ANWAR-PKR DAN DAP TIDAK AKAN BANTU CALON BERSATU DI TANJUNG PIAI

A A A A A A A A A A A

Semasa PRU14 Mei tahun lalu, di Parlimen Tanjung Piai, hanya 11.3% jentera Pilihan Raya PH dikendalikan oleh PKR, manakala 75.8% adalah terdiri daripada jentera Bersatu sendiri, 8.1% daripada PAN dan 4.8% daripada DAP.

A A A A A A A A A A AAAA APIAI 2

Kemenangan Bersatu (PPBM)-PH lebih banyak dibantu oleh fitnah, pembohongan dan janji palsu yang diselarikan dengan isu Hapuskan GST, Hutang Negara RM1trilion, Najib kleptokrat, Lanun Bugis, Hapuskan Tol, Halalkan hutang PTPTN, Turunkan harga Petrol, Turunkan kos sara hidup, tingkatkan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda, dan banyak lagi pembohongan yang diuar-uarkan kepada rakyat yang naif.

Hari ini, jelas rakyat sedang menyaksikan krisis peralihan kuasa Mahathir-Anwar, sehingga mengheret kepada pembentukan kem, bukan sahaja dalam kalangan parti komponen PH, malah dalam PKR sendiri.

A A A A A A A A A A AAAA APIAI 3

Apabila Mahathir mengkritik tentang komik propaganda DAP yang lewah dengan nilai dan doktrin komunisme China, DAP dan Anwar sendiri telah bercanggah pendapat dengan Mahathir, dan mahu pengharaman komik tersebut dinilai semula oleh Menteri Dalam Negeri, TS Muhyiddin Yassin yang juga konco rapat Mahathir.

Hairannya adakah pemimpin-pemimpin tua DAP seperti Lim Kit Siang mahupun Guang Eng masih membaca komik sehingga mempertahankannya bermati-matian?

Apabila Mahathir menjadi tetamu istimewa yang menjadi sandaran Resolusi Kongres Maruah Melayu (KMM), rata-rata pemimpin PH yang lain mengutuk dari belakang.

DAP melihat KMM sebagai pentas rasisme, dan Anwar melihatnya sebagai ‘Kongres Barua Melayu’.

Apabila Mahathir menghentam pemimpin DAP ditahan di bawah SOSMA kerana hubung kait mereka dengan pengganas militan LTTE dan melihat tindakan polis adalah wajar dan mengikut lunas perundang-undangan, DAP dan Anwar melihat bahawa SOSMA harus dimansuhkan.

Apabila Mahathir menunda penyerahan kuasanya kepada Anwar kerana tiada perjanjian bertulis tentang garis masa pemindahan kuasa PM, DAP mendesak agar peralihan itu disegerakan.

Lebih lagilah Anwar dan konconya dalam PKR yang mendesak supaya peralihan itu disegerakan kerana Mahathir dilihat sebagai pemimpin yang gagal membawa ‘Malaysia Baru’ ke dimensi ekonomi yang progresif serta integrasi nasional yang utuh.

Hari ini rakyat melihat perbalahan dalam PH, dalam PKR dan perbalahan antara parti komponen dengan Mahathir seperti menyerlahkan sebuah kerajaan huru-hara yang amat tidak stabil.

Tidak hairanlah pelabur asing lari meninggalkan Malaysia, dengan dampak kejatuhan Bursa saham, nilai Ringgit yang merudum jatuh, kenaikan harga barang import, dan Hutang Negara hampir mencecah RM1trilion dengan kadar KDNK 5.4%. Ia satu petanda yang amat buruk dalam sejarah ekonomi negara.

Lebih menyemarakkan lagi, api yang merebak dalam sekam PH, ialah apabila DS Azmin Ali dipersepsikan sebagai ayam jaguh Mahathir yang sekali gus diitanggapi sebagai pengganti Mahathir yang sebenar, dan bukannya Anwar.

Bagi pihak Anwar pula, apa yang dihebohkan, demi memenangi hati kaum Cina, khususnya konco-konco DAP ialah sekiranya dia menjadi Perdana Menteri, maka Timbalan PM akan dilantik daripada kaum Cina DAP.

Lantas berlakulah kes video semburit untuk membunuh kerjaya politik DS Azmin Ali supaya laluan bagi Anwar selembut sutera bagaikan laluan elitis teratas yang membentangkan permaidani merah.

Namun Anwar lupa bahawa dia adalah bekas banduan kes sodomi, yang dia cuba mengelirukan dan mengelabukan mata dan hati rakyat bahawa penahanannya adalah satu penganiayaan.

Orang yang teraniaya akan dibantu Tuhan, tetapi nampaknya Tuhan tidak membantu pun Anwar untuk mewajarkan bahawa dia dianiaya.

Kini PRK Parlimen Tanjung Piai P165 menjelang tiba. Mahathir memerlukan kerjasama PKR yang ramai penyokong Melayu. Sebaliknya kepala gerabaknya tidak sehati-sejiwa dengan Mahathir.

Image result for ANWAR SOKONG PLURALISME AGAMA

Mahathir mengharapkan PAN, tetapi PAN adalah anak luar nikah DAP, yang terpaksa tunduk pada bapa haramnya.

Mahathir perlukan DAP, tetapi DAP adalah liabiliti kepada usaha memenangi hati rakyat setelah jelas DAP terangkat sebagai parti cauvinis Cina, parti anti-Melayu, parti anti-Islam, parti yang sedang mencairkan keistimewaan hak kaum Melayu-Bumiputera, dan parti yang dalam agenda tersembunyinya cuba menjadikan negara ini ‘Republik Zionis Evangelis’.

Malah awal-awal lagi Mahathir telah mengumumkan bahawa dia tidak kisahkan undi Cina di PRK Tanjung Piai.

Anwar juga adalah liabiliti kepada kempen PRK Tanjung Piai kerana ideologi liberalisme sosialnya yang menyokong LGBT, dan ideologi pluralisme agamanya yang mengangkat bahawa semua agama menyembah Tuhan yang sama. ‘Reformasi’ Anwar yang dahulu itu pula kini sudah menjadi ‘Reforbasi’.

Image result for ANWAR IBRAHIM DALAM DALAM PERAYAAN HINDU

Jika sekiranya Bersatu menang, maka Mahathir lagi sekali mempertahankan jumlah kerusi parlimen partinya.

Hakikat ini tidak akan menguntungkan Anwar dan PKR mahupun DAP.

Dengan itu, tidaklah menghairankan sekiranya Anwar, DAP dan konco-konco mereka akan mensabotaj calon Bersatu.

Mahathir juga tidak mahu lagi jentera Pilihan Raya dipenuhi dengan puak Anwar dan DAP kerana pastinya mereka tidak akan bersungguh membantu calonnya.

Mahathir juga sudah melihat bahawa kaum Cina ketika ini sudah membenci DAP, lantas kedua-duanya DAP dan Anwar adalah liabiliti kepada Bersatu di PRK Tanjung Piai.

Akan terhumban juga undi protes daripada penyokong PH pada hari mengundi itu nanti.

*****

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: