BEKUKAN AKAUN DAP

A A A A A A A A A A A

(Diselitkan VIDEO ucapan kontroversi P Ramasamy -menjulang perjuangan militan LTTE)

Pada 13 Oktober, pihak polis Cawangan Khas Bukit Aman telah mendedahkan wujudnya transaksi kewangan dalam jumlah yang besar untuk menggerakkan kumpulan LTTE (Kumpulan militan Pembebasan Harimau Tamil Eelam) di Malaysia.

A A A A A A A A A Abiadap A2

Transaksi dana tersebut dan kaitannya dengan penangkapan aktivis LTTE, pastinya melibatkan akaun parti DAP, apabila empat daripada mereka yang ditangkap di bawah akta SOSMA adalah pemimpin DAP.

Sekiranya akaun parti UMNO wewenangnya dibekukan tanpa sebarang tahanan tetapi hanya bersandarkan siasatan kes 1MDB, maka amat wajar akaun parti DAP juga dibekukan setelah pemimpin mereka ditangkap manakala polis telah mengesahkan berlakunya transaksi sejumlah wang yang besar bagi membiayai aktiviti pengganas militan LTTE.

A A A A A A A A A Abiadap A3

Untuk mengukuhkan lagi kewajaran pembekuan akaun DAP, negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Eropah dan 32 negara di seluruh dunia telah mengisytiharkan LTTE sebagai pengganas militan.

Malahan pihak FBI telah mengesahkan LTTE sebagai kumpulan pengganas militan yang paling ganas di dunia, melampaui keganasan ISIS, mahupun Daesh.

Apatah lagi, Cawangan Khas Bukit Aman telah mengesahkan berlakunya usaha oleh pemimpin DAP untuk mempromosi dan menghidupkan LTTE di Malaysia, sebagaimana didedahkan oleh Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Pihak polis telah menemui bahan berkaitan LTTE seperti bendera, buku dan poster gambar pemimpin LTTE ketika melakukan penggeledahan ke atas individu yang ditahan.

Transaksi kewangan yang dikesan dipercayai untuk membiayai kegiatan mempromosi, merekrut serta menggerakkan program LTTE di negara ini. Ia sejajar dengan ucapan kontroversi P Ramasamy, dalang aktivis LTTE di Malaysia.

Penahanan empat pemimpin DAP tidak bererti bahawa tiada lagi tangkapan akan dibuat, pastinya terdapat ramai lagi yang terlibat kerana gerakan militan pengganas ini adalah gerakan antarabangsa.

A A A A A A A A A Abiadap A4

Dakwaan bahawa LTTE sudah berkubur hanyalah satu ‘escapisme’ (alasan penyelamat) untuk menolak kewajaran tindakan pihak polis, sedangkan beberapa hari lalu pihak berkuasa Sri Lanka telah menangkap aktivis LTTE yang menyimpan sejumlah senjata dan bom.

Di Malaysia, Ketua Menteri II, Pulau Pinang, P Ramasamy dikatakan sebagai dalang utama kepada penyebaran ideologi keganasan yang didukung oleh LTTE.

Video dimuatnaik daripada YouTube- Ucapan kontroversi P Ramasamy -menjulang perjuangan militan LTTE

Sekiranya aktiviti militan LTTE sudah berkubur, kenapakah pemujaan senjata AK47 oleh aktivis LTTE masih berlaku. Kenapakah P Ramasamy menyeru masyarakat Tamil untuk mengangkat senjata? Katanya, “Perjuangan bersenjata perlu bermula.”

Malahan Ramasamy telah mencabar kaum Melayu untuk mengulangi tragedi berdarah 13 Mei, sambil mendabik dada bahawa dia tidak takut sekiranya tragedi perbalahan kaum itu berulang.

Apakah konotasi di sebalik dakwaan Ramasamy itu yang merupakan pemimpin DAP Pulau PInang?

Logiknya, keceluparan Ramasamy adalah berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE yang masih hidup dan berdiri di belakangnya.

A A A A A A A A A Abiadap A5

Dengan itu sekiranya akaun UMNO dan SUPP boleh dibekukan hanya kerana kerja siasatan SPRM berkaitan 1MDB, maka mengapakah akaun DAP tidak boleh dibekukan?

Malahan kes 1MDB yang dikatakan menyalurkan dana haram kepada UMNO masih berjalan, tetapi kelihatannya perbicaraan kes tersebut cenderung kepada pembebasan DS Najib Razak kerana sejauh ini pemerhati tidak nampak pembabitan DS Najib dalam skandal 1MDB.

Sebaliknya ia adalah manipulasi politik dan menjadikan Jho Low sebagai musang berjanggut, apabila pihak yang menuduh tidak bersungguh-sungguh mahu membawa Jho Low kembali ke Malaysia.

DS Hishamuddin Tun Hussein selaku bekas Menteri Pertahanan yang mempunyai jaringan besar hubungan antarabangsa pernah menawarkan diri untuk mengesan, menangkap dan mengekstradisi Jho Low, namun dengan pantas ditolak oleh pihak PH. Kenapa?

Pihak negara luar seperti Hong Kong dan Amerika juga telah mengesahkan bahawa tiada sebarang permintaan untuk mengekstradisi Jho Low ke Malaysia.

Apakah erti semuanya ini?

Dengan itu wajarlah sekiranya akaun DAP dibekukan kerana transaksi wang yang besar bagi membiayai aktiviti pengganas militan LTTE dan merekrut kadir-kadir gerila pengganas itu telah disahkan oleh pihak Bukit Aman.

A A A A A A A A A Abiadap A6

Bukan itu sahaja. Sekiranya pemimpin DAP disabitkan penglibatan mereka dengan militan pengganas LTTE, maka pendaftaran DAP sebagai parti politik juga hendaklah dibatalkan dan diharamkan.

Sayugia itu gabungan DAP dalam PH juga hendaklah dibatalkan dengan sabitan tersebut. Sekiranya tindakan ini diambil maka PH bukan lagi parti yang layak memegang kuasa pemerintahan negara. Parlimen perlu dibubarkan.

*****

Tinggalkan komen

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑