DEMI IKATAN SETIAKAWAN SELAMA 60 TAHUN, BN PILIH DR WEE JECK SENG DI PRK P165

Di tengah-tengah semaraknya semangat dan roh Penyatuan Ummah, BN tetap berpegang teguh kepada semangat setiakawan UMNO-MCA sebagaimana dijalin sejak 60 tahun dahulu.

Semangat setiakawan itu jugalah yang telah membawa negara Tanah Melayu ini menolak Malayan Union dan menjulang Persekutuan Malaysia sehingga British  setuju mengurniakan kemerdekaan kepada negara ini.

Toleransi kaum Melayu yang tetap menjadi sifat genetik semula jadi tidak dapat dibuang daripada UMNO.

Namun UMNO tidak akan bertoleransi dengan bangsa DAP yang tidak sedar diri sebagaimana bidalan Inggeris “give an inch and he’ll take a mile” atau dalam bidalan ibunda, “diberi betis dimintanya paha”.

UMNO dalam BN tahu dan amat sedar akan risiko daripada akar umbi, namun soal setiakawan dengan MCA yang terjalin lebih daripada separuh abad telah menolak keegoan dan sikap pentingkan diri sendiri.

Media popular dalam talian juga melihat UMNO menentang arus sehingga membangkitkan soal agama, sedangkan soal sentimen sedemikian hanyalah permainan DAP dan sebahagian daripada kaum bukan-Melayu yang termakan dengan propaganda rasisme daripada parti cauvinis itu.

A A A A A A A A A A AAAA AAPIAI 2

A A A A A A A A A A AAAA AAPIAI 3

A A A A A A A A A A AAAA AAPIAI 4

A A A A A A A A A A AAAA AAPIAI 5

Sebaliknya PAS yang dilabelkan sebagai ekstremis Islam oleh DAP,  berjanji setia akan dengan rela menyokong dan menyerahkan kepada BN siapa sahaja calon yang mahu dipilih tanpa meletakkan sempadan agama dan bangsa.

PAS juga menerima baik keputusan BN meletakkan Dr Wee Jeck Seng sebagai calon di PRK Tanjung Piai dan dengan itu akan turut membantu kempen PRK P165 Tanjung Piai.

Seruan Mahathir supaya BN meletakkan calon UMNO tidak diendahkan oleh BN, kerana BN percaya dengan semangat setiakawan UMNO-PAS-MCA-MIC, Bersatu akan dapat dikalahkan.

Malahan prinsip Muafakat Nasional yang merupakan serampang dua mata dalam semangat Penyatuan Ummah akan menjadi penawar kepada penyuburan perpaduan kaum UMNO-PAS-MCA-MIC dan parti lain yang sedia berjuang bersama-sama.

A A A A A A A A A A AAAA AAPIAI 6

Jelaslah, UMNO baik BN, mahupun Muafakat Nasional, tidak bersifat ekstremis dalam mempertahankan hak Melayu-Bumiputera, sebaliknya sentiasa membuka pintu kepada kaum lain yang membentuk rakyat Malaysia.

A A A A A A A A A A AAAA AAPIAI 7

Walau apa juga rasional yang diserapkan, rakyat berharap pada hari-hari muka, MCA juga tidak akan mengabaikan semangat setiakawan ini, sebagaimana kempen Mahathir terhadap kaum Cina Pulau Pinang supaya mengetepikan Pak Lah, sebagaimana dakyah Lim Guan Eng yang menterjemahkan Penyatuan Ummah sebagai ‘unholy’ dengan meletakkannya sebagai penyatuan ‘Malaikat dan Syaitan’ (sila rujuk RPK-Malaysia Today).

Kempen kebencian DAP, baik daripada Guang Eng dan bapa komunismenya kini sudah mula ditolak oleh kaum Cina sendiri.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: