VIDEO- KRISIS DALAM PH-DAP, MAHU PERTAHANKAN LTTE ATAU MAHU MENENTANG POLIS?

A A A A A A A A A A A

APABILA Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP, LIm Guan Eng membuat kenyataan bahawa “Polis telah memberi jaminan, tiada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan kerana penglibatan dengan pengganas militan antarabangsa LTTE”, pihak polis bertanya pula siapakah yang memberi jaminan itu?

Polis telah menjalankan tugas tanpa mahu memberikan layanan istimewa kepada pangkat dan kedudukan suspek, dan dari parti manakah seseorang suspek itu.

Malah polis menjalankan amanah, tugas dan tanggung jawabnya menjaga dan mempertahankan keselamatan negara tanpa mengira siapa dan apa latar belakang suspek.

Berbeza dengan sesetengah badan penguatkuasa dan undang-undang yang memilih bulu dan bertindak seperti lembu yang dicucuk hidungnya.

A A A A A A A A A AKRISIS 2

Walau apapun kemelut yang sedang berlaku dalam kerajaan PH yang telah menipu, berbohong dan menggunakan pendekatan fitnah dalam PRU14, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan seharusnya menjaga pengurusan kewangan dan bukannya cuba melanggari sempadan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Berkaitan isu LTTE, rakyat sekarang terfikir adakah kaum Hindu di Malaysia pada masa ini sedang memperkukuhkan kedudukan mereka untuk bertindak ganas terhadap kaum yang majoritinya Muslim dengan bersandar kepada puak pengganas militan LTTE?

Jika DAP mempunyai sejarah hubungan rapat dengan Parti Komunis Malaya, adakah kini puak Tamil cuba menjadikan LTTE yang telah diisytiharkan haram oleh Barat dan dikategorikan oleh FBI sebagai militan paling ganas di dunia, sebagai pelindung mereka di Malaysia? Untuk tujuan dan atas alasan apa?

Setakat ini kita langsung tidak mendengar apa-apa hujahan balas daripada TS Muhyiddin Yassin tentang pencabulan terhadap tugas dan amanah polis sebagai mana yang dirempuh oleh Lim Guan Eng.

Rumusan yang rakyat sedang buat hari ini ialah berlaku krisis kuasa antara menteri-menteri yang mahu membela golongan pengkhianat negara yang bertopengkan LTTE dan kementerian yang diberi amanah menjaga keselamatan, keamanan dan keharmonian negara.

Perdana Menteri, Tun Mahathir sendiri telah menyatakan sokongannya bahawa pihak polis telah menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang yang diamanahkan.

Namun rakyat melihat betapa berkecamuknya pemimpin PH dalam krisis sesama mereka apabila Ramkarpal (AP Bukit Gelugor) dan RSN Rayer (AP Jelutong) telah bangkit mempertahan empat tahanan dari parti DAP yang dikaitkan dengan LTTE, seakan-akan membela pengganas adalah tugas utama mereka daripada menyokong tindakan polis.

Tidakkah DAP sebagai parti komponen PH seharusnya turut serta menyokong Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, serta pihak polis yang menjalankan amanah dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara?

Memang benar sekiranya Ramkarpal dan Rayer berdiri atas kapasiti peguam yang membela tertuduh, tetapi nampaknya mereka berdiri atas kapasiti pemipin DAP dan mahu menentang undang-undang SOSMA yang menjadi sandaran pihak polis untuk menahan puak yang didapati mengancam keselamatan negara.

Rakyat juga melihat di sebalik tabir, Ramkarpal dan Rayer telah diarahkan oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP untuk mempertahankan konco=konco politiknya yang menyokong LTTE.

Rakyat sudah benci dengan sistem perundang-undangan kerajaan PH yang telah diracuni dan dinodai oleh Peguam Negara yang wewenangnya menyalahgunakan kuasa dengan membatalkan kes-kes jenayah yang melibatkan ahli DAP dan konco-konco PH.

Rakyat juga sedang menunggu apakah rentetan kes inkues pembunuhan anggota Bomba, Adib Mohd Kassim yang turut mengheret Peguam Negara sebagai identiti yang telah mengotorkan sistem undang-undang apabila cuba membela pihak yang dituduh membunuh.

Kita tidak tahu di manakah manusia seperti Ramkarpal Singh dan Rayer, ketika penduduk kampung Memali dibunuh tanpa belas kasihan, kita tidak nampak pun mereka ketika Al-Maunah mencabar kuasa Yang Dipertuan Agong, dan kita tidak nampak mereka ini ketika berlaku serangan puak Sulu di Lahad Datu.

Tapi kita nampak Peguam Negara Tommy Thomas membela Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng dan cuba menyokong dakyah untuk mengagungkan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan kononnya.

Malah apabila puak Hindu merusuh dan membunuh Adib Mohd Kassim, puak DAP ini heboh mahu menuduh kaum Melayu Muslim yang mengepalai rusuhan, sehingga Arjun Sampath, Presiden Parti Rakyat Hindu di Tamil Nadu menuduh bahawa kaum Muslim telah membunuh dan menyembelih kanak-kanak dan wanita Hindu di kuil Mariamman Seafield..

Kini apabila empat pemimpin daripada parti DAP ditahan di bawah SOSMA, Guan Eng yang mengepalai Kementerian Kewangan nampaknya mahu mengganggu urusan TS Muhyiddin Yassin yang mengepalai Kementerian Dalam Negeri.

Anwar Ibrahim juga baru-baru ini melukiskan perbalahan dalam PH sebagai perbezaan pendapat sahaja dalam parti gabungan.

Tetapi dia lupa bahawa dia pernah berbalah sehingga membawa kepada tertubuhnya Reformasi dan demonstrasi jalanan yang kini menjadi najis yang dibuang ke dalam longkang.

Rumusannya ialah pemimpin PH-DAP sedang bergelut dalam kancah krisis yang teruk, mereka sekapal tetapi tidak di bawah satu nakhoda.

Banyaklah perbalahan mereka bukan disebabkan oleh pembangkang tetapi jelas dan terang lagi bersuluh adalah akibah daripada konflik dan krisis sesama mereka yang tidak berkesudahan.

Inikah kepimpinan yang boleh menjadi sandaran rakyat jelata yang bencikan keganasan apatah lagi dalam masyarakat berbilang kaum yang pentingkan keharmonian.

****

A A A A A A A A A A A

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: