VIDEO – ANWAR LABEL ‘KONGRES MARUAH MELAYU’ SEBAGAI ‘KONGRES BARUA MELAYU’

Kongres Maruah Melayu yang telah berlangsung pada 6 Oktober lalu mendapat reaksi yang pelbagai daripada khalayak Melayu sendiri.

Namun dalam satu video yang telah dimuat naik dalam Youtube, Presiden PKR, Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kata-kata nista “Selepas kongres ‘barua’ dia semangat lain macam,” sambil menuding jari kepada Mahathir.

Kelihatannya dalam video tersebut yang dirakamkan selepas tamatnya suatu sidang media PH, kenyataan Anwar itu seperti tidak diendahkan oleh hadirin yang lain.

Sebagaimana biasa Anwar pasti akan menafikannya, seperti dia menafikan perbuatan sodominya terhadap mangsanya meskipun mahkamah membuktikan sebaliknya.

Walau bagaimanapun, tindakan Anwar itu menunjukkan telahan sebahagian daripada khalayak Melayu bahawa Kongres Maruah Melayu tersebut tidak akan mendapat perhatian yang signifikan daripada kerajaan PH, mungkin benar sekali.

Kata nista ‘barua’ nampaknya seperti amat dominan dalam kepala Anwar kerana sebelum ini pun Anwar telah menghentam DS Azmin Ali sebagai ‘barua Mahathir’ dalam polemik ‘Azmin akan diangkat menjadi Perdana Menteri’. Namun Anwar menafikan bahawa rakaman audio itu sebagai suaranya.

Secara kasarnya pengisian Kongres Maruah Melayu itu agak baik untuk menyedarkan pihak tertentu. Namun terdapat beberapa perkara yang dikesali.

Mahathir sendiri sebagai Perdana Menteri secara terang-terangan telah menyatakan dalam amanatnya  ‘jangan jadikan pentas kongres untuk meminta-minta sesuatu daripada kerajaan’.

Mahathir sepatutnya tiba awal dan mendengar setiap resolusi yang dibentangkan oleh wakil lima kluster supaya dia tahu apa yang terkandung dalam jiwa muda anak-anak Melayu di universiti awam negara.

Sebaliknya kenyataan negatif Mahathir menjadi bedil yang membunuh harapan dalam resolusi kongres apabila dia menegaskan bahawa ‘kuasa politik Melayu kini amat lemah dalam kerajaan PH.’

Malahan awal-awal lagi Mahathir membidas, ‘jangan jadikan pentas kongres untuk meminta-minta sesuatu daripada kerajaan’.

A A A A A A A A ABARUA 2

Dalam ucapannya, Mahathir juga seperti mengulangi seruannya untuk memujuk Ahli Parlimen Melayu UMNO supaya menyertai PPBM, bagi tujuan mengukuhkan kuasanya dan kedudukan kuasa Melayu dalam kerajaan PH.

Namun Mahathir lupa, bahawa memperkukuhkan PPBM samalah seperti memperkukuhkan lagi PH dan DAP yang mendominasinya dan lantas akan terus menindas kaum Melayu, agama Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Anehnya Mahathir menolak tawaran Datok Muhamad Hassan untuk menyertai Gabungan UMNO-PAS yang lebih signifikan dan berasas jika mahu mengukuhkan kuasa politik Melayu.

A A A A A A A A ABARUA 1

Dengan itu, sekiranya ‘kuasa politik Melayu dalam kerajaan PH amat lemah’ maka ke manakah akan dibawa semua resolusi kongres tersebut?

Dengan itu resolusi kongres nampaknya tidak akan dibawa ke mana-mana yang barangkali dibuang sahaja ke longkang. Namun ia pasti relevan sekiranya Muafakat Nasional UMNO-PAS menguasai dan memenangi PRU15 nanti.

Rata-rata 70% daripada hadirin kongres adalah anak-anak muda yang masih didorong oleh kerakusan minat mereka terhadap hedonisme. Hal ini terbukti apabila mereka bersorak riuh sewaktu skrin besar memberi fokus kepada Siti Nurhaliza dan suaminya. Sorak-sorai mereka lebih daripada fokus mereka terhadap ucap utama yang sedang disampaikan oleh Prof Zainal Kling ketika itu.

Golongan ini kelihatannya masih buta dengan hakikat politik dan kuasa Melayu yang kian meruncing dan sedang menuju ke lembah kemusnahan dengan dominasi kaum bukan-Melayu-kafirun, terutamanya DAP.

Golongan ini juga kelihatan menjerit-jerit mendewakan Mahathir. Mereka gagal melihat  bahawa Mahathirlah antara katalis yang menghina, mencerca dan memperendahkan martabat serta maruah bangsa Melayu apabila mengaku bahawa dia adalah Perdana Menteri boneka DAP.  Malah Mahathirlah ‘Bapa Perpecahan Kaum Melayu.’

A A A A A A AMAAARUAH 8

Selama ini dia hanya mendiamkan diri terhadap sebarang pencabulan ke atas kaum Melayu dan agama Islam yang menjadi tunjang hidup kaum Melayu.

Rata-rata golongan muda ini juga menjerit-jerit dengan semangat universiti masing-masing dan masih tidak melihat bahawa setiap wakil kluster adalah wakil seluruh umat Melayu yang membawa agenda Melayu dan agama Islam, yang kini sedang diracuni dan dinodai oleh kaum lain yang asalnya adalah kaum ‘pendatang’.

Anehnya juga kumpulan UiTM yang sepatutnya menjadi juara kaum Melayu dilihat diam dan hambar seakan-akan diburu kekecewaan dan tidak menaruh sebarang harapan kepada usaha mengangkat maruah Melayu.

Rata-rata resolusi membawa usul yang bagaikan bulan-bintang, seakan-akan mereka lupa bahawa yang mendominasi kerajaan PH adalah DAP yang tidak akan memberi muka kepada sebarang agenda Melayu.

Ibarat anjing menyalak bukit, demikianlah suara-suara lantang wakil kluster yang gagal melihat hakikat sebenar kuasa Melayu dalam kerajaan PH.

Ucapan daripada pihak penganjur kelihatannya tidak realistik tanpa roh perjuangan maruah Melayu yang jitu dan tulen, sebaliknya lebih kepada lakonan.

Namun kita tidak tahu siapakah dalangnya. Mungkin inilah yang dilabelkan oleh Anwar kepada Mahathir sebagai ‘Kongres Barua (Melayu)’.

Walau bagaimanapun tidaklah dinafikan bahawa 30% hadirin terdiri daripada rakyat Melayu yang dahagakan kemuliaan dan penghormatan terhadap bangsa Melayu yang kini kian luntur dan lemah.

Kehadiran Mat Sabu sebagai penganut fahaman sesat Syiah adalah sesuatu kepincangan Kongres Maruah Melayu. Malahan wakil kluster ‘Agama’ telah menghentam ajaran sesat Syiah dan mahu pegangan ‘Ahlus Sunnah Wal Jamaah diangkat sebagai satu-satunya doktrin dan pegangan agama Islam.’

Fahaman sesat Syiah yang dianuti oleh Mat Sabu yang juga Menteri Pertahanan Malaysia adalah suatu racun yang mencemari maruah agama dan umat Melayu itu sendiri. Dia tidak sepatutnya hadir dan sewajarnya diharamkan hadir.

Demikianlah juga dengan kehadiran DS Azmin Ali yang kini diterjah dengan kes semburit yang diterjemahkan antara individu secara langsung telah mencemari maruah kaum Melayu. Pemimpin sebegini seharusnya dinyahkan dalam kepimpinan Melayu.

Gejala LGBT telah diserang oleh ‘kluster budaya’. Namun dengan fahaman liberalisme dan pluralisme agama, sejauh manakah resolusi Kongres Maruah Melayu itu boleh dibawa.

Tanpa berselindung orang kuat PKR sudah pun mengutuk dan menghina Kongres Maruah Melayu sebagai ‘Kongres Barua Melayu.’

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: