Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, menjadikan Nabi SAW sebagai sasaran untuk mewajarkan pembohongan PH dalam isu menunaikan janji manifesto.
Khalid yang terkenal sebagai menteri yang membuat janji palsu untuk menutup kilang Carlsberg dalam kempen PRU14, telah mendakwa bahawa Nabi SAW juga pernah tidak menunaikan janji kepada umatnya.
Lantas, apatah lagi manusia biasa seperti dia dan pemimpin PH, parti yang telah memenangi PRU14 atas paksi pembohongan, fitnah dan penipuan.
Khalid tersepit dengan pembohongannya dan terpaksa mencari alasan dangkal sehinggakan Nabi SAW pun digunakan untuk terus membohongi rakyat, khususnya umat Islam.
Dia cuba mewajarkan kelemahan kerajaan PH yang tidak dapat menunaikan janji manifesto, serta janji dia sendiri untuk menutup kilang arak sekiranya PH menang pada PRU14 tempoh hari.
Kontradiknya dalam ajaran Islam, tanda-tanda manusia munafik adalah apabila dia bercakap, dalam percakapannya penuh dengan pembohongan.
“Nabi pun dulu pernah bawa sahabat dari Madinah nak ke Mekah, (baginda) berjanji nak buat umrah, tetapi dihalang. Sampai di Udaibiyah, tidak dapat.
“Itu nabi! Apalah janji manifesto yang dibuat oleh manusia biasa,” kata Menteri PH itu, yang kata-katanya itu membawa kepada semantik bahawa Nabi juga berbohong.
Ia satu penghinaan kepada Nabi SAW yang tidak dapat diterima akal. Malah orang seperti ini sepatutnya dikenakan hukuman berat kerana menghina Nabi SAW.
Kenyataan Khalid itu disanggah oleh keseluruhan ulama yang arif tentang hadis dan sejarah Islam.
****
Tinggalkan Jawapan