VIDEO – DAP CUBA KUASAI POLIS DALAM KES ANCAMAN LTTE?

APABILA pihak polis Cawangan Khas Bukit Aman membuat tangkapan ke atas tujuh individu yang dua daripadanya adalah ADUN DAP, pada 10 Oktober (tiga hari lalu) Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus gelabah dan melompat.

Polis Cawangan Khas Bukit Aman, telah mengesahkan ADUN DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan ditahan untuk siasatan kerana disyaki ada hubungan dengan kumpulan pengganas militan antarabangsa ‘Liberation Tigers of Tamil Eelam’ (LTTE).

Nama DAP yang selama ini disanjung oleh puak cauvinis Cina dan dikatakan mendominasi kuasa politik Pakatan Harapan, kini tersimbah najis apabila pemimpinnya dikaitkan dengan kumpulan pengganas antarabangsa LTTE yang amat berbahaya di dunia.

FBI telah mengklasifikasikan LTTE sebagai pengganas militan yang paling bahaya di dunia, jauh lebih bahaya daripada ISIS mahupun Daesh.

Lantas, Lim Guan Eng pada hari yang sama (10 Oktober) telah membuat kenyataan untuk ‘damage control’ bahawa pihak polis telah memberi jaminan “tiada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan.”

Kata Guan Eng, “Saya juga dimaklumkan bahawa walaupun akan ada lebih ramai ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan LTTE, tiada lagi pemimpin atau wakil rakyat dari DAP akan disasarkan.”

A A A A A A A A ABA GADAP1

Persoalan timbul, siapakah yang memaklumkan kepadanya? Atau Guan Eng mereka-reka cerita?

Kenyataan Guan Eng membawa konotasi seakan-akan dia berkuasa menentukan tindakan pihak polis, sedangkan mengikut doktrin pemisahan kuasa demokrasi berparlimen, kuasa pihak eksekutif tidak boleh bertindan dengan kuasa undang-undang mahupun kuasa kehakiman.

Rakyat juga tertanya-tanya adakah kali ini juga pihak Peguam Negara akan bertindak songsang, membuang kes jenayah yang melibatkan pemimpin DAP dan konco-konco PH?

Kemudian rakyat dan khalayak media juga dikejutkan dengan kenyataan pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang apabila dia seakan-akan memberi dua ultimatum kepada pihak polis supaya ‘membebaskan dua Adun DAP dan lima individu lain yang disyaki ada kaitan dengan pihak yang cuba menghidupkan kembali LTTE’ atau mendakwa mereka di mahkamah.

A A A A A A A A ABA GADAP 2

Tidakkah pihak polis harus diberikan masa untuk menahan reman individu tersebut supaya keadilan terhadap mereka dan pihak penyiasat dapat ditegakkan?

Sekiranya Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datok Lokman Noor Adam ditahan hanya kerana melaporkan kes video semburit, mengapakah pihak polis tidak boleh menahan golongan yang terlibat dengan kumpulan militan antarabangsa yang mengancam keselamatan negara?

A A A A A A A A ABA GADAP 3

Malah polis tidak memberi muka langsung kepada penduduk kampung Memali yang cuba mempertahankan guru agama mereka, dan pihak polis juga telah bertindak secara wajar untuk menghentikan tindakan ganas kumpulan Al-Maunah.

Kenapa pula pihak polis harus berlembut dengan kumpulan militan seperti LTTE yang diklasifikasikan oleh FBI sebagai pengganas paling bahaya di dunia yang telah membunuh dua pemimpin tertinggi negara iaitu Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi pada 1991 dan Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadasa pada 1993.

PBB, Amerika Syarikat, United Kingdom, Canada, Kesatuan Eropah dan 32 buah negara seluruh dunia telah mengisytiharkan LTTE sebagai puak militan pengganas global yang amat berbahaya.

Malahan dalam senarai keganasan mereka, LTTE telah turut membunuh ribuan orang awam yang tidak berdosa kerana kebanyakan modus operandi mereka adalah menggunakan pengebom berani mati.

Terkini (pada 12 Oktober) pihak Cawangan Khas Bukit Aman telah menahan dua lagi ahli DAP di Melaka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA) kerana disyaki terbabit dengan gerakan LTTE.

A A A A A A A A ABA GADAP 4

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim, juga mengesahkan kedua-dua individu itu adalah Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri Melaka dan ketua pegawai eksekutif (CEO) perbadanan anak syarikat kerajaan negeri.

Jelas sekali, baik Lim Kit Siang mahupun Lim Guan Eng telah gagal menyekat tindakan polis ke atas ancaman keselamatan negara yang melibatkan ahli dan pemimpin DAP.

Selama ini rakyat amat kecewa apabila ada pemimpin DAP yang mengeluarkan kenyataan “Gunakan Melayu untuk memperkosa kuasa Melayu” namun kini ramai tertanya-tanya pula adakah DAP sedang menggunakan “India untuk memperkosa kuasa Melayu?”

A A A A A A A A ABA GADAP 5

Kami ucapkan syabas kepada pihak polis yang tidak mengendahkan desakan pemimpin tertinggi DAP dan mempertahankan doktrin pemisahan kuasa demokrasi berparlimen.

Adakah LTTE kini mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat aktiviti mereka untuk mengumpul dana bagi membiayai gerakan keganasan mereka?

Lebih berbahaya apabila Pensyarah Pensyarah Sains Politik UKM, Abdul Muein Abadi, mendakwa bahawa Israel yang dikatakan bersekongkol dengan DAP juga sedang menaja LTTE dan memberikan latihan militan kepada gerila mereka (LTTE).

Cuma kami tertanya-tanya adakah Peguam Negara, Tommy Thomas masih bertaring untuk menutup kes jenayah pemimpin DAP dan LTTE ini setelah terdedah salah guna kuasanya dalam kes inkues anggota Bomba, Adib Mohd Kassim?

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: