VIDEO- AKAR UMBI UMNO TANJUNG PIAI RELA TERIMA DR WEE JECK SENG

A A A A A A A A A A A

SETELAH mendapat pencerahan, akar umbi UMNO yang pada mulanya amat kecewa dengan pencalonan Datok Dr Wee Jeck Seng, dari MCA, kini telah rela menerima dan menyokongnya di PRK Tanjung Piai.

Perhatikanlah gelombang biru yang bagaikan tsunami Muafakat Nasional sedang melanda PH dan mencatatkan satu lembaran baru pada penjenamaan semula Barisan Nasional yang kini turut dikongsi bersama oleh parti Islam terbesar negara iaitu PAS.

A A A A A A A A A A AAAA AAKARMAINE 1A

Beberapa minggu sebelum pencalonan calon BN, kesemua 88 Ketua Cawangan UMNO Bahagian Pontian sebulat suara menyarankan agar kerusi Parlimen Tanjung Piai diberikan kepada calon UMNO.

A A A A A A A A A A AAAA AAKPIAI 2

Bukan itu sahaja, mereka juga menegaskan agar Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datok Jefridin Atan dipilih sebagai calon BN.

Sentimen tersebut bukan sahaja berlegar dalam kalangan akar umbi UMNO Tanjung Piai, malah beberapa portal media dalam talian, dan warganet yang menyokong UMNO.

Pastinya khalayak media tidak berasa hairan dengan gelombang sentimen sedemikian kerana semangat dan roh Penyatuan Ummah yang dilihat mengutamakan agama Islam dan penganutnya, masih hangat dan tebal dalam hati nurani kaum Melayu UMNO-PAS.

Malah kita lihat Prof Dr Ridhuan Tee yang juga merupakan bekas ahli MCA mahu kerusi Parlimen Tanjung Piai diberikan kepada calon Melayu-Islam.

A A A A A A A A A A AAAA AAKPIAI 3

Dr Ridhuan Tee yang telah keluar meninggalkan MCA kerana parti itu menentang Hudud, amat kecewa apabila UMNO masih meletakkan Dr Wee Jeck Seng yang dilabelnya sebagai calon kitar semula.

Kata Dr Ridhuan Tee, “Jika calon MCA sekali pun carilah individu yang berpendirian seperti mendiang Prof Khoo Kay Kim, Prof Teo Kok Siong dan bukannya calon kitar semula yang kita sudah tahu pendirian dia terhadap Melayu dan Islam.”

GBN atau Gerakan Bangsa Nasional yang amat kritis terhadap PH-DAP juga mahu BN meletakkan calon Melayu di Tanjung Piai.

Malahan Pengerusi Bersama GBN Rosdzaman Mohd Yusup menyifatkan bahawa meletakkan calon MCA adalah suatu kesilapan yang teramat besar.

A A A A A A A A A A AAAA AAKPIAI 4

Rosdzaman melihat bahawa UMNO gagal membaca sentimen Melayu-Islam, setelah dihina dan dikeji oleh DAP dengan sokongan kaum Cina dari MCA.

Gerakan Pengundi Sedar (GPS) juga sekata dengan GBN agar pengundi di Tanjung Piai menyokong calon Muslim meskipun calon Muslim itu datang daripada Pakatan Harapan.

A A A A A A A A A A AAAA AAKPIAI 5

Malahan terdapat golongan yang kecewa dengan pencalonan MCA lalu mendesak agak Parti BERJASA atau ‘Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia’ meletakkan calonnya untuk menentang Karmaine Sardini dari Bersatu dan Wee Jeck Seng dari MCA.

Presiden BERJASA, Datuk Dr Badhrulhisham Abd Aziz berpendapat bahawa MCA seharusnya memahami strategi tertentu diperlukan sekiranya mahu menang dalam PRK Tanjung Piai.

A A A A A A A A A A AAAA AAKPIAI 6

Bagi Dr Badrulhisham, MCA akan kelihatan lebih ikhlas sekiranya memberi laluan kepada calon Melayu dari mana-mana parti dan bekerja bersungguh-sungguh menarik undi kaum Cina yang selama ini telah lari menyokong Pakatan Harapan (PH) pada PRU14. MCA bukanlah segagah mana kerana hanya menyumbang satu sahaja kerusi Parlimen kepada BN pada PRU14.

Dengan mengambil kira bahawa Tanjung Piai adalah kawasan majoriti kaum Melayu, kekalahan MCA pada PRU14 dan beberapa faktor lain, BERJASA menyarankan agar BN meletakkan calon Melayu untuk menentang PH.

Walaupun diasak daripada pelbagai penjuru, BN tetap berpegang teguh kepada semangat setiakawan UMNO-MCA sebagaimana yang telah diikat sejak 60 tahun dahulu.

A A A A A A A A A A AAAA AAKPIAI 7

Semangat setiakawan itu jugalah yang telah membawa negara Tanah Melayu ini menolak Malayan Union dan menjulang Persekutuan Malaysia sehingga British bersetuju mengurniakan kemerdekaan kepada negara ini.

Toleransi kaum Melayu yang tetap menjadi sifat genetik semula jadi tidak dapat dibuang daripada UMNO.

UMNO dalam BN tahu dan amat sedar akan risiko daripada akar umbi, namun soal setiakawan dengan MCA yang terjalin lebih daripada separuh abad telah menolak keegoan dan sikap pentingkan diri sendiri.

Malahan PAS yang dilabelkan sebagai ekstremis Islam oleh DAP, berjanji setia, menyokong calon BN daripada MCA, Dr Wee Jeck Seng tanpa meletakkan sempadan agama dan bangsa.

Keputusan BN memilih Dr Wee Jeck Seng amat mengecewakan Tun Mahathir yang amat berharap agar BN meletakkan calon UMNO untuk menentang calon Bersatu.

A A A A A A A A A A AAAA AAKPIAI 8

Namun UMNO dan BN sedar bahawa segala putar-belit Mahathir, mengandung agenda tersembunyi serta perangkap periuk api yang boleh membunuh BN.

Agenda tersembunyi Mahathir adalah untuk membunuh BN kerana sekiranya BN meletakkan calon UMNO, maka tindakan itu dijangkakan akan membangkitkan kemarahan MCA (jangkaan ini juga mungkin tidak benar).

Mahathir sebenarnya termakan dengan laporan Sinchew Daily dan Malaysiakini yang mendedahkan bahawa Ketua MCA Kapar, Song Kee Chai telah mengugut untuk keluar BN sekiranya UMNO meletakkan calonnya di Tanjung Piai.

A A A A A A A A A A AAAA AAKPIAI 9

Andaian sekiranya MCA benar-benar keluar daripada BN, maka BN secara otomatisnya telah mencabuli syarat Pendaftaran Pertubuhan dan dengan itu dari aspek perundang-undangan ROS, BN dikira terbubar.

Sebagaimana disyaratkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), BN mesti sekurang-kurangnya mempunyai tiga parti komponen dan dengan andaian MCA memilih untuk meninggalkan BN, maka BN akan secara otomatisnya terbubar.

Kesan rantaian (chain effects) daripada itu pula, semua ADUN dan Ahli Parlimen (AP) BN akan bertukar status kepada ADUN dan AP ‘Bebas’.

Lantas, dua negeri yang berada di bawah kuasa BN seperti Perlis dan Pahang akan secara otomatisnya juga berpindah kuasa kepada Pakatan Harapan (PH).

A A A A A A A A A A AAAA AAKPIAI 10

Itulah dia kesan ledakan ‘periuk api’ yang menjadi perangkap Mahathir untuk membunuh BN, dan sekaligus juga mencedera-parahkan UMNO.

Namun BN dan UMNO tidak bodoh untuk meredah periuk api Mahathir.

Pencerahan agenda tersembunyi Mahathir itu jugalah yang telah meredakan kekecewaan akar umbi UMNO di Tanjung Piai, sebagaimana kenyataan Ketua Bahagian UMNO Tanjung Piai, Datok Jefridin Atan dalam video berikut.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: