PERIUK API MAHATHIR UNTUK BUNUH BN TIDAK MENGENA

Tun Mahathir kecewa dan gelabah apabila ‘periuk api’ yang dipasangnya di Tanjung Piai untuk membunuh Barisan Nasional (BN) tidak mengena.

Malahan besar kemungkinan periuk api yang dipasangnya itu akan memerangkap orangnya sendiri apabila BN tidak melayannya untuk meletakkan calon UMNO di Tanjung Piai.

A A A A A A A A A A AAAA AAPI 1

Mahathir menegaskan, pada 7 Oktober lalu, sekiranya UMNO meletakkan calonnya di PRK Tanjung Piai, Bersatu amat yakin akan menang.

Percaturannya mudah sahaja, kerana bagi Mahathir pengundi yang terdiri daripada 47% kaum Cina akan memilih calon Bersatu, kerana fahaman streotaip yang menyelinap pemikiran mereka meyakini bahawa pengundi Cina dengan propaganda kebencian DAP terhadap Melayu-UMNO, pastinya akan memilih calon Bersatu.

Lucunya, Mahathir seperti merengek dan merayu UMNO, apabila katanya, “Tolonglah..supaya kita (Bersatu) boleh menang,” selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di Putrajaya.

Kami labelkan permintaan Mahathir itu sebagai ‘periuk api’ yang cuba membunuh BN kerana Mahathir berahsia tentang strategi mencabar UMNO meletakkan calonnya di PRK Tanjung Piai, setelah ditanya oleh pemberita tentang implikasinya.

BN tidak semberono melayani kehendak Mahathir itu, kerana BN serta strategi ‘think tank’nya amat faham dengan sikap Mahathir yang sentiasa penuh dengan putar-belit .

Malahan kepimpinan BN-UMNO-PAS tidak sebodoh menteri-menteri kakistokrasi kabinet Mahathir yang dilihat seperti gerombolan beruk yang diberikan kereta, tetapi tidak tahu mengendalikannya.

A A A A A A A A A A AAAA SAWIT 8

Melawan arus daripada permintaan Mahathir itu, BN tetap meletakkan DS Dr Wee Jeck Seng daripada parti  MCA untuk menentang calon Bersatu, Karmaine Sardini di PRK Tanjung Piai.

Bukan UMNO sahaja, PAS sebagai rakan setia dalam Muafakat Nasional dan Penyatuan Ummah, reda dengan pilihan BN untuk meletakkan calon MCA, Dr Wee Jeck Seng, dan berjanji setia untuk membantu kempen PRK Tanjung Piai.

A A A A A A A A A A AAAA AAPI 3

Mahathir mempunyai strategi untuk membunuh BN kerana sekiranya BN meletakkan calon UMNO, maka tindakan itu dijangkakan akan membangkitkan kemarahan MCA (jangkaan ini juga mungkin tidak benar).

Mahathir sebenarnya termakan dengan laporan Sinchew Daily dan Malaysiakini yang mendedahkan bahawa Ketua MCA Kapar, Song Kee Chai telah mengugut untuk keluar BN sekiranya UMNO meletakkan calonnya di Tanjung Piai.

A A A A A A A A A A AAAA AAPI 2

Namun hakikatnya,  Presiden MCA sendiri, Dr Wee Ka Siong, tidak bersetuju langsung dengan Kee Chai dan ia dianggap sebagai suara peribadi Kee Chai sahaja.

Mahathir tidak nampak bahawa sekiranya MCA keluar dari BN, apakah MCA boleh berdiri sendirian, sedangkan MCA amat memusuhi DAP yang lewah dengan ideologi ‘hatred politic’ atau politik kebencian tanpa memikirkan asal-usul kaum Cina, toleransi kaum Melayu-Bumiputera, peruntukan Perlembagaan Persekutuan, serta semangat setiakawan yang terjalin semasa mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun dahulu.

Andaian sekiranya MCA benar-benar keluar daripada BN, maka BN secara otomatisnya telah mencabuli syarat Pendaftaran Pertubuhan BN dan dengan itu dari aspek perundang-undangan ROS, BN dikira terbubar.

Sebagaimana disyaratkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), BN mesti sekurang-kurangnya mempunyai tiga parti komponen dan dengan andaian MCA memilih untuk meninggalkan BN, maka BN akan terbubar.

Kesan rantaian (chain effects) daripada itu pula, semua ADUN dan Ahli Parlimen (AP) BN akan bertukar status kepada ADUN dan AP ‘Bebas’.

Lantas, dua negeri yang berada di bawah kuasa BN seperti Perlis dan Pahang akan secara otomatisnya berpindah kuasa kepada Pakatan Harapan (PH).

Itulah dia kesan ledakan ‘periuk api’ yang menjadi perangkap Mahathir untuk membunuh BN, dan sekaligus juga mencederaparahkan UMNO.

Namun BN dan UMNO tidak bodoh untuk meredah periuk api Mahathir.

Malahan toleransi UMNO untuk meletakkan calon MCA, telah menggelabahkan Mahathir dan konco-konconya kerana tuduhan mereka bahawa Penyatuan Ummah PAS-UMNO adalah satu penyatuan ekstremis Islam yang seiras ‘Taliban’ telah dengan jelasnya meleset, fitnah, pembohongan dan propaganda komunisme yang bencikan Islam.

Sedangkan selama 22 tahun Mahathir berkuasa sebagai PM yang ke-4, kerjasama UMNO-MCA-MIC dan rakan-rakan parti lain, telah menyemarakkan semangat integrasi nasional yang sihat dan harmoni.

Situasi hari ini yang berasaskan ‘politik kebencian’ DAP, fitnah, pembohongan, penipuan, dan janji palsu PH telah sedikit demi sedikit membunuh roh dan semangat integrasi nasional.

Bukan itu sahaja, PH telah berjaya menyuburkan pengganas LTTE, rusuhan agama yang membunuh Adib Mohd Kassim, penghinaan kepada Raja-Raja Melayu, hak istimewa Melayu-Bumiputera dihakis dalam agenda tersembunyi DAP, matlamat menjadikan negara ini Republik Avengelis-Zionis, ekonomi yang jatuh merudum dan 1001 satu lagi kepincangan kerajaan kakistokrasi PH.

Sebagaimana yang dibentangkan oleh pensyarah Sains Politik UKM, Abdul Muien Abadi, 365 hari PH berkuasa, 365 malapetaka menimpa negara.

A A A A A A A A A A AAAA APIAI 3

Semoga pengundi di Tanjung Piai dapat membuat keputusan yang bijak dan tidak mengulangi kesilapan dan kebodohan pada PRU14.

Dengan itu juga kita harap Jefridin, orang kuat UMNO di Tanjung Piai, serta jentera Pilihan Raya Kecil UMNO-BN di Tanjung Piai, dapat melihat rasional ini dan sabar dengan dugaan yang meliputi situasi semasa.

Langkah kejayaan BN bukan bermula di Tanjung Piai, sebaliknya ia telah bermula di Semenyih merentasi Cameron Highlands dan kini berlangsung pula di Tanjung Piai.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: