VIDEO- KRISIS MAHATHIR-DAP SUDAH MENDIDIH

A A A A A A A A A A A

KRISIS antara Tun Mahathir dan DAP sudah terang lagi bersuluh.

Namun kerana muslihat politik, untuk menutup pekung yang bernanah di dada, mereka masih berlakon dalam drama kemesraan sedangkan pecah pekung dan busuk nanah sudah menyelinap pada mata media.

A A A A A A A A A A AAAA AAJLIU 1

Ronnie Liu, melalui Malaysiakini mencanangkan retorik bahawa kemenangan PH pada pru14 lalu adalah kemenangan yang mengangkat mahathir ke puncak dunia kerana telah berjaya menjatuhkan rejim kleptokrat yang telah memerintah lebih 60 tahun sejak merdeka. Sedangkan Rafizi melaporkan hasil kajian Invoke Malaysia, faktor Mahathir tidak signifikan kepada kemenangan PH.

Walau bagaimanapun kenyataan yang dibuat oleh Liu itu menghentam Mahathir balik kerana kerajaan kleptokrat yang dirujuknya lebih didominasi oleh Mahathir sendiri selama 22 tahun sejak 1981-2003. Pada zaman Pak Lah dan DS Najib, Mahathir tetap menjadi tangan ghaib yang cuba mencabuli urusan pentadbiran Perdana Menteri.

Malah Pak Lah diserang oleh Mahathir dalam agenda tersembunyinya dengan kempen kaum Cina menolak BN.

Pada zaman DS Najib, Mahathir gagal menjadi bayang-bayang yang mengawal DS Najib supaya membuka ruang kepada kroni Mahathir dalam banyak projek khususnya projek janakuasa elektrik. Akhirnya DS Najib juga diserang habis-habisan sehingga ke pentas antarabangsa dengan menjadikan 1MDB sebagai senjatanya.

Hari ini kes 1MDB seakan-akan sudah basi dan longlai kerana nampaknya perbicaraan yang sedang berlangsung, cenderung menolak tuduhan ke atas Ds Najib.

Kleptokrasi pemerintahan Mahathir jugalah yang cuba dijadikan acuannya pada era PM ke-7 ini. Apa yang jelas ialah pemimpin tua itu, masih dengan agenda dan pendekatan ‘divide and rule’.

Antara senjata Mahathir ialah lidah celupar dan bercabangnya yang suka mengutuk orang sekeliling seakan-akan dia adalah jaguh dunia yang paling sempurna.

Lantas Ronnie Liu melabelkan Mahathir sebagai ‘harimau kertas’ atau harimau yang langsung tidak berfungsi, tanpa taring, tanpa kekuatan hanya mendedahkan persepsi dirinya sebagai hebat.

Liu membangkitkan banyak isu untuk mewajarkan label ‘harimau kertas’ yang boleh dipenyek dengan tangan kosong sahaja, antaranya 13 kerusi Bersatu, yang sepatutnya tidak signifikan untuk mengangkat Mahathir sebagai PM, berbanding 49 dari PKR dan 42 dari DAP.

Bagi Liu sepatutnya kerusi PM diberikan kepada PKR yang memiliki kerusi parlimen terbanyak dalam komponen PH.

Mahathir juga dihentam kerana telah menguar-uarkan projek kereta nasional ke-3 walaupun dia sedar negara sedang dilanda krisis ekonomi yang parah.

Kemudian kritikan terhadap Mahathir tertujah pula pada isu katak yang melompat dari kolam UMNO yang menjadikan kerusi parlimen Bersatu meningkat sekali ganda kepada 26 kerusi daripada 13 kerusi.

Namun kerana kegagalan Mahathir menarik lebih ramai lagi katak UMNO yang diterjemahkan oleh pihak UMNO sebagai sampah, lantas Mahathir terpaksa mencari jalan untuk mencari pengaruhnya dalam kalangan ahli PKR pula.

Langkah awal Mahathir ialah melantik Azmin Ali sebagai ayam tambatannya dan diberikan jawatan Menteri Ekonomi, yang anehnya tidak berfungsi langsung untuk memperbaiki ekonomi negara yang merudum.

Namun realitinya Mahathir telah berjaya mewujudkan perpecahan dalam PKR.

Liu amat gusar apabila Mahathir mahu menjadikan kaum Melayu sebagai kuasa yang mendominasi PH, yang kini berada di tangan DAP tetapi ditopengkan sebagai ‘kuasa pelbagai kaum’ yang rakus dan pelahap, jauh lebih pelahap daripada kerajaan zaman BN dan Perikatan sebelumnya.

Mahathir sendiri mengaku bahawa dia hanyalah boneka DAP.

Isu SOSMA yang dilihat oleh Ronnie Liu sebagai akta yang dipertahankan oleh Mahathir, menjadi isu yang amat panas apabila beberapa pemimpin DAP telah ditahan untuk siasatan selama 28 hari kerana terbabitkan dengan aktiviti pengganas militan Tamil Eelam.

Sekaligus akibat daripada kes LTTE itu, pada mata rakyat kontemporari, DAP adalah parti pengganas.

Label sedemikian amat relevan apabila pemimpin DAP juga dilihat mempertahankan golongan yang terbabit dengan LTTE itu. Malahan peguam-peguam daripada kalangan pemimpin DAP juga dilihat membela perogol, perasuah, pembunuh, perusuh kuil, pejuang komunisme, dan aktivis yang cuba menjadikan negara ini sebuah republik-zionis-avengelis.

DAP juga mahu sangat Malaysia meratifikasikan ICERD, tetapi ditolak oleh Mahathir dan selari dengan bantahan kaum Muslimin UMNO-PAS yang akhirnya membentuk satu kesatuan yang dinamakan Penyatuan Ummah.

Isu tulisan khat yang dilihat sebagai isu remeh juga dibangkitkan oleh Liu, sedangkan khat adalah adalah  aksara Melayu pada zaman sebelum kedatangan penjajah lagi, malah subur ketika Merdeka, sama dengan aksara Cina mahupun Tamil.

Pemimpin DAP dari Kluang, Wong Shu Qi pula dengan beraninya mengaitkan tulisan Jawi dengan bahan pornografi dan lucah. Peleknya kerana dia lupa bahawa China dan masyarakatnyalah yang mempelopori budaya pelacuran di rantau ini. Saban hari, ada sahaja pelacur warganegara China yang ditangkap oleh pihak penguasa. Adakah khat digunakan untuk menarik pelanggan Melayu?

Jika usahawan makanan Cina seperti mee, roti, biskut, air minuman sering menggunakan khat (tulisan Jawi) untuk menipu kaum Melayu, mengapa pula pelajar sekolah tidak boleh mempelajari tulisan itu?

Akhir-akhir ini, Mahathir juga telah mencederakan ekonomi negara apabila dia mengkritik India dalam isu krisis Kashmir sehingga menyebabkan pengimport minyak sawit India mengambil tindakan untuk memboikot minyak sawit Malaysia.

A A A A A A A A A A AAAA AAJLIU 2

Liu juga bimbang sekiranya China juga mengambil tindakan yang sama, susulan kenyataan Dr Mahathir yang menggesa ketua eksekutif Hong Kong, Carrie Lam supaya meletakkan jawatan ekoran demonstrasi antikerajaan yang berlarutan di Hong Kong.

A A A A A A A A A A AAAA AAJLIU 3

Kemuncak kepada serangan Liu terhadap Mahathir ialah apabila dia mengeluarkan kenyataan bahawa PH tidak memerlukan Bersatu, kerana PH tetap utuh dalam parlimen meskipun tanpa Bersatu.

Liu bukanlah satu-satu pemimpin DAP yang lantang menyerang Mahathir secara terbuka, sebaliknya ramai lagi yang cuba menyerang Mahathir secara sembunyi.

Isu Mahathir menyampaikan amanat dalam Kongres Maruah Melayu juga diserang oleh pemimpin DAP, sedangkan Mahathir lebih banyak menghina kaum Melayu dalam ucapannya. Ahli Parlimen Bukit Gelugor DAP, Ram Karpal Singh menyerang Kongres Maruah Melayu dengan mempertikaikan kewujudan kontrak sosial. DAP amat marah apabila ada pembentang yang melaungkan bahawa Malaysia adalah ‘tanah Melayu.’

Golongan yang mempertahankan Mahathir seperti Syed Saddiq dan Mahyuddin daripada Bersatu, terpaksa bangun dan membela Mahathir.

Menteri Belia dan Sukan daripada Bersatu, Syed Saddiq yang lebih popular sebagai ‘budak mentah’ telah memberikan ultimatum kepada Ronnie Liu supaya memohon maaf atau diambil tindakan disiplin oleh DAP. Jika tidak ARMADA (Angkatan Bersatu Anak Muda)  seluruh negara akan menyerang kepimpinan DAP, termasuk pimpinan tertingginya.

A A A A A A A A A A AAAA AAJLIU 4

Adakah krisis antara parti komponen sebegini berlaku pada Perikatan mahupun BN sebelumnya. Sekiranya ia berlaku ia tidak lain dan tidak bukan adalah bahana daripada kebiadaban DAP sebagaimana tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Sekiranya dalam kalangan pemimpin pun bergaduh dan bercakaran, bagaimana pula dengan rakyat jelata yang berbilangan kaum yang amat sensitif terhadap agama, budaya dan bangsa?

A A A A A A A A A A AAAA AAJLIU 5

Kita tidak hairan jika pihak ‘program deradikalisasi polis’ memberi amaran bahawa Malaysia kemungkinan terjerumus kepada rusuhan kaum seperti yang pernah berlaku lima dekad yang lalu.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: