DUA VIDEO – RAKYAT TANJUNG PIAI TOLAK PH DENGAN KEMARAHAN

A A A A A A A A A A A

CERAMAH dan kempen PRK Tanjung Piai sudah memperlihatkan protes dan kebencian rakyat terhadap kerajaan PH.

Mereka bukan sahaja memprotes menolak PH tetapi disimbah dengan kemarahan, sehingga ada yang melabelkan PH sebagai ‘Pakatan Hancing’ sebagai kemuncak kepada rasa benci dan marah.

Kenapakah mereka begitu marah sangat?

Adakah emosi dan sentimen rakyat ini merupakan hasil dakyah dan retorik parti politik belaka?

Atau hakikatnya rakyat sudah tidak dapat membendung lagi penderitaan kerana apa juga kelemahan dan kegenjotan kerajaan pemerintah, akibat buruknya tertimpa pada hidup rakyat bukan pemimpin politik.

Rakyat tidak lagi peduli dengan retorik ‘rompakan’ ‘GST jadi beban hidup’ ‘kleptokrasi’ ‘1MDB’ dan banyak lagi fitnah dan pembohongan yang menjadi retorik politik PH semata-mata, sedangkan negara diasak dengan ‘undang-undang rimba’, kemelesetan ekonomi, pembuangan kerja, harga kelapa sawit yang rendah, pergeseran kaum dan penghinaan terhadap Raja-Raja serta agama Islam.

Rakyat hanya melihat perbezaan dan keselesaan hidup mereka pada zaman BN berbanding dengan zaman PH yang mereka sifatkan sebagai ‘Pakatan Hancing.’

Karmaine Sarbini calon PH-Bersatu menyelar peneroka dan pekebun kelapa sawit agar ‘bersyukur’ dengan pendapatan RM1000 sebulan, sedangkan RM1000 sebulan adalah pendapatan di bawah ‘aras kemiskinan nasional’.

Nampaklah bawa Karmaine tidak meneliti dan memahami penderitaan rakyat dan mahu rakyat terus hidup menderita di bawah ‘aras kemiskinan’ meskipun dia belum lagi memenangi PRK Tanjung Piai.

Malahan bekas Ahli Parlimen PH yang telah meninggal dunia juga telah dikritik oleh rakyat Tanjung Piai sebagai tidak menjalankan tanggungjawab, tidak prihatin kepada penderitaan rakyat, dan ramai sebenarnya yang tidak mengenalinya.

Adakah persepsi buruk rakyat sedemikian hanya terpakai di Tanjung Piai sahaja?

PRK Cameron Highlands, Semenyih, dan Rantau telah membuktikan bahawa rakyat sedang meluahkan kemarahan dan kebencian mereka pada PH.

Namun ramai kalangan pemimpin politik PH masih menidakkan rintihan rakyat, mereka tidak melihat bahawa PRK adalah manifestasi kepada penderitaan dan rintihan rakyat seluruh negara.

Semoga rakyat di Tanjung Piai membuat pilihan yang tepat dengan meluahkan rintihan mereka di kertas undi pada Sabtu ini 16 Nov 2019.

Tontonlah dua video berikut untuk memahami rintihan rakyat Tanjung Piai.

Video 1

 

Video 2

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: