VIDEO – SALAHUDDIN DAN LIM GUAN ENG BUAT HASUTAN RASIS YANG AMAT BERBAHAYA

A A A A A A A A A A A

ADAKAH pihak PH telah kehabisan modal untuk kempen PRK Tanjung Piai sehingga mengheret isu yang tidak relevan langsung untuk menarik undi dengan mereka-reka cerita keganasan kaum?

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, DS Salahuddin Ayub, dalam satu kempen di SJKC Pei Chio Kukup Laut, dengan konco-konconya yang jumlahnya boleh dibilang dengan jari, telah mengeluarkan kenyataan yang amat ekstrem.

Sallahuddin menegaskan bahawa rakyat tidak boleh berniaga, tidak boleh ke laut, anak-anak tidak boleh lagi ke sekolah, tembak sana-sini, bakar sana-sini sekiranya BN-PAS berkuasa.

Kenyataan Salahuddin yang melampau itu seakan-akan menggambarkan Malaysia akan menjadi negara authoritarian yang zalim dan ganas.

Adakah Salahuddin merujuk kepada negara yang diperintah oleh diktator seperti Pol Pot di Kemboja, Mugabe di Zimbabwe, atau Syria yang kini berada di tangan Syiah?

Amat wajarlah apabila BN membuat laporan polis supaya tindakan Salahuddin itu disiasat dan dibawa ke mahkamah.

A A A A A A A A A A AAAA AAGONENG 7

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula dalam satu ucapannya pada Konvensyen DAP di Muar pada 3 November menyatakan antara lain bahawa sekiranya calon MCA menang dan BN-PAS berkuasa:

  • Kaum bukan-Melayu atau bukan-Muslim tidak layak memegang jawatan menteri dalam kabinet
  • Sekolah vernakular dan sekolah berteraskan bahasa ibunda kaum Cina dan India akan ditutup
  • Kaum bukan-Muslim terutamanya Kristian tidak boleh berkumpul untuk menjalankan ibadah (sembahyang)
  • Kerajaan akan boikot produk dan perniagaan bukan-Islam, dan,
  • Kaum bukan-Muslim dan bukan-Melayu yang menentang dilabelkan sebagai khinzir (babi), pengganas dan komunis.

A A A A A A A A A A AAAA AAGONENG 2

Agak melucukan kerana selama ini sebelum PH berkuasa semua perkara yang dinyatakan di atas tidak pernah berlaku meskipun negara berada di bawah pemerintahan ‘diktator’ Mahathir Mohamad.

A A A A A A A A A A AAAA AAGONENG 8

Malah Guan Eng lupa bahawa DAP pernah bekerjasama dengan PAS setelah berjaya memperbodohkan pemimpin PAS terdahulu.

Guan Eng juga lupa bahawa MCA adalah parti bukan-Melayu, dan melalui semangat setiakawan UMNO-MCA dengan direstui oleh PAS, BN telah mencalonkan Dr Wee Jeck Seng dengan sokongan ribuan kaum Cina dan bukan-Melayu yang lain di Tanjung Piai.

Benarlah sebagaimana yang didakwa oleh Tun Mahathir bahawa DAP adalah parti rasis, yang lewah dengan kempen kebencian (hatred campaign) sejak awal ia ditubuhkan untuk mengelirukan kaum Cina dan bukan-Melayu.

Hakikatnya pemimpin Melayu melalui UMNO-lah yang telah bertoleransi untuk menerima kaum pendatang sebagai rakyat Malaysia apabila parti Perikatan ditubuhkan sebelum Merdeka lagi.

Lihat sahaja apa yang diperakui oleh Tun Sambanthan dan juga Tun Tan Siew Sin yang mengetuai MIC dan MCA suatu ketika dahulu. Tiada mana-mana negara di rantau Asia yang mahu menerima pendatang yang diimport oleh penjajah British untuk tujuan merompak kekayaan negara sebagaimana berlaku di Malaya suatu ketika dahulu.

A A A A A A A A A A AAAA AAGONENG 5

Sebagaimana kata Mahathir, DAP lupa bahawa tiada negara di dunia ini yang membenarkan kaum pendatang mendirikan sekolah vernakular, tiada di Australia, tiada di Amerika, tiada di England, malahan kerajaan Singapura juga tidak membenarkan kaum Cina mewujudkan sekolah Cina.

Dengan itu juga, wajarlah sebagaimana tindakan yang diambil oleh BN dan GBN (Gerakan Bangsa Nasional) untuk membuat laporan polis dan mengheret Salahuddin dan Lim Guan Eng ke mahkamah. Itu pun sekiranya Peguam Negara tidak mengamalkan undang-undang rimba.

*****

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: