MULUT CELUPAR MAHATHIR MEMBINASAKAN REZEKI PENANAM SAWIT MALAYSIA

A A A A A A A A A A A

Tun Mahathir Mohamad sememangnya terkenal dengan mulut celuparnya di pentas antarabangsa tanpa memikirkan soal diplomasi politik dan kesan ekonomi serta geopolitik terhadap negara.

Kritikannya terhadap India di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-74 New York yang dikaitkan dengan isu Kashmir dan Jammu, telah memberikan dampak yang amat buruk kepada ekonomi negara dalam konteks penjualan minyak sawit.

A A A A A A A A A A AMADEAD 2

India adalah pengimport minyak sawit Malaysia terbesar selepas Kesatuan Eropah dan China.

Mahathir telah mengkritik India dalam isu Kashmir dan Jammu, namun Mahathir seperti pemimpin hipokrit tidak langsung bersuara dalam isu pembelaan pengganas militan LTTE oleh pemimpin DAP di negara sendiri.

A A A A A A A A A A AMADEAD 3

Mahathir juga cuba menjadi wira apabila mengkritik Israel dalam isu Palestin, tetapi dia tidak mengendahkan apabila DAP dibiayai oleh Israel sebagaimana didedahkan oleh bekas Pengarah Strategik Melayu-Islam DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman.

A A A A A A AMAAARUAH 4

DAP didakwa menerima dana RM1.2 bilion daripada Israel yang disalurkan melalui Singapura.

Pengimport minyak sawit India telah bertindak balas kepada keceluparan Mahathir tanpa perlu menunggu kenyataan rasmi kepada Wisma Putra.

India dijangkakan akan menaikkan cukai import minyak sawit (sebelumnya diturunkan atas semangat setiakawan) dan menggunakan halangan lain untuk memboikot sepenuhnya import minyak sawit dan menyekat import produk lain dari Malaysia.

A A A A A A A A A A AMADEAD 4

Pastinya Mahathir dan konco-konconya dalam kerajaan kakistokrasi PH akan menggunakan retorik politik dengan mengatakan bahawa segalanya dalam keadaan baik kerana India belum menghantar apa-apa kenyataan rasmi kepada Wisma Putra.

Hakikatnya pemimpin PH sedar bahawa Mahathir telah membangkitkan kemarahan dan tindakan ekonomi daripada India apabila dia mendakwa India telah menjajah dan menguasai Jammu dan Kashmir di pentas UNGA.

Kenyataan Mahathir di UNGA tidak menerima sokongan yang ketara daripada negara-negara Islam setelah dia mengutuk India.  Tetapi dampak dan bencana daripada keceluparan Mahathir itu telahpun berlaku apabila India berasa kecewa dan terhina.

Mahathir mungkin menyangka Perdana Menteri Narendra Modi tidak mengendahkan kenyataannya yang telah menyakitkan hati India.

Sebagaimana dilaporkan oleh Finance Twitter, India tidak perlu mengeluarkan sebarang ‘kenyataan rasmi’ kepada Malaysia sebelum memboikot keseluruhan minyak sawit Malaysia.

Apa yang pihak India lakukan ialah menghebohkan kepada media antarabangsa seperti Reuters tentang tindakan kerajaan Modi untuk menghantar kecaman kepada kerajaan Malaysia terhadap campur tangan soal dalaman India.

India juga sedang merancang untuk menggantikan minyak masak Malaysia dengan pembekal lain seperti Indonesia, Argentina dan Ukraine.

Cukai import terhadap semua produk Malaysia juga memberi dampak ekonomi yang amat berat kepada pengimport produk Malaysia.

Lantas pemimport minyak sawit Malaysia di India lebih rasa selamat untuk mengalih perniagaan mereka kepada Indonesia daripada menghadapi risiko peningkatan harga akibat kesan cukai import itu.

Soal perubahan logistik pengeksportan tidak membangkitkan sebarang masalah kerana lokasi Indonesia dan Malaysia adalah berdekatan.

Nampaknya akan berlaku perang dagang antara Malaysia dan India.

Rakyat Malaysia mungkin perlu berterima kasih atas keceluparan mulut pemimpin tua yang masih menyangka bahawa dia adalah harimau Asia, sedangkan dia hanyalah kucing tua yang sudah tidak bergigi.

Pada Ahad 13 Oktober, Mahathir berkata bahawa kerajaan PH “sedang mengkaji dampak daripada tindakan India ke atas Malaysia.”

Walau bagaimanapun, Mahathir membidas, “India juga mengeksport produk mereka ke Malaysia, ia bukanlah urusan perniagaan satu-hala, sebaliknya dua-hala.”

Mahathir cuba menerapkan impian Mat Jenin kepada rakyat Malaysia seakan-akan Malaysia adalah kuasa-super seperti China, sedangkan sebagaimana yang didedahkan oleh Menteri Pertahanan Mat Sabu, hanya empat jet pejuang Malaysia sahaja yang berfungsi.

Mahathir juga lupa bahawa pada 14 Oktober, Modi dan Presiden China Xi Jinping ketika lawatan Jinping ke India, telah berbincang selama 6 jam tentang isu Kashmir.

A A A A A A A A A A AMADEAD 5

India adalah negara ke-5 ekonomi terbesar dunia dengan KDNK bernilai USD3.6 trilion.

Berdasarkan data Kementerian Perdagangan India, eksport Malaysia ke India hanyalah USD10.8 bilion pada 2018/19 sedangkan import produk India di Malaysia ialah USD6.4 bilion sahaja. Dengan itu terdapat lebihan dagangan Malaysia USD4.4 bilion ke atas India, yang merupakan hanya 0.2% daripada KDNK India.

Manakala jumlah import barangan Malaysia dari India menyumbangkan 2.7% kepada KDNK Malaysia.

Pada 2018, eksport minyak sawit Malaysia ke India adalah bernilai USD1.65 trilion yang menyumbang hanya 0.052% daripada KDNK India, sebaliknya ia bernilai 15% daripada KDNK Malaysia.

Ini bermakna sekiranya Malaysia menghentikan semua perdagangan dengan India, ia tidak membangkitkan sebarang kesan ekonomi kepada India.

Sebaliknya ia akan menjadi parah pada Malaysia sekiranya India menghentikan perdagangan mereka dengan Malaysia.

Oleh itu sebarang perang dagang antara Malaysia dan India, akan membawa kesan yang amat buruk kepada Malaysia dan bukannya India.

Apatah lagi Malaysia juga sedang merasai dampak kesan perang dagang US-China.

Sememangnya rakyat Muslim mahu membela saudara Islam di Kashmir mahupun di Israel, tetapi dengan cakap celupar dan kosong Mahathir, ia tidak membawa apa-apa kesan.

Malah apa yang rakyat lihat ialah hipokrasi Mahathir yang tidak mengambil endah tentang penghinaan terhadap agama Islam di negara sendiri, isu pembiayaan dana Israel kepada DAP dan juga isu pembelaan terhadap pengganas militan LTTE oleh konco-konco Mahathir dalam DAP.

Sepatutnya akaun parti DAP dibekukan oleh Bank Negara Malaysia kerana penglibatan mereka dengan pembiayaan dana kepada pengganas antarabangsa LTTE mahupun pembiayaan Israel untuk agenda politik DAP.

Tindakan India pastinya akan membawa bencana besar kepada rakyat terutamanya peneroka dan penanam kelapa sawit.

*****

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: