PH BAGAIKAN BERUK DAPAT KERETA

A A A A A A A A A A A

Hari ini rakyat sedang memerhatikan perbalahan sesama sendiri dalam kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Mereka telah dijenamakan sebagai kerajaan kakistokrasi (kerajaan yang diperintah oleh pemimpin teruk, bodoh dan penipu), cacamarba, dan huru-hara apabila sesama mereka bertelagah dan melanggar prinsip masing-masing.

Rakyat sedang memerhatikan dengan teliti kemelut dan krisis dalam PH yang boleh diibaratkan sebagai sekumpulan beruk yang memiliki sebuah kenderaan tetapi tidak tahu mengendalikannya.

Masing-masing beruk itu berlagak pandai, tetapi sebenarnya jahil dan bengap, tidak sekata dan bergaduh sesama sendiri sambil merosakkan kenderaan yang sebelumnya berada dalam keadaan baik.

Segala kemelut yang telah, sedang dan akan terus melanda PH bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana PH telah memenangi PRU14 atas dasar penipuan, fitnah dan pembohongan.

Sewajarnya kemenangan PH dalam PRU14 dikira haram dan terbatal dari aspek moral dan undang-undang.

Mereka menggunakan isu GST, sedangkan sekarang mereka akui GST lebih baik daripada SST, mereka menggunakan isu DS Najib sebagai kleptokrat yang merompak wang negara sedangkan perbicaraan ke atas DS Najib cenderung memenangkan Najib sendiri, mereka membohongi rakyat untuk menghapuskan tol lebuhraya, menurunkan harga petrol dan memansuhkan hutang PTPTN, sedangkan tol lebuhraya tetap kekal, harga petrol terus naik, pinjaman PTPTN tidak dimansuhkan.

A A A A A A A A A A AAMADEAD 4

Pemimpin PH juga menipu tentang hutang negara yang bernilai RM1 trilion pada era BN, sedangkan ia hanyalah RM686 bilion. Bodonya pula, penipuan ini diperakui sendiri oleh Lim Guan Eng dalam pembentangan Bajet 2019.

Bukan itu sahaja, kos sara hidup meningkat, eksport minyak sawit jatuh merudum, Bursa Saham Malaysia terburuk di dunia, nilai Ringgit terus menjunam sehingga peniaga di Thailand tidak lagi mahu menerima Ringgit, dan hutang negara terus mencecah RM1 trilion.

A A A A A A A A A A AAMADEAD 2

Mereka juga berbalah tentang Kongres Maruah Melayu (KMM) yang melibatkan Mahathir sebagai Perdana Menteri yang diberikan amanah untuk melaksanakan resolusi kongres sedangkan konco-konco DAP melenting dan melihat KMM sebagai satu kongres perkauman.

Isu LTTE dan isu mengagung-agung gerila Bintang Tiga Komunis tidak pula dilihat sebagai perkauman.

Isu video semburit yang dikaitkan dengan Menteri Ekonomi pilihan Mahathir juga merupakan satu lagi krisis dalam PH yang amat jijik. Ia dilihat sebagai kerja sesama pemimpin parti yang mahu menghancurkan dan membunuh kerjaya politik DS Azmin Ali. Mereka sendiri memperakui bahawa ia tidak melibatkan parti pembangkang sebaliknya ia adalah skandal pemimpin PH dalam PKR.

Terkini India telah mengambil tindakan terhadap keceluparan mulut Tun Mahathir yang mengkritik India dalam isu penjajahan dan campur tangan di Kashmir dan Jammu, tanpa mengambil kira soal diplomasi dengan rakan dagang negara. Isu ini juga membangkitkan kemarahan pemimpin PH yang prihatin terhadap ekonomi negara yg sedang menghadapi kemelesetan.

Kemudiannya, rakyat melihat kerajaan PH terus menjual aset negara dengan alasan untuk membayar hutang sedangkan hutang terus meningkat.

Inilah pemimpin yang sebenar-benarnya merompak khazanah negara secara halus dengan menggunakan sistem perundangan dan kehakiman yang tidak bebas daripada kuasa mereka.

Rakyat juga melalui media sosial menggesa agar kerajaan PH, khususnya Bank Negara Malaysia, supaya membekukan akaun DAP yang telah disahkan oleh pihak Cawangan Khas Bukit Aman sebagai parti politik yang membiayai pengganas militan Tamil Eelam atau LTTE.

Agenda halus DAP itu mendapat kecaman juga daripada parti komponen lain dalam PH yang dilihat tidak membantu menjaga kredibiliti dan integriti PH sendiri.

A A A A A A A A A A AAMADEAD 8

Kata Presiden PAS, Haji Hadi Awang, PH ibarat sebuah kapal yang nakhodanya tiada destinasi tetapi berlegar di lautan luas.

Penumpang kapal, masing-masing sering mendesak nakhoda supaya menghalakan kemudi ke arah destinasi impian masing-masing yang hanya menjadikan kapal berlegar-legar di tengah lautan tidak tentu hala.

Kata Hadi, “situasi hari ini menyaksikan kuasa politik yang tidak konsisten dan sejajar terhadap semua kaum dalam masyarakat majmuk, apabila kerajaan tidak bergantung dengan parti yang paling kuat dan berpengaruh dalam kalangan masyarakat majmuk.”

Inilah akibatnya bagi negara yang diterajui oleh pihak minoriti, yang pelahap dan haloba. Mereka seakan-akan sedang membawa Malaysia ke status muflis supaya kerajaan yang akan mengambil alih selepas PRU15 nanti akan lemah tidak bermaya, dan akan membolehkan mereka meracuni semula minda rakyat dengan fitnah dan pembohongan untuk merosakkan negara Tanah Melayu ini.

Hari ini kita lihat pelbagai krisis dan porak-peranda dalam PH:

  • DAP didakwa dibiayai oleh Israel dalam agenda menjadikan Malaysia negara Republik Zionis-Evangelis
  • Pemimpin DAP disahkan membiayai pengganas militan Tamil Eelam
  • Kes semburit yang dijadikan skandal untuk menjatuh pemimpin PH sendiri
  • Agenda menjulang gerila komunis sebagai pejuang kemerdekaan
  • Pemimpin mereka menghasut menghina Raja-Raja Melayu
  • Hubungan diplomatik yang huru-hara sehingga menyebabkan pengeksport kelapa sawit mengubah haluan dagangan mereka
  • Hutang negara yang kini mencecah RM1 trilion, peningkatan kira-kira RM300 bilion hanya dalam masa satu setengah tahun memerintah
  • Perbelanjaan lawatan luar PM yang berjumlah RM20 juta, tetapi gagal membawa balik perjanjian pedagangan dengan pelabur luar
  • Krisis Mahathir-Anwar yang seakan-akan api dalam sekam yang membakar di dalam tetapi tidak dilihat diluar oleh mata kasar
  • Pelabur asing lari memindahkan pelaburan mereka ke negara lain
  • Krisi nilai Ringgit yang jatuh merudum dan membawa akibat buruk kepada bahan import termasuk beras, bahan elektronik, petrol, bahan makan, pakaian, kenderaan dan lain-lain lagi
  • Kemelut cukai GST yang digantikan dengan SST, tetapi SST telah memberikan dampak buruk kepada ekonomi negara. Lantas GST mahu digunakan semula
  • Bajet 2020 yang dilihat sebagai Bajet Kapitalis daripada Bajet Rakyat dan ia lebih menguntungkan bangsa DAP daripada kaum majoriti yang kini hidup terhimpit
  • Isu Menteri Pertahanan, Mat Sabu Mendedahkan kelemahan logistik ATM yang juga turut mengangkat Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan Terbodoh di dunia kerana tidak mempunyai apa-apa kelayakan yang boleh diangkat sebagai nilai akademik seorang pemimpin
  • Kemelut sijil dan ijazah palsu pemimpin PH, termasuk status Menteri Kewangan sebagai Akauntan Bertauliah (konon)
  • Krisis menjual aset Tabung Haji yang menjadi kemarahan umat Islam dengan fitnah dan pembohongan, bagi menghalalkan penglibatan kaum kafirun untuk menguruskan Tabung Haji.
  • Krisis perundang-undangan negara apabila Peguam Negara, Tommy Thomas didapati telah menyalahgunakan kuasanya untuk menipu dalam kes pembunuhan anggota Bomba Adib Mohamad Kassim
  • Isu industri Lynas yang dikutuk sebelum berkuasa, tetapi kini dipertahankan oleh kerajaan PH
  • ..dan banyak lagi

Malahan Abdul Muein Abadi, Pensyarah Sains Politik UKM telah membangkitkan 365 kelemahan PH dalam tempoh 365 hari PH berkuasa.

A A A A A A A A A A AAMADEAD 9

Kini suara rakyat berkumandang di sana-sini supaya parlimen kerajaan PH dibubarkan kerana kredibiliti, integriti dan ketidakefisienan kerajaan PH dalam mengendalikan pentadbiran negara.

A A A A A A AMAAARUAH 8

Lebih teruk lagi apabila Tun Mahathir sendiri mengaku bahawa dia hanyalah boneka DAP, atau dengan bahasa rakyat, Mahathir adalah kaldai DAP.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: