VIDEO – AP KLANG, CHARLES SANTIAGO FIKIR RAKYAT BUTA BILA DIA KATA LTTE SUDAH TERKUBUR

DEMI mempertahankan rakan politiknya daripada parti cauvinis DAP, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mengeluarkan kenyataan bahawa LTTE sudah lama berkubur.

A A A A A A A A A ASANTIAGO 7

Kenyataan Santiago itu juga secara halus membantah tindakan Cawangan Khas PDRM menahan beberapa pemimpin DAP yang terlibat dengan aktiviti pengganas militan LTTE.

LTTE atau Liberation Tigers of Tamil Eelam telah diklasifikasikan oleh FBI Amerika Syarikat sebagai kumpulan militan pengganas yang paling berbahaya di dunia, lebih daripada ISIS atau DAESH.

LTTE juga telah diharamkan oleh AS, UK, EU, Canada, dan 32 buah negara lain di dunia kerana keganasan yang telah mereka lakukan terutamanya melalui kader-kader pengebom berani mati daripada kalangan kanak-kanak dan wanita.

Dalam rekod sejarah, LTTE yang memiliki logistik ketenteraan yang lengkap telah turut membunuh Perdana Menteri India Rajiv Gandhi pada 1991 dan Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadasa pada 1993.

Dengan itu, modus operandi serangan mereka bukan sahaja membunuh mangsa sasaran tetapi juga orang awam yang tidak berdosa (sila tonton video).

Menurut rekod mangsa kematian keganasan LTTE telah menjangkau kira-kira 80,000 termasuk orang awam.

Memang benar LTTE telah kalah di tangan tentera Sri Lanka pada 2009 apabila tokoh pemimpin mereka dan pengasas LTTE, Velupillai Prabhakaran turut berjaya dibunuh.

Namun diaspora penjuang Tamil Eelam yang bercambah di seluruh dunia masih kuat mengendong ideologi kumpulan pengganas itu.

Mendukung dan menyemarakkan ideologi LTTE oleh kalangan pemimpin DAP samalah bahayanya dengan memikul senjata, kerana perjuangan mereka kekal dalam jiwa raga dan sentiasa mencari ruang untuk direalisasikan dalam bentuk perjuangan fizikal dan militan, ibarat bom jangka yang menunggu masa untuk diledakkan.

Ketua Menteri II Pulau Pinang yang kini menjadi dalang utama LTTE di Malaysia pernah dengan angkuhnya mencabar kaum Melayu yang disifatkannya sebagai penakut, untuk ‘membangkitkan semula tragedi berdarah perbalahan kaum 13 Mei’.

A A A A A A A A A ASANTIAGO 2

A A A A A A A A A ASANTIAGO 3

Lebih biadap lagi, P Ramasamy juga mencabar polis untuk menangkapnya jika berani.

A A A A A A A A A ASANTIAGO 4

Kenapakah Ramasamy angkuh dan begitu berani mengeluarkan kenyataan sedemikian?

Pasti dari logik akal, keangkuhan Ramasamy adalah kerana ideologi LTTE amat utuh dalam dirinya dan dia mempunyai pengikut setia yang melindunginya.

Adakah kerana pengganas militan Tamil Ellam yang mungkin kini berada di sekelilingnya akan mempertahankan dan membela dirinya sekiranya berulang 13 Mei?

Sebagai satu analogi, kita lihat bagaimana gerila Komunis Bintang Tiga yang dikeji rakyat jelata, kini cuba disanjung semula oleh konco-konco DAP sebagai pejuang kemerdekaan kononnya.

Related image

Malahan puak ini berjuang untuk membawa mayat Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng ke Malaysia.

Mat Indera yang dikategorikan sebagai manusia Melayu yang telah diindoktrinasikan dengan ideologi songsang dan ganas melalui fahaman komunisme, telah cuba diangkat oleh Menteri Pertahanan sebagai pejuang kemerdekaan.

A A A A A A A A A ASANTIAGO 8

Tidakkah itu semua terbukti bahawa selagi ideologi komunisme itu bercambah dalam jiwa raga, maka ia tetap subur dan dangkal untuk dianggap terkubur.

Begitulah juga dengan ideologi LTTE yang kini tidak semena-mena subur dalam jiwa raga pemimpin DAP yang tidak diketahui sejauhmanakah ancamannya terhadap negara.

Lihat sahaja apabila mereka menjadikan replika AK47, senjata otomatik yang digunakan oleh pengasas LTTE sebagai subjek idola dalam penyembahan mereka?

A A A A A A A A A ASANTIAGO 9

Tidakkah ia satu gejala yang menunjukkan bahawa LTTE masih hidup subur dan kini sudah merebak melalui diaspora puak Tamil di Malaysia.

Malahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan percaya bahawa ideologi LTTE dan penyokongnya tetap wujud di seluruh dunia serta mampu memberi ancaman kepada mana-mana negara, termasuk Malaysia.

A A A A A A A A A ASANTIAGO 5

Sudah terang lagi bersuluh pihak PDRM telah mendedahkan bahawa konco-konco LTTE di Malaysia telah membuat kutipan dana yang besar jumlahnya untuk membiayai pejuang mereka.

Adakah dana itu untuk disalurkan kepada mereka yang sudah berkubur?

Sebab itu jugalah kita lihat Ramasamy mendesak PDRM supaya membebaskan pemimpin-pemimpin DAP yang telah ditahan kerana kaitan mereka dengan perjuangan LTTE.

Lebih mengejutkan apabila pensyarah Sains Politik UKM, Abdul Muein Abadi mendakwa bahawa LTTE juga mendapat bantuan dana daripada Israel sebagaimana juga dakwaan bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Melayu-Islam DAP, Mohamed Razali bahawa DAP menerima bantuan dana Israel RM1.2 bilion.

Nampaknya kenyataan Abdul Muein memperkukuhkan kegusaran pemimpin DAP apabila konco-konco LTTE telah ditahan untuk disiasat di bawah SOSMA, yang pastinya akan membongkar banyak lagi rahsia yang selama ini terpendam.

Oleh itu Santiago, janganlah kamu cuba bersilat dengan mengatakan bahawa sokongan konco-konco LTTE dalam kalangan kamu adalah sama seperti sokongan terhadap Palestin. Ia menambahkan lagi lelucon yang membuat kaum muslim di negara ini ketawa tidak kering gusi.

Sebagaimana kata Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah UM, Dr Azharudin Mohamed, hanya mereka yang berfikiran dangkal dan tidak tahu tentang sejarah kewujudan pertubuhan Hamas, perjuangan Palestin dan kewujudan kumpulan pemberontak Tamil Eelam (LTTE) akan berfikiran bahawa kedua-dua organisasi ini adalah satu perkara yang sama.

A A A A A A A A A ASANTIAGO 6

Berdasarkan sejarah, kita tengok perjuangan Hamas adalah untuk rakyat Palestin apabila tanah airnya telah dirampas.

LTTE pula menuntut kemerdekaan daripada sebuah negara yang telahpun merdeka. Jadi tidak wujud persamaan di antara Hamas dan LTTE.

Walau apapun hujahan kami, tahniah kami ucapkan kepada PDRM dan terima kasih kepada PM yang membela PDRM dan tindakan berani mereka.

Oleh itu kami ingin gulungkan wacana ini dengan nasihat kepada Santiago supaya usahlah menolak arus, dengan pemikiran bahawa ‘kerbau tidak gemarkan lumpur’ dan ‘langau tidak menghurung najis.’

*****

NOTA:   

A A A A A A A A A A A

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: