semoga penanda aras sedemikian menjadi realiti kepada kemenangan BN di PRK Tanjung Piai melalui calonnya Wee Jeck Seng.

****

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: