VIDEO – TOMMY THOMAS ADALAH PENGASAS UNDANG-UNDANG RIMBA MALAYSIA BAHARU

A A A A A A A A A A A

Peguam Negara, Tommy Thomas yang pernah diangkat sebagai peguambela Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng, telah didesak oleh banyak pihak termasuk blok pembangkang dan NGO supaya segera meletakkan jawatannya.

Amat memalukan apabila Tun Mahathir mendakwa bahawa Malaysia Baharu di bawah PH telah berjaya menghapuskan rasuah, terutamanya daripada kalangan pemimpin PH, sedangkan Peguam Negara dengan wewenangnya bertindak membatalkan kes-kes yang melibatkan pemimpin PH.

A A A A A A A A A A AAAA AAATOMMY 1

Mahathir juga dengan bangganya mencanangkan bahawa pemimpin luar negara amat kagum dengan pencapaian kerajaan PH.

Namun rakyat amat sedar bahawa, pemimpin luar tidak tahu apa yang sebenar-benarnya berlaku dalam negara ini. Pihak yang amat mengetahui adalah rakyat negara ini sendiri. Rakyat tahu apa yang berlaku dalam kelambu PH yang berantakan dan rakyat tahu bagaimana undang-undang negara sedang secara senyap, menjadi undang-undang rimba dengan tindakan Peguam Negara yang diterjemahkan sebagai mencabuli kedaulatan undang-undang.

Daripada beberapa tindakan dan gerak lakunya Tommy telah dengan terang mencabuli integriti, moral dan maruah sebagai seorang Peguam Negara.

Dalam sejarah perundang-undangan negara, nampaknya Tommy Thomas akan dicatatkan sebagai pengasas kepada Undang-Undang Rimba Malaysia Baharu.

Kes-kes terpilih yang digugurkan oleh Tommy Thomas, demi kepentingan parti politik pemerintah, bukan lagi suatu mitos politik mahupun persepsi liar rakyat.

Dia tidak menjaga integriti, moral dan maruah diri sebagai Peguam Negara apabila menari bagaikan mabuk arak dan bercampur secara terbuka dengan peguam persendirian sedangkan mereka mempunyai kes-kes yang sedang dalam prosiding mahkamah mahupun yang akan dibicarakan.

A A A A A A A A A A AAAA AAATOMMY 2

Ahli Parlimen Pengerang yang juga merupakan seorang peguam profesional, Datuk Seri Azalina Othman Said, melahirkan kebimbangan terhadap gejala pengguguran kes-kes mahkamah yang melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH-DAP) sejak PH berkuasa.

Apa yang lebih membimbangkan adalah apabila kes-kes tersebut melibatkan kes jenayah seperti kes hasutan, pecah amanah, rasuah, pembocoran maklumat, pengganas LTTE dan lain-lain lagi, khususnya yang melibatkan pemimpin PH-DAP.

Walaupun Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa kuasa budi bicara Peguam Negara adalah mutlak dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah namun, gejala pengguguran kes-kes mahkamah yang melibatkan pemimpin PH-DAP amat mencurigakan dan dilihat sebagai salah guna kuasa oleh Peguam Negara secara wewenang.

Dalam doktrin pemisahan kuasa Parlimen, Badan Perundang-Undangan perlu kekal bebas dan terpisah daripada mana-mana campur tangan termasuk dari badan Kehakiman mahupun Eksekutif.

Sekiranya benar Kerajaan Malaysia Baharu di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) ini masih berpegang kepada prinsip ‘Rule of Law’ dan memelihara kedaulatan undang-undang, Tommy tidak lagi layak untuk terus memegang jawatan selaku Peguam Negara.

Tommy Thomas wajar meletakkan jawatan secara sukarela dengan segera, antara lain kerana:

  • Pendedahan campur tangan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam prosiding inkues kematian anggota Bomba Adib Mohd Kassim sertawujudnya afidavit yang merumuskan Allahyarham Adib tidak dipukul sedangkan prosiding inkues belum pun selesa Ia dengan jelas menunjukkan betapa lemah dan kurang arifnya Tommy Thomas mengenai perjalanan inkues dan diragui kredibilitinya untuk menjalankan tanggungjawab secara bebas.
  • Tommy bakal dihadapkan ke mahkamah bagi menjawab prosiding penghinaan mahkamah kerana telah mendahului mahkamah dalam memberi keputusan berkaitan kes kematian anggota bomba Allahyarham Adib. Warta kebenaran daripada Mahkamah Koroner Shah Alam untuk memulakan prosiding terhadap Peguam Negara Tommy Thomas telah mencatat satu sejarah hitam dalam sistem perundangan negara. Tidak pernah terjadi dalam negara ini Peguam Negara dikehendaki menjawab dalam prosiding atas pertuduhan menghina mahkamah.

A A A A A A A A A A AAAA AAATOMMY 3

  • Wujudnya pendakwaan terpilih dan pengguguran pendakwaan misalnya pengguguran sepenuhnya kes rasuah YB Lim Guan Eng walaupun prosiding mahkamah telahpun berjalan dan saksi-saksi telah mula memberi keterangan di mahkamah. Tindakan Tommy, jelas membelakangi prinsip ‘Rule of Law’ dan integriti sebagai Peguam Negara.

A A A A A A A A A A AAAA AAATOMMY 4

  • Dalam isu terkini, Mahkamah Sesyen Seremban membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan pengganas militan LTTE ke atas pemimpin DAP, ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran. Bagaimanapun, tiada sebab diberikan di sebalik keputusan untuk menarik balik dua tuduhan berkenaan. Pembatalan dua pertuduhan berkenaan datangnya daripada pejabat Peguam Negara, Tommy Thomas.

A A A A A A A A A A AAAA AAATOMMY 5

  • Selaku Peguam Negara, Tommy Thomas jelas tidak menghormati keputusan Majlis Raja-Raja Melayu dan Kerajaan Malaysia berkenaan Statut Rom dengan melibatkan diri dalam wacana awam yang secara terbuka mengkritik keputusan kabinet dan memperlekehkan Raja-Raja Melayu.
  • Tommy Thomas juga telah melantik peguam luar, Sitpah Selvaratnam bagi mengendalikan kes kapal mewah Equanimity dengan bayaran upah yuran guaman yang amat tinggi iaitu sebanyak RM2 juta sedangkan penghakiman di dalam kes tersebut hanyalah penghakiman ingkar (default judgement) dan tidak melibatkan sebarang proses perbicaraan. Dalam isu ini juga, Tommy Thomas didapati menipu kerana bertentangan dengan kenyataan awal beliau bahawa peguam luar dilantik tanpa sebarang bayaran atau Pro-bono.
  • Tindakan Tommy Thomas selaku Peguam Negara menggugurkan sepenuhnya beberapa kes berprofil tinggi yang melibatkan hubungan geopolitik negara tanpa alasan munasabah seperti kes penderaan yang menyebabkan kematian pembantu rumah Indonesia Adelina Jerima Sau dan juga kes yang melibatkan dua suspek warga Vietnam dan Indonesia dalam kes pembunuhan warga Korea Utara yang dipercayai sebagai Kim Jong Nam, abang kepada Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. Tindakan ini sekali lagi membelakangi prinsip ‘Rule of Law’ dan kedaulatan undang-undang negara.
  • Tindakan Tommy Thomas selaku Peguam Negara membatalkan arahan untuk mendakwa peguam Siti Kassim yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang penonton di forum Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) sekali lagi mencetuskan persepsi buruk terhadap kebebasan dan integriti Institusi Peguam Negara lantaran tularnya video tarian ‘twist’ Tommy Thomas dengan Siti Kassim tidak berapa lama sebelum kes itu digugurkan.

Ketua Pembangkang, DS Ismail Sabri, mendakwa, banyak bukti menunjukkan bahawa Tommy telah menyalahgunakan kuasa melalui campur tangan dalam kes mahkamah, termasuk kes menggugurkan pertuduhan rasuah membabitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Oleh kerana terlalu banyak kes bertentangan prinsip kedaulatan undang-undang, pihak pembangkang serta puluhan NGO telah mendesak Perdana Menteri supaya menasihatkan DYMM SPB YDP Agong supaya memecat Peguam Negara sebelum banyak lagi kebejatan undang-undang yang dicabulinya.

Wajarlah sekiranya Tommy Thomas meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara dengan kadar segera supaya sistem perundang-undangan negara tidak bertukar menjadi Undang-Undang Rimba Malaysia Baharu dan Tommy Thomas-lah pengasasnya.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: