GANABATIRAU DESAK TOLAK RESOLUSI KONGRES MM TAPI DIAM TENTANG LTTE

Sebagaimana dijangkakan resolusi Kongres Maruah Melayu (KMM) hanyalah curahan air di daun keladi, ia tidak akan mendatangkan kesan kepada kerajaan PH.

Awal-awal lagi, tanpa dibawa ke parlimen, ADUN DAP, Ganabatirau telah mendesak agar kerajaan PH yang didominasi DAP, supaya menolak resolusi KMM daripada 5 kluster yang telah disampaikan kepada Perdana Menteri boneka DAP.

A A A A A A A A ABA GANA 2

Ganabatirau jugalah ADUN DAP yang telah menabur fitnah tempoh hari bahawa kumpulan pemuda Muslim telah merusuh di Kuil Mariamman, sedangkan yang merusuh adalah pemuda-pemuda samseng yang diupah oleh pihak tuan tanah supaya kuil dipindahkan ke tempat lain.

A A A A A A A A ABA GANA 3

Fitnah Ganabatirau meleret sehingga ada pemimpin parti politik di Tamil Nadu, Arjun Sampath, menyemarakkan lagi fitnah tersebut dengan menuduh bahawa kuil Mariamman yang didirikan di atas tanah haram telah dirobohkan oleh perusuh manakala wanita dan kanak-kanak dibunuh tanpa belas-kasihan.

Arjun Sampath dari parti Rakyat Hindu, menghentam Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Tamil Nadu dengan kenyataannya “dalam percubaan oleh penghasut peperangan, leher dan tengkuk wanita dan kanak-kanak dikerat dengan teruk sekali.”

A A A A A A A A ABA GANA 4

Timbul persoalan, daripada jutaan masyarakat India, baik di benua India, mahupun di mana jua mereka berada, kenapakah puak India di Tamil Nadu yang menjadi markas LTTE pula yang menghambur fitnah sedemikian?

Kenapa Tamil Nadu, yang menjadi sarang LTTE? Apakah ada dalang mereka di Tanah Melayu ini?

Di Chennai Tamil Nadu jugalah bekas Perdana Menteri India Rajiv Gandhi dibunuh oleh puak LTTE, satu kumpulan militan pengganas antarabangsa yang telah diperakui oleh PBB, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, United Kingdom, India dan Sri Lanka serta 32 buah negara lain di dunia.

Malahan FBI telah mengisytiharkan bahawa LTTE sebagai kumpulan ekstremis militan yang paling berbahaya di dunia.

Demikianlah sikap Ganabatirau, apabila sesuatu kebaikan yang cuba diangkat untuk membela hak kaum pribumi Melayu-Islam, dia sebagai kaldai DAP akan segera melenting untuk menentang, sedangkan dia membisu apabila timbul isu gerakan dan tindakan golongan LTTE yang kini sudah membiak di Malaysia.

DAPIGS LTTE

Timbul juga persoalan adakah bangsa DAP kini, setelah puas menggunakan kaum Melayu untuk menghancurkan kuasa politik Melayu dan Islam, telah menggerakkan agenda mereka untuk mempergunakan pula kaum India demi kepentingan politik mereka?

Licik sekali apabila manusia India bernama Ganabatirau ini berkata, “jika kita mahu menjadi negara yang bertamadun, sikap perkauman dan ucapan-ucapan kebencian mesti dihentikan… Oleh demikian, saya menggesa kerajaan PH menolak semua resolusi yang diluluskan dalam KMM.”

Tetapi manusia India ini lupa bahawa kenyataan dan fitnah yang dibuatnya dalam kes kuil Mariamman amatlah jahat dan membakar api kemarahan umat Islam. Dia lupa di bumi mana dia berpijak apabila dia mengatakan bahawa “the attacks by a group of Muslim group” (serangan oleh kumpulan Muslim ke atas kuil Mariamman, Seafield).

Kini apabila beberapa pemimpin DAP ditahan kerana disyaki terbabit dengan agenda dan sokongan mereka terhadap pengganas antarabangsa LTTE, mengapakah Ganabatirau tidak bersuara?

Mereka memuja-muja pemimpin pengganas LTTE sehingga mengadakan sambutan dan perarakan ‘Hari Wira LTTE’ di Melaka pada November tahun lalu.

A A A A A A A A ABA GANA 5

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas Bukit Aman, Dato’ Ayob Khan, dua Adun DAP terbabit telah memberikan ucapan berunsur sokongan terhadap kumpulan pengganas Tamil Eelam (LTTE) serta mengedarkan risalah propaganda pengganas tersebut.

A A A A A A A A ABA GANA 6

Malahan seorang ejen insurans berketurunan India dari Kuala Lumpur telah ditahan kerana disyaki merancang melancarkan serangan ke atas Suruhanjaya Sri Lanka di Kuala Lumpur, selain memiliki barangan berkaitan kumpulan pengganas antarabangsa tersebut.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang, P Ramasamy telah mengejutkan masyarakat Malaysia kerana disyaki sebagai aktivis pengganas LTTE juga.

A A A A A A A A ABA GANA 7

Adakah LTTE kini mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat aktiviti Tamil Eelam setelah kumpulan pengganas itu dihancurkan di Sri Lanka?

Kini ramai pula pemimpin DAP yang dikatakan terlibat sebagai penyokong mahupun aktivis kumpulan pengganas antarabangsa itu.

Oleh itu Ganabatirau, usahlah kamu sibuk dengan agenda dan Resolusi KMM, kerana kaum Melayu ada hak ke atas apa yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan, dan mereka mempunyai hak ke atas bumi mereka ini.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: