VIDEO – KOMIK PROPAGANDA KOMUNISME MESTI DISIASAT SEHINGGA KE LUBANG CACING

A A A A A A A A A A A 

PELBAGAI persoalan timbul setelah terdedahnya isu komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ yang diterbitkan oleh Hew Kuan Yau, ‘musang berbulu ayam’ DAP.

Hew Kuan Yau ini jugalah yang pernah berkempen dengan propaganda ‘use Malays to screw Malays’ yang daripada semantik bahasa pasar ia bermakna ‘guna Melayu untuk memperkosa Melayu’.

Kali pertamanya, agenda halus Kuan Yau atau mungkin juga DAP, ialah menjadikan komik ini sebagai buah tangan kepada Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping, bersempena Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa ke-2 di Beijing.

A A A A A A A A A A AAAA AAGkomik 2

Apakah motif yang terselindung apabila senaskhah komik dijadikan buah tangan kepada seorang pemimpin kuasa besar dunia?

Setiausaha Agung DAP telah menandatangani bahagian ‘Prakata’ komik tersebut dan dengan itu mengesahkan bahawa komik itu diterbitkan atas agenda politik DAP.

A A A A A A A A A A AAAA AAGkomik 3

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), komik tersebut mempromosi ideologi komunisme, sosialisme, menyebarkan fakta salah, mengelirukan dan mengubah sejarah, mempertikaikan perjuangan tokoh terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara menentang komunis, serta mengandungi unsur yang membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis.

Dengan itu juga kandungan komik itu adalah bercanggah dengan pembentukan asas kenegaraan dan Perlembagaan Persekutuan.

KDN telah mengharamkan penerbitan komik berkenaan di bawah Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Timbul persoalan, mengapakah Tun Mahathir sendiri yang menjadi penyampai komik tersebut kepada Xi Jinping, tidak mengetahui apakah falsafah yang dikendong oleh komik tersebut sehingga ia dijadikan buah tangan kepada seorang pemimpin besar dunia?

Tidakkah ia hanya memperendahkan martabat pemimpin itu dan juga Malaysia kerana komik adalah bahan bacaan kanak-kanak bukan bahan wacana intelektual bagi orang dewasa, apatah lagi pemimpin kuasa besar dunia seperti Xi Jinping.

Ia menjadi wajar sekiranya kandungan, motif, falsafah dan moral dalam komik itu amat besar dan agung sehingga ia layak dijadikan buah tangan untuk pemimpin kuasa besar dunia.

Dengan menjadikan Perdana Menteri Tun Mahathir sebagai perantara buah tangan tersebut, maka musang berbulu ayam itu, boleh mendakwa bahawa komik tersebut mendapat restu pihak tertinggi negara.

Anehnya ia menjadi misteri, kerana kandungannya tidak pernah dijelaskan kepada Mahathir, apatah lagi ia hanya senaskhah komik yang penerbitannya bersifat berkala.

Kandungan dan intipatinya pada suatu kala akan berbeza dengan penerbitannya pada keluaran yang lain. Maka penilaian terhadap kandungan, falsafah, moral wacananya, watak dan perwatakan tokonya, semua boleh berubah dari semasa ke semasa.

Kemudian tiba-tiba juga rakyat dikejutkan dengan Muzium Budaya Komik Asia yang diwujudkan di Komtar Pulau Pinang, satu premis yang sama dengan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Manakala Hew Kuan Yau sendiri, orang kuat dan musang DAP, adalah kurator muzium tersebut.

Lantas penerbitan yang datangnya daripada sebuah Muzium Budaya Komik Asia, pastinya bukanlah komik yang mendukung doktrin dan falsafah picisan, sebaliknya pasti terdapat suatu wawasan yang besar dan agung yang mahu diindoktrinasikan kepada pembacanya, khususnya kanak-kanak.

Siapakah pembacanya? Semuanya terjawab apabila 2000 naskhah cuba diedarkan di Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan, dan juga Sekolah-sekolah Kebangsaan.

Masyarakat seluruh dunia sudah menggunakan aplikasi ICT serta penerbitan dalam talian dengan animasi 3-D yang canggih, dibantu oleh visual, audio dan video, serta boleh diakses di mana sahaja pada bila-bila masa sahaja. Tiba-tiba negara dikejutkan  dengan Muzium Budaya Komik Asia, dan penerbitan tekstual komik lukisan 2-D yang ketinggalan zaman serta corak dan gaya lukisan karektor yang bertaraf tepi longkang.

Pasti ada suatu agenda besar yang tersembunyi.

Pasti ada suatu motif agung sehingga gambar Perdana Menteri dijadikan simbol kewajaran dan lesen besar komik itu yang kini telah cuba diedarkan di sekolah-sekolah.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menghadiri Hari Keluarga KDN telah mengeluarkan kenyataan dalam satu sidang media bahawa pihak kementeriannya hanya berjaya merampas lebih 2,000 naskhah komik tersebut yang cuba diedarkan di sekolah-sekolah rendah.

Muhyiddin tidak pasti tentang jumlah naskhah penerbitan yang tepat.

A A A A A A A A A A AAAA AAGkomik 4

Berapakah jumlah naskhah edarannya untuk sebuah sekolah?

Jumlah sekolah rendah seluruh negara ialah 7,776 dengan jumlah pelajar 2.7 juta.

Jumlah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan sahaja sudah mencecah 1,822. Apakah cukup dengan jumlah penerbitan 2000 naskhah sahaja?

Seandainya Kuan Yau ini menyusun agenda untuk mengedarkannya ke seluruh negara, manakan cukup hanya sekadar penerbitan 2000 naskhah?

Jika sebuah sekolah diperuntukkan 10 naskhah, maka Kuan Yaw telah siap sedia dengan jumlah 10×7776 iaitu 77,760 naskhah sebulan.

Seandainya pengedaran dan kos pembelian ditanggung oleh kementerian dengan harga senaskhah RM25 maka kerajaan akan membelanjakan RM25 x 77,760 iaitu RM1.944 juta sebulan dan RM23.328 juta setahun.

Memang benar KDN telah mengharamkan penerbitan komik tersebut, namun sedihnya Muhyiddin juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa pengharaman itu akan dikaji semula.

Mengapa harus dikaji semula? Adakah kerana ia merupakan kreativiti dan ideologi orang DAP?

Adakah kerana ia mengendong doktrin sosialisme, komunisme serta dijadikan platform untuk mencelarukan sejarah, mengagungkan dan mendewa-dewakan gerila Bintang Tiga?

Falsafah, ideologi, doktrin, moral serta watak dan perwatakan dalam komik berkenaan amat serius dan berbahaya kepada negara kerana nilai-nilai subversif serta propaganda komunisme yang menjadi musuh utama negara suatu ketika dahulu.

Komik itu yang mensasarkan generasi muda di sekolah rendah berpotensi untuk mencetuskan dan membentuk satu pemikiran radikal dan mengancam falsafah pembentukan negara bangsa serta integrasi nasional pada masa kini dan masa hadapan.

Ia boleh juga menjadi senjata untuk menentang dan memusnahkan sistem ‘Raja Berperlembagaan’ dan digantikan dengan republik rakyat komunis sebagaimana agenda halus DAP.

Rakyat harap KDN akan menyiasat dakyah komik komunis ini sehingga ke lubang cacing.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: