VIDEO – MAHATHIR DIMAKI-HAMUN PETANI KERANA HINA MELAYU PEMALAS

Seorang petani di Kedah (sila tonton video di bawah), naik angin dan marah bersama maki-hamun apabila dia diberitahu ada Menteri yang menuduh Melayu sebagai bangsa pemalas.

Kami percaya bahawa Menteri yang dimaksudkan itu ialah Tun Mahathir sendiri yang kerap mengeluarkan kenyataan streotaip dan generalisasi bahawa Melayu itu malas.

A A A A A A A A A A AAAA AAPI 5

Adakah Mahathir cuba mengangkat bahawa kaum India rajin? Atau bagi Mahathir sekiranya seseorang Melayu itu tidak kaya dan bukan jutawan seperti anak-anak dan kroninya, maka mereka dikategorikan sebagai pemalas? Pemalas atau tidak pandai ‘merompak harta negara?

Merujuk kepada artikel NST karya Hafizah Iszahanid, pemimpin yang mendukung persepsi bahawa bangsa Melayu adalah pemalas, sudah pastinya pemimpin rasis yang mindanya masih dijajah dan berada dalam dimensi kolonialisme.

Pastinya yang menghina kaum Melayu itu, bukanlah berdarah Melayu.

A A A A A A A A A A AAAA AAACIMADEAD 3

Image result for kad pengenalan Mahathir tertulis a/k kutty

Kaum Melayu kelas bawahan tiada akses kepada nepotisme, kronisme dan kleptokrasi seperti Mahathir dan mereka lebih reda serta bersyukur dengan apa yang diberikan Allah, daripada merompak harta rakyat melalui kroni-kroni pelahap.

A A A A A A A A A A AAAA AAACIMADEAD 2

Monolog daripada video (pertama) yang kami muat naik adalah seperti berikut:

“Macam mana ni, Menteri kata kita penyegan (pemalas) ni?

Menteri pelir (butuh) dia, penyegan (pemalas). Tak nampak ni tanah berpuluh relong ni.

Siapa yang buat (kerjakan)? Orang Melayu yang kerjakan bendang (tanah sawah) ni. Ni benih ni.

Kepala otak dia, mengata kita penyegan (pemalas)..

Makan pun orang suap.

Ni kita ni makan nasi pun belum lagi (dah lewat tengah hari).

Kepala otak, kata kita penyegan (pemalas).

Tunjukkan dia bendang (tanaman padi) yang luas ni. Siapa yang buat (usahakan)?

Orang Melayulah yang buat bendang (tanam dan dapatkan hasil padi).

Hangpa (kamu) tahu apa? Makan, tidur.

Pergi ke mana-mana orang bawa (dengan kenderaan mewah).

Kami ni bermandi darah peluh.

Amboi mak! Puih!! (ludah).”

Kenyataan petani muda dari Kedah itu disokong oleh seorang lelaki Amerika bernama Zayn Gregory yang telah berkahwin dengan seorang wanita Melayu Malaysia. Isterinya datang daripada keluarga yang miskin-susah dari Malaysia.

Namun dengan kerajinannya, dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Amerika.

Dengan itu, adakah Melayu pemalas?

Zayn merujuk buku tulisan Syed Husein Al-Atas ‘The Myth of Lazy Nation’. atau ‘Mitos tentang Bangsa Pemalas’. Syed Hussein menolak pelabelan bahawa Melayu pemalas. Malah ia hanyalah satu ‘Mitos’ dan penganiayaan kepada bangsa Melayu.

Seorang sahabat yang pulang dari England setelah tamat pengajian PHD, telah menceritakan tentang seorang anak Melayu yang berjaya mendapat pencapaian GCSE ‘O’ level dengan skor 14A. Anak Melayu itu adalah pelajar terbaik di Hamilton Community College, tempat dia belajar di Leicestershire. Malah antara rekod pelajar terbaik England pada ketika itu.

Guru-guru di kolej itu terkejut kerana lebih 95 % pelajar England hanya mengambil 7 mata pelajaran sahaja, tetapi pelajar Melayu itu telah menduduki 16 mata pelajaran dan mendapat 14A.

Adakah benar Melayu pemalas sebagaimana kata pemimpin tua Mahathir yang pernah mengaku bahawa dia adalah boneka DAP?

Sejak itu Pengetua Kolej Hamilton sering berkempen untuk mendapatkan seramai mungkin anak Melayu belajar di kolejnya dan mengangkat nama kolej dengan pencapaian cemerlang.

Dengan itu, benarkah Melayu pemalas atau ia hanya kenyataan stereotaip untuk menghina bangsa Melayu?

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: