VIDEO – MELAYU SEPERTI KARMAINE HANYALAH WAYANG KULIT BAGI DAP

A A A A A A A A A A A

PRK Tanjung Piai hanya tinggal 4 hari sahaja lagi.

Tiba-tiba Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang gagal menguruskan ekonomi negara, sebaliknya merosakkan banyak aspek dalam ekonomi rakyat, telah mengeluarkan kenyataan bahawa Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong akan menjadi wakil Cina kepada calon Bersatu Karmaine Sardini.

A A A A A A A A A A AAAA AAADAP 1

Tindakan sedemikian tidak pernah berlaku dalam sejarah, dan dilihat melawan arus sistem Pilihan Raya negara.

Adakah Guan Eng cuba mengatakan bahawa sekiranya Karmaine menang, maka sebagai manusia Melayu yang lemah dan tidak boleh diyakini, dia perlu dibantu oleh wakil daripada kaum Cina.

Kenyataan Guan Eng juga boleh diterjemahkan bahawa Tanjung Piai akan mempunyai dua Ahli Parlimen (AP), AP(I) Karmaine daripada kaum Melayu dan AP (II) Liew Chin Tong daripada kaum Cina.

Persepsi yang dilontarkan oleh Guan Eng amat condong kepada perkauman sebagaimana dibidas oleh DS Dr Wee Ka Siong.

Dr Wee Ka Siong mempersoalkan “Kenapa mereka (DAP) memerlukan wakil Cina? Adakah calon Bersatu tidak dapat mewakili orang Cina?”

Banyaklah alasan genjot yang diberikan oleh Guan Eng, kononnya untuk mempermudahkan komunikasi antara kaum Cina dan wakil rakyat (AP). Jelas sekali, kenyataan Guan Eng itu telah memperakui bahawa sistem pendidikan vernakular Cina gagal mewujudkan keupayaan komunikasi dalam Bahasa Kebangsaan bagi kalangan masyarakat Cina.

Walau bagaimanapun hakikatnya ialah, Guan Eng memandang rendah pentadbiran dan pengurusan wakil rakyat Melayu, meskipun datang daripada Pakatan Harapan. Sedangkan pentadbiran dan pengurusan PH yang didominasi DAP, terang dan jelas gagal membina negara, baik dari aspek kekuatan ekonomi mahupun integrasi nasional. Ia amat berbeza dengan pemerintahan BN yang diterajui oleh kaum Melayu serta dengan kerjasama kaum lain terutamanya daripada MCA, Gerakan dan MIC.

Malahan kaum Melayu yang berada dalam parti DAP juga hanyalah hiasan untuk DAP mendabik dada bahawa mereka adalah parti ‘berbilang kaum’ sedang kaum Melayu dalam DAP hanyalah watak-watak mati wayang kulit yang mengikut gerakan tangan Tok Dalang DAP.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui bahawa DAP adalah parti rasis, cauvinis Cina yang sememangnya tidak menyukai kaum Melayu.

A A A A A A A A A A AAAA AAADAP 2

Daripada pengalamannya sebagai pemimpin Melayu DAP, Tunku Aziz dapat melihat sendiri sikap semua pemimpin DAP yang tidak menyenangi kaum Melayu.

Malahan Tunku Aziz mendedahkan bahawa DAP juga tidak menghormati Raja-Raja Melayu dan  menganggap bahawa sistem Raja Berperlembagaan Malaysia adalah sistem kuno feudal yang mereka mahu hapuskan dan digantikan dengan sistem Republik.

Hal sedemikian juga telah didedahkan oleh Mohamad Razali Abd Rahman, Bekas Pengarah Strategik Melayu-Islam DAP, bahawa DAP mempunyai agenda tersembunyi untuk menjadikan negara ini sebuah republik.

A A A A A A A A A A AAAA AAADAP 3

Lebih berbahaya lagi Senator Dr Ibrahim Abu Shah pernah membongkar rahsia DAP yang merancang untuk menjadikan negara ini Republik Evangelis-Zionis.

Bekas Naib Pengerusi Biro Buruh DAP, Amran Ahmad juga telah melontarkan pandangannya sebagai bekas pemimpin Melayu DAP bahawa parti cauvinis Cina itu adalah ancaman besar kepada keharmonian negara ini.

Amran melontarkan kenyataan bahawa orang Melayu yang menyertai DAP hanya dijadikan ‘boneka’ sahaja dan sebarang pendapat mereka tidak pernah mendapat perhatian.

A A A A A A A A A A AAAA AAADAP 4
Kaum Melayu yang menjadi watak wayang kulit DAP

Amran yakin Ahli Parlimen Raub dari DAP dan juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji memasuki DAP hanya sebagai ‘pasu bunga’, tetapi kontradiknya tiada kemampuan untuk bersuara dan hanya kaku dan mati.

Kata Amran, “Dalam DAP, Melayu tidak ada peranan dan kalau ada pun hanyalah sebagai ‘wayang’ untuk memperlihatkan kepada masyarakat luar bahawa DAP adalah sebuah parti yang ‘berbilang kaum’.

Bagi Amran, DAP adalah musuh orang Melayu yang nyata.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Undang-Undang), Datok Zaid Ibrahim yang kini merupakan ahli DAP juga telah dengan lantangnya memperakui bahawa DAP adalah parti Cina (cauvinis Cina).

Sememangnya ada anak-anak Melayu yang menyertai DAP, tetapi mereka hanyalah anak-anak hingusan yang kelihatannya kemaruk populariti.

A A A A A A A A A A AAAA AAADAP 5
Semut-semut halus Melayu dalam DAP

Mereka hanyalah ibarat semut halus yang boleh dilenyek dan dibunuh bila-bila masa sahaja oleh tangan-tangan elit DAP.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu DAP meletakkan calon Melayu dalam kerusi-kerusi yang dijangkakan kalah, tetapi kerana pengundi tertipu dengan lambang PKR, dan diulit dengan fitnah dan janji bulan-bintang dalam manifesto PH, wakil Melayu DAP itu menang walaupun berada dalam kawasan majoriti Melayu.

Ini adalah kesilapan besar kaum Melayu yang teruja dengan pemilihan Mahathir sebagai Perdana Menteri yang juga hanyalah kaldai kepada DAP. Mahathir sendiri mengaku dia adalah boneka DAP.

A A A A A A A A A A AAAA AAADAP 6

Sekiranya ada pengundi dalam kalangan kaum Melayu yang ada niat memangkah PH pada mana-mana PRK atau PRU akan datang, fikirlah masak-masak kerana DAP mempunyai agenda untuk mengalih sebahagian daripada kekayaan negara kepada bangsa DAP.

Lihatlah aset milik syarikat negara yang dikuasai oleh kaum Melayu dilelong begitu sahaja, dan siapakah pembelinya, dan siapakah yang untung?

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: