DAP PERTAHANKAN KOMIK PROPAGANDA

A A A A A A A A A A A

A A A A A A A A A A AAAPROPAGNDA 2

SEKIRANYA tiada agenda DAP dalam komik kontroversial, “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama mengapakah perlu melalak, marah dan menentang sekatan pengedarannya di sekolah-sekolah?

Merujuk kepada sepucuk surat yang ditularkan dalam talian, Pengurus Muzium Kebudayaan Komik Asia, Raymond Chong, dan penajanya telah mengambil inisiatif untuk mengedarkan komik tersebut (versi bahasa Melayu) secara percuma ke Sekolah Menengah Kebangsaan dan versi (Cina) ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Sedangkan harga pasaran bagi satu naskhah komik tersebut ialah RM25 (bagi terbitan bulan Jun 2019).

A A A A A A A A A A AAAPROPAGNDA 3

Itulah persoalan yang terbangkit apabila 43 pemimpin akar umbi DAP dan ADUN DAP bersungguh-sungguh marah dan membantah arahan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik supaya pengedaran komik yang mengandungi unsur dan falsafah komunisme itu dihentikan daripada menyerapi pemikiran pelajar sekolah.

Penerbit komik tersebut ialah ahli tegar DAP Hew Kuan Yau yang telah tersohor sebagai pejuang DAP yang mencanangkan agenda ‘Menggunakan Melayu untuk Memperkosa Melayu’.

 

Secara dasarnya ia mendukung propaganda yang mengagung-agungkan parti DAP dan cuba menyerapkan fahaman bahawa kerajaan Malaysia sebelumnya adalah kerajaan hipokrit kerana menolak komunisme dan perjuangan gerila komunis.

A A A A A A A A A A AAAPROPAGNDA 4

Komik tersebut juga mengungkap ideologi komunisme yang disuntik secara terang-terangan mahupun secara halus untuk mengaburkan persepsi generasi muda tentang keganasan dan kerakusan perjuangan komunisme untuk menjajah Tanah Melayu dan menegakkan Republik Komunis.

Selain itu antara propaganda utamanya ialah mengangkat provokasi terhadap kaum Melayu yang dilihat selari dengan falsafah terpendam DAP yang tegar dengan ‘politik kebencian’.

Salah satu terbitan bulanannya telah diedarkan secara percuma di sekolah-sekolah di Pulau Pinang, negeri yang dikuasai oleh parti DAP.  Kos penerbitan dan pembiayaan komik tersebut dibiayai oleh agensi kerajaan DAP Pulau Pinang.

Sebagaimana kenyataan Ketua Penerangan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ahmad Safuan Ujar “Pengedaran komik secara percuma di sekolah telah dibiayai oleh agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini sekali gus menyangkal penafian Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy bahawa penerbitannya tiada kaitan dengan DAP.”

Hakikat ini secara langsung mendedahkan bahawa penerbitan dan pengedaran komik tersebut ditaja oleh DAP, pastinya untuk menyerapkan propaganda DAP serta ideologi komunisme kepada penuntut sekolah yang jahil tentang sejarah dan falsafah komunisme.

Agak aneh apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy menafikan bahawa komik tersebut tiada kaitan dengan DAP.

Ramasamy sendiri sudah tersimbah dengan dakwaan media sebagai aktivis dan pejuang pengganas militan Tamil Eelam yang telah membunuh ribuan orang awam yang tidak berdosa termasuk Perdana Menteri India Rajiv Gandhi dan Perdana Menteri Sri Lanka Ranasinghe Premadasa.

A A A A A A A A A A AAAPROPAGNDA 6

Malah Ramasamy mencabar keberanian kaum Melayu untuk mengulangi tragedi berdarah 13 Mei, kerana dia sudah sentiasa bersedia untuk berperang dengan kaum Melayu.

Rakyat tertanya-tanya mengapakah manusia begini yang diangkat menjadi pemimpin DAP dan kini cuba pula mempertahankan penglibatan mereka untuk mengangkat komunisme serta keganasan yang langsung tidak relevan melainkan membunuh integrasi nasional masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama.

Untuk menghalalkan komik yang mengandungi ideologi komunis dan cuba mengangkat gerila komunis sebagai pejuang kemerdekaan (konon), DAP cuba memaparkan foto Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bersama komik berkenaan.

A A A A A A A A A A AAAPROPAGNDA 7

Walau bagaimanapun foto Mahathir yang sedang membelek komik tersebut diambil ketika dia menyerahkan komik itu kepada Perdana Menteri China Xi Jinping sebagai hadiah; satu acara yang disusun halus oleh DAP tanpa pengetahuan Mahathir sendiri.

Pastinya rakyat tidak termakan dengan propaganda sedemikian kerana Mahathir sendiri telah memperakui bahawa dia hanyalah boneka DAP.

Komik tersebut mewujudkan watak-watak politik serta orang awam yang cuba menerapkan fahaman bahawa komunisme adalah baik dan telah diterima rakyat, lantas amat bertentangan dengan fakta sejarah.

Sebelum ini pun DAP cuba memperjuangkan dan mengangkat Ketua Parti Komunis Malaya Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan.

Image result for DAP sokong Chin Peng

Malah Menteri Pertahanan Mat Sabu yang dikatakan berpegang kepada ajaran sesat Syiah, juga telah mengisytiharkan bahawa gerila komunis Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan sedangkan rakyat semasa zaman komunis tahu dan sedar siapakah balaci-balaci komunis ini serta keganasan mereka.

A A A A A A A A A A AAAPROPAGNDA 9

Jelaslah bahawa komik tersebut cuba memesongkan fakta sejarah perjuangan kemerdekaan dan menolak kezaliman komunis serta gerilanya yang wewenang membunuh kaum Melayu serta sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka pada era tamatnya Peperangan Dunia Kedua dan sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu.

Malah pada era itu, masyarakat Tanah Melayu melihat komunis adalah Cina dan Cina adalah komunis.

Pastinya penuntut di sekolah-sekolah berkenaan cuba dibutakan dan diperbodohkan daripada hakikat bahawa perjuangan dan falsafah komunisme yang menolak agama, serta sistem ekonomi dan pasaran bebas ‘lassez fare’ adalah bertentangan dengan nikmat ekonomi yang sedang dirasai oleh kaum Cina sendiri.

Malahan pemerintahan komunisme di China sendiri, secara perlahan-lahan sedang menolak sistem komunisme yang menyekat kebebasan ekonomi dan pasaran.

Walau apa juga natijahnya daripada unsur komunisme yang terkandung dalam komik tersebut, ideologi komunisme serta nilai-nilainya secara terang-terangan menolak pembinaan negara serta integrasi nasional.

Sebaliknya DAP cuba mengangkat falsafah bangsa DAP yang menolak peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak istimewa Melayu-Bumiputera, agama Islam dan Raja-Raja Melayu.

A A A A A A A A A A AAAPROPAGNDA 8
Sila rujuk blog Cungkil

Nampaknya dakwaan Senator Dr Ibrahim Abu Shah bahawa DAP sedang dalam kerangkanya untuk mewujudkan negara Republik Zionis-Evangelis, serta dakwaan bekas Pengarah Strategik Melayu-Islam DAP, Mohamd Razali Abdul Rahman bahawa DAP merancang untuk memusnahkan agama Islam di negara ini, adalah benar.

*****

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: