VIDEO – GRADUAT BIADAP UM PEMIMPIN PELAPIS DAP?

A A A A A A A A A A A

Video dimuat turun daripada YouTube dengan headline ‘Budak Pro-DAP Menjerit Atas Pentas Konvo UM.’

Tindakan seorang graduat Universiti Malaya (UM), Wong Yan Ke, mengangkat plakad sambil menjerit “No Rasis. Ini Tanah Malaysia” adalah tingkah laku yang tidak dapat diterima dengan alasan apa jua kerana konvokesyen adalah satu istiadat yang berprotokol tinggi, bukan upacara peribadi dan bukan upacara politik.

Tingkah laku biadap sedemikian amat memalukan Universiti Malaya (UM), dan mencabuli nama baik universiti itu sebagai institusi pengajian tinggi terunggul negara, bukan sahaja mengotorkan nama baik diri graduat itu sendiri.

Yan Ke pastinya mahu mengangkat falsafah dangkal ‘kebebasan bersuara’ namun apakah kebebasan bersuara yang diperjuangkan itu sebagai suatu kebebasan mutlak tidak kira tempat dan ketika yang membolehkan seseorang mencerca, memaki-hamun, dan memfitnah orang lain dalam istiadat berprestij seperti majlis konvokesyen?

Konvokesyen adalah satu upacara bersejarah dalam hidup seseorang graduat yang telah berjaya dalam perjuangannya menuntut ilmu di menara gading.

Namun nampaknya Wong Yan Ke cuba menjadikannya sebagai satu pentas politik, dengan laungan ‘Ini Tanah Malaysia’ seakan-akan dia cuba mengangkat doktrin ‘Malaysian Malaysia’ yang diperjuangkan DAP.

Tiada istilah ‘Ini Tanah Malaysia’ sebaliknya dalam sejarah istilah Malaysia adalah istilah yang etimologi (asal usul kata) diambil daripada ‘Tanah Melayu’.

Malaysia bermakna ‘Malay Land’ atau ‘Tanah Melayu’ sama seperti ‘Tunisia’- tanah kaum Tunis, Indonesia – tanah kaum Indonese, – Rusia, Kroasia (Croatia), Mikronesia atau gagasan yang lebih besar – Melanesia dan Asia.

Menamakan Tanah Melayu sebagai Malaysia, tidak menghilangkan status bumi ini sebagai Tanah Melayu, sebaliknya ia adalah satu bentuk toleransi kaum Melayu untuk menerima kaum bukan Melayu. Namun dari aspek semantik ia tetap ‘Tanah Melayu’ sebagaimana India tanah kaum India dan China tanah kaum Cina.

Yan Ke adalah Presiden UM Association of New Youth (UMANY) yang membawa identiti sebagai persatuan pelajar Cina University Malaya pro-DAP yang ditubuhkan pada 2001.

Kita tidak tahu adakah Yan Ke ini benih yang telah disuburkan oleh sekolah vernakular Cina yang berkiblatkan Taiwan serta menolak aspirasi integrasi nasional kebangsaan Malaysia dan lupa akan asal-usul nenek moyangnya.

Namun dari UMANY sendiri kita tahu bahawa persatuan itu adalah berteraskan ras dan ia sendiri adalah rasis.

Kewujudan Yan Ke sebagai pemimpin persatuan rasis itu sama seperti kewujudan Lim Kit Siang dalam DAP, yang penuh dengan semangat cauvinisme Cina dan bangsa DAP.

Tingkah laku buruk Yan Ke dalam istiadat konvokesyen UM itu hanyalah satu daripada rentetan senarai provokasinya terhadap hak kaum Melayu.

Dia cuba mencanangkan Naib Canselor UM telah membuat ucapan berbaur perkauman dalam Kongres Maruah Melayu (KMM) di Stadium Malawati Shah Alam pada 6 Oktober lalu apabila ucapan Naib Canselor mengangkat persoalan dominasi Melayu yang kini telah hilang setelah bangsa DAP mendominasi kerajaan PH.

Kegusaran Naib Canselor dalam KMM bukanlah sesuatu yang harus dilihat sebagai rasis, sebaliknya ia adalah suatu respons kepada fenomena sosial yang telah mencabuli hak istimewa Melayu setelah bangsa DAP mendominasi kerajaan PH.

Ia tidak bercanggah dengan aspirasi Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan keistimewaan Melayu, Raja-Raja Melayu, agama Islam yang dianuti umat Melayu dan sebagai bangsa asal Tanah Melayu.

Sebaliknya sebagaimana yang dilaungkan oleh pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang dalam ucapannya sehari sebelum meletusnya tragedi berdarah 13 Mei: “Melayu keluar, apa lagi duduk di sini, kita sudah ada kuasa, apa polis boleh buat, kita raja. Buang sama polis Malaya, ‘Malay Si’ – Melayu Mati. Sakai pergi masuk hutan…

A A A A A A A A A Abiadap 2

Malahan Lim Kit Siang juga adalah dahulunya aktivis gerila Bintang Tiga Komunis sebagaimana diperakui oleh orang Cina yang pernah merasai keperitan zaman darurat.

A A A A A A A A A Abiadap 3

Kegusaran Naib Canselor UM, bukanlah sesuatu yang bersifat peribadi, sebalik ia adalah satu kekesalan yang dikongsi oleh majoriti besar umat Melayu-Islam, apabila kedudukan mereka sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dinodai, agama mereka dihina, Raja-Raja Melayu dicaci dan ada golongan pemimpin DAP yang mengindoktrinasikan golongan muda dengan doktrin menjadikan Malaysia negara republik.

Yan Ke juga adalah identiti yang mengangkat plakad yang tertulis perkataan ‘Pulangkan Duit Raykat’ kesalahan ejaan ’Rakyat’ diungkap daripada emosi biadap dan kurang ajar apabila dia mencerca DS Najib Tun Razak yang tidak sekalipun disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang sedang dibicarakan ke atas beliau di mahkamah.

Yan Ke juga cuba memalukan dan menghina DS Najib Razak di hadapan Restoran Amjal, Pantai Baru sambil menayangkan poster ‘Badut’ dengan karektor DS Najib.

Yan Ke tidak lihat bahawa hari ini kepimpinan DAP telah merompak aset umat Melayu melalui Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera, Khazanah, Caruman LTAT dan lain-lain lagi, sedangkan hutang negara sudah mencecah RM1 trilion, pelabur asing lari meninggalkan Malaysia, Bursa Malaysia jatuh merudum terburuk di dunia, ekonomi meleset ditinggalkan Thailand, Indonesia dan Filipina, kos sara hidup meningkat, dan SST yang menggantikan GST mahu pula dimansuhkan dan digantikan semula dengan GST.

Adakah Yan Ke ini buta dan tuli?

Yan Ke juga aktif dalam kempen menyokong Statut Rom yang cuba mencairkan kedudukan agama Islam serta keistimewaan kaum Melayu-Bumiputera. Hakikat keistimewaan dan hak kaum Melayu adalah suatu kontrak sosial yang telah dipersetujui dalam sejarah penubuhan Malaysia sebagai perjanjian penerimaan kaum asing di bumi Tanah Melayu ini.

Yan Ke juga telah melancarkan petisyen mendesak kerajaan meratifikasi Statut Rom dan menganjurkan forum Statut Rom bertempat di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Malahan pada 16 Julai lalu, Yan Ke bersama Ketua Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor telah menyerahkan memorandum kepada Suhakam, menuntut agar Cawangan Khas PDRM dibubarkan dan diganti dengan sebuah badan bebas sama seperti seruan Lim Kit Siang sehari sebelum tragedi berdarah 13 Mei.

Adakah badan bebas untuk menggantikan Cawangan Khas Bukit Aman yang dicadangkan oleh Yan Ke itu merupakan jelmaan LTTE sebagaimana diperjuangkan oleh pemimpin DAP?

Tidakkah budak Cina yang kami lihat sebagai pemimpin pelapis bangsa DAP ini lupa UMANY adalah satu persatuan ‘rasis’ semasa dia menjerit-jerit “No Racist. Ini Tanah Malaysia”?

Bukan itu sahaja, Yan Ke juga menggerakkan satu agenda untuk menzahirkan protes terhadap Naib Canselor dengan simbol “silang tangan” kepada para graduat Universiti Malaya. Tindakan ini adalah satu hasutan yang tidak boleh dibiarkan.

A A A A A A A A A Abiadap 5

Yan Ke mesti dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa Universiti Malaya kerana sudah ada prasidens (atau presidence) di universiti lain apabila terdapat pelajar berswafoto di atas pentas ketika istiadat konvokesyen pada Mei 2015. Pelajar berkenaan digantung pengajian sebagai hukuman selepas dikatakan tindakannya telah memalukan istiadat konvokesyen universiti.

Tindakan pihak UM membuat laporan polis ke atas kebiadapan Yan Ke, dan kempen mencemarkan nama baik UM adalah suatu tindakan yang tepat.

Benih biadap dan samseng sebegini hendaklah dihentikan dengan segera, supaya ia tidak merebak dan menjadi wabak dalam kalangan graduat universiti awam negara.

Petisyen yang dilancarkan oleh Penggerak Mahasiswa UM (PMUM) untuk mendapatkan tandatangan orang awam bagi membatalkan ijazah Yan Ke adalah wajar sekali. Setakat semalam (Rabu 16 Oktober) sejumlah 90,000 tandatangan telah diperoleh.

A A A A A A A A A Abiadap 4

Persatuan Lepasan Asasi Sains (PLAS) Universiti Malaya juga turut mendesak agar pihak UM mengambil tindakan keras terhadap Yan Ke yang diterjemahkan sebagai biadap dan memalukan UM.

Jelas sekali kebiadapan Yan Ke itu boleh diterjemahkan sebagai krisis Cina-Melayu yang memaparkan sikap biadap generasi muda bangsa DAP yang tidak boleh dikompromi, di tengah-tengah kancah LTTE serta kebiadapan pemimpin DAP yang amat ketara semenjak PH berkuasa.

******

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: