VIDEO – HEBATNYA HISHAMUDDIN KERANA BOLEH ARAH PH TENDANG DAP DAN PAN

A A A A A A A A A A A

Minggu lalu heboh dengan kisah Majlis Setiausaha PH yang cuba mengheret DS Hishamuddin Tun Hussein dalam kempen yang mereka klasifikasikan sebagai usaha menyingkirkan DAP dan anak luar nikahnya Parti Amanah Negara (Amanah).

Bagi anggota Majlis Setiausaha PH, mereka berpegang teguh kepada muafakat yang dipersetujui oleh semua komponen parti bahawa komposisi parti kepelbagaian kaum adalah menjadi teras kepada politik inklusif PH termasuk Parti Warisan Sabah.

A A A A A A A A A A AAABUANGDAP 2

Sebarang langkah untuk mengembalikan politik berasaskan kaum dianggap sebagai usaha terkebelakang.

Anehnya apabila Hishamuddin menjadi subjek dalam agenda dalaman Majlis Setiausaha PH, tidak pula dilihat sebagai kelemahan, terkebelakang, kehabisan modal politik yang sebenarnya menjadi ‘signal’ atau petanda kepada porak-perandanya gabungan PH hari ini.

A A A A A A A A A A AAABUANGDAP 3

Mereka gagal melihat retorik politik dalam kelambu mereka tentang DAP yang menaja pengganas LTTE sebagaimana terungkap dalam kes penahanan beberapa pemimpin DAP.

Majlis Setiausaha PH juga gagal melihat betapa retoriknya falsafah politik inklusif mereka apabila DAP cuba mengagung-agungkan komunisme dan gerila Bintang 3 yang menjadi musuh rakyat.

Kini rakyat melihat juga betapa tidak relevannya parti PAN apabila banyak cawangannya ditutup atau dimatikan di banyak negeri.

A A A A A A A A A A AAABUANGDAP 5

Rakyat juga sedang memerhatikan kemelut perbalahan antara sesama mereka, meskipun kadangkala mereka cuba berlakon untuk menutup pekung di dada.

Lihatlah bagaimana kes video semburit yang diperakui sebagai skandal dalam PKR untuk membunuh kerjaya politik pemimpinnya sendiri.

Lihatlah kes rogol pemimpin DAP Tronoh yang cuba ditutup dan menyalahkan mangsa, sedangkan ada pemimpin DAP yang mahu Adun Tronoh dicutikan.

Lihatlah bagaimana kemelut isu garis masa kuasa Mahathir sebagai PM yang digembar-gemburkan, kerana sokongan pemimpin-pemimpin mereka terhadap Mahathir sudah lunyai dan kabur.

Lihatlah kes komik propaganda DAP yang cuba mengheret Dr Maszlee sebagai kambing hitam yang telah meluluskan pengedaran komik tersebut di sekolah-sekolah, sedangkan ia dinafikan sekeras-kerasnya.

Benarlah kata DS Hishamuddin, bahawa mereka cuba mencari kambing hitam untuk mengendong kelemahan mereka.

Mereka sudah kehabisan modal untuk melaungkan isu Najib sebagai ‘perompak’ dalam kes 1MDB kerana perkembangan perbicaraan kes nampaknya cenderung kepada kemenangan DS Najib.

A A A A A A A A A A AAABUANGDAP 4

Rakyat tidak akan terkejut nanti apabila kios Tukaran Wang Asing dipersalahkan sebagai sebab jatuhnya nilai Ringgit dan urusan perdagangan luar negara oleh PH, kerana nilai Ringgit hari ini jatuh merudum dan memberi kesan buruk kepada kos sara hidup dan harga barangan import.

Rakyat juga tidak hairan jika Pusat Peminjam Wang Ah Long dipersalahkan kerana hutang negara terus meningkat yang kini sudah berjumlah RM800.7 billion.

Rakyat tidak hairan juga sekiranya universiti dan kolej dipersalahkan kerana melahirkan terlalu ramai graduat apabila peluang pekerjaan untuk para graduat sudah tiada lagi kecuali kerja-kerja hantar makanan seperti ‘Food Panda’ dan ‘Grab Food’.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: