AMERIKA KATEGORIKAN MALAYSIA NEGARA PENIPU DAGANGAN ANTARABANGSA?

 

A A A A A A A A A A A

ADAKAH PH sedang menghumban Malaysia ke gaung muflis apabila Amerika Syarikat telah menyenaraikan Malaysia dalam kumpulan 16 negara yang disyaki menipu dagangan antarabangsa.

Amerika Syarikat juga telah mengesan Malaysia  sebagai negara ke-9 daripada negara Manipulator Mata Wang.

Penganalisis ekonomi dan rakyat yang peka pasti ingat siapakah yang menjadi penagih dalam kes Forex-BNM sehingga negara kerugian USD30 bilion yang kini nilainya hampir RM100bilion.

A A A A A A A A A A AAALINGKUP 3

Risiko sekatan ekonomi Amerika Syarikat (AS) amat buruk sekiranya ia dilaksanakan ke atas Malaysia kerana AS adalah negara dagangan ke-3 tertinggi bagi Malaysia. Sekiranya benar AS melaksanakan sekatan dagangan terhadap Malaysia, maka ekonomi Malaysia akan teruk terjejas.

Reuters telah mengeluarkan satu kenyataan yang menuduh kerajaan PH sedang bersubahat dalam penipuan untuk menolong negara Venezuela dan Iran.

Sedangkan Malaysia tahu bahawa kemenangan pilihan raya Presiden Nicolas Maduro pada Mei 2018 adalah berasaskan penipuan yang tidak diiktiraf oleh AS, Kesatuan Amerika dan juga negara Amerika Latin yang lain.

A A A A A A A A A A AAALINGKUP 5

Sepatutnya AS juga tidak mengiktiraf kemenangan PH pada PRU14 yang lalu kerana manifesto yang menipu rakyat dengan janji-janji palsu yang telah menyebabkan rakyat mengundi PH kerana mempercayainya.

Hari ini rata-rata rakyat telah menunjukkan kebencian mereka kepada Mahathir dan PH-DAP kecuali konco-konco politik yang terikat dengan dedak Mahathir serta ugutan SPRM.

Reuters juga mendedahkan bahawa mereka mempunyai bukti bahawa minyak yang diimport dari Venezuela dan Iran telah dilabelkan sebagai minyak Malaysia untuk dieksport semula kepada China, sebagaimana dilaporkan oleh Malaysia Gazette.

Jika ada serpihan kelemahan daripada pentadbiran BN yang terdahulu, maka PH hendaklah bertanggungjawab memulihkan keadaan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia pada tahun 2017 apabila beliau telah mengetuai delegasi bertemu Presiden Trump untuk menjelaskan keadaan.

A A A A A A A A A A AMADEAD 2

Beberapa minggu lalu Tun Mahathir telah dilukiskan sebagai bermulut celupar apabila mengkritik India dalam persidangan UNGA ke-74 tentang isu Kashmir dan Jammu.

Kritikan tersebut telah membangkitkan kemarahan India dan secara halus pengimport produk Malaysia ke India telah mengenakan tindakan ekonomi terhadap Malaysia.

Pengimport minyak sawit Malaysia di India mula membatalkan perdagangan dengan Malaysia dan beralih kepada Indonesia. Malahan import produk Malaysia yang lain juga akan menerima dampak yang sama.

Hakikat ini juga pasti memberi kesan buruk kepada ekonomi Malaysia dan memusnahkan ekonomi penanam sawit, kerana India adalah pengimport minyak sawit terbesar bagi Malaysia.

A A A A A A A A A A AAALINGKUP 6

Kerana penipuan membeli petrol Venezuela dan Iran dan kemudiannya mengeksportnya ke China telah mencatatkan peningkatan eksport tiga kali ganda walaupun pengeluaran minyak Petronas sebenarnya telah jatuh.

Tindakan Mahathir mencanangkan bahawa Malaysia akan menerima manfaat daripada perang dagang AS-China juga hanyalah satu retorik.

Kita lihat Vietnam sendiri yang mengeksport bahan besi dan keluli kepada AS telah dikenakan tarif import 400% tinggi, sehingga menjadikan produk eksport Vietnam itu tidak menguntungkan.

A A A A A A A A A A AAALINGKUP 8

Pada Bajet 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng juga telah melakukan kesilapan apabila mengandaikan kenaikan harga minyak kepada USD72 satu tong yang dia sangka akan menguntungkan Petronas.

Sebaliknya harga minyak hanya berkisar kepada USD30-50 satu tong sahaja. Terkini harga minyak satu tong ialah USD58 yang menyebabkan Bajet 2019 tergelincir dan sukar untuk dilaksanakan.

Dengan andaian kenaikan harga minyak mentah USD72 satu tong, Menteri Kewangan yang pernah menipu bahawa dia adalah Akauntan Bertauliah, juga telah meningkatkan kebergantungan hasil petroleum daripada 11% kepada 32%, iaitu hampir tiga kali ganda. Ia tidak berlaku pada era BN memerintah.

Akibat yang amat parah ialah apabila penarafan Petronas telah diturunkan oleh badan penarafan dunia.

Apabila China memutuskan untuk tidak menghiraukan amaran AS dan terus membeli minyak daripada Venezuela dan Iran secara besar-besaran, kemungkinan besar harga minyak akan turun lagi. Maka kebergantungan negara kepada Petronas menjadi lebih tidak relevan.

Bagaimanakah kita hendak meminta bantuan kewangan daripada orang yang sedang menderita dari segi kewangan dan perniagaan?

Bukan itu sahaja, nilai mata wang Ringgit juga turut jatuh merudum sebagaimana yang sedang kita saksikan sekarang, sehingga para peniaga di Thailand yang dahulunya amat sukakan Ringgit, kini tidak mahu lagi menerima Ringgit.  Hari ini nilai Ringgit jatuh paling rendah kepada RM4.18 berbanding USD. Sedangkan pada Mei 2018 nilai Ringgit amat kukuh pada kedudukan RM3.93 berbanding USD.

A A A A A A A A A A AAALINGKUP 9

Menteri Kewangan juga seperti mengabaikan kadar KDNK dengan hutang negara yang kini terus meningkat.

Kadar hutang negara tidak boleh melebihi kadar 55% KDNK. Semasa BN berkuasa, dan sebelum PRU14 kadar hutang negara berbanding KDNK ialah 48.7%.

Kini setelah satu tahun setengah PH memegang kuasa kadar hutang negara terus meningkat dan kini mencecah 54%.

Sekiranya hutang negara mencecah 55% berbanding kadar KDNK maka negara tidak lagi boleh berhutang dan tidak signifikan dari aspek defisit negara untuk berhutang.

BN telah berjaya menurunkan defisit lapan tahun berturut-turut sehingga menjelang PRU14, tetapi nampaknya kerakusan Lim Guan Eng yang jahil ekonomi dan hanya layak menjadi kerani akaun telah meningkatkan defisit negara.

Hari ini Mahathir sebagai boneka tua DAP masih mencanangkan bahawa PH berhutang untuk membayar hutang BN yang terdahulu.

Adakah rakyat masih mahu termakan dengan retorik politik boneka tua DAP itu?

Sebelum PRU14, Lim Guan Eng, Mahathir dan konco-konco perompak dalam PH, melaung-laungkan bahawa BN berhutang RM1.08 trilion, tetapi dari kebodohan Guan Eng pada Bajet 2019, PH sendiri telah mencatatkan bahawa hutang kerajaan terdahulu hanyalah RM686 bilion.

Nilai hutang BN yang berjumlah RM686 itu juga turut diperakui oleh Bank Negara, Bank Dunia Bloomberg dan badan penarafan ekonomi dunia yang lain.

Angka dan data RM1.08 trillion sedemikian hanya menonjolkan penipuan Guan Eng, Mahathir dan konco-konco mereka. Hal penipuan data inilah yang menyebabkan pelabur asing lari meninggalkan Malaysia.

A A A A A A A A A A AAALINGKUP 7

Sebagaimana kata DS Najib Razak “Jika pelabur dan ahli perniagaan tidak boleh percaya kepada apa yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan sebuah negara, bagaimanakah mereka akan yakin dengan Malaysia?”

Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu juga membidas kerajaan PH yang kuat membuat hutang yang kini telah mencecah RM805 bilion, dan rakus menjual aset negara tetapi ekonomi terus juga merosot.

Dengan segala kemelut dan gejala ekonomi yang didorong oleh kebodohan Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi negara, lambat laun Malaysia akan muflis.

Patutlah pada sesi debat belanjawan negara yang berlangsung sehari dua ini, ramai Ahli Parlimen PH termasuk para Menteri telah ponteng sidang parlimen kerana mereka tahu bahawa mereka tidak boleh menjawab debat daripada pembangkang.

Jika ada yang berani pun seperti ‘Nibong Tebal’, terus akan tergagap-gagap dan rebah pitam dalam dewan. Amat memalukan.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: