VIDEO: KHALID SAMAD PEMBOHONG

Pada 2 Oktober lalu, sebagaimana dilaporkan oleh Bernama dan Malaysiakini, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad telah mengumumkan bahawa 90% daripada penduduk dan pemilik tanah Kampung Baru bersetuju untuk menjual tanah mereka kepada kerajaan dengan kadar harga RM850 bagi setiap kaki persegi.

Anehnya dalam satu sidang akhbar, pada 5 Oktober (dua hari lalu) ahli-ahli pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru menyangkal dakwaan Khalid itu dan menyifatkannya sebagai satu pembohongan apabila dia mengumumkan 90% daripada mereka telah bersetuju menjual tanah tersebut pada kadar harga RM850 sekaki persegi.

Kumpulan pemilik tanah Kampung Baru itu menjelaskan bahawa angka 90% yang dinyatakan oleh Khalid adalah salah kerana ia hanya meliputi kumpulan kecil pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru.

A A A A A A A A AIBLAS 2

Kenyataan pembohongan Khalid sebagai menteri Wilayah Persekutuan amatlah memalukan dan merendahkan martabat Khalid yang selama ini memang banyak membuat kenyataan-kenyataan yang kontroversial dan menjadi polemik media dalam talian dan juga media luar talian.

A A A A A A A A AIBLAS 1

Seandainya terdapat kira-kira 5374 pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru, maka jumlah 500 pemilik itu hanyalah kira-kira 9.3% dan bukannya 90% sebagaimana yang dihebohkan atau dibohongi oleh Khalid.

Barangkali Khalid cuba memperbodohkan pemilik tanah Kampung Baru untuk menyatakan bahawa hanya 10% sahaja yang belum bersetuju, sebaliknya lebih 90% tidak bersetuju untuk menjual tanah mereka pada kadar harga sedemikian.

A A A A A A A A AIBLAS 3

Barangkali juga Khalid cuba menggunakan psikologi politik songsangnya sebagaimana sering dipergunakan untuk mempengaruhi masyarakat. Hakikatnya rakyat tahu dia adalah kaki bohong.

Malahan menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suara TV, hanya 8% sahaja daripada 5,374 pemilik dan pewaris tanah Kampung Baharu yang telah menyerahkan borang kepada pihak Khalid, sedang 92% lagi tidak bersetuju dengan kadar harga yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.

Nampaknya Khalid bukan sahaja cuba menipu penduduk Kampung Baru tetapi juga seluruh rakyat Malaysia. Orang seperti Khalid ini sememangnya adalah muka tembok yang tidak tahu malu apabila dikecam oleh rakyat kerana selama ini telah banyak kali kenyataannya yang bercanggah dengan fakta sebenarnya.

Sebelum ini Khalid tenggelam dalam polemik banting ‘Penyatuan Ummah’ yang dicabut oleh pihak MBKL sedangkan pihak penganjur telah mendapat kelulusan daripada MBKL untuk memasang 150 banting.

Menurut pemilik tanah Mohtar Rahmad kenyataan Khalid itu juga akan menyebabkan lebih ramai pemilik dan waris tawar hati untuk membangunkan Kampong Bharu.

Seorang lagi pemilik tanah bernama Mastura Abu Samah, berkata Khalid tidak wajar menipu orang kampung dengan gambaran yang tidak tepat seperti itu.

Lebih teruk daripada itu, keceluparan mulut Khalid sehingga mengaitkan alam kubur untuk menyindir pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru yang enggan menjual tanah mereka pada kadar yang ditawarkan oleh kerajaan itu.

Inilah dia antara menteri-menteri kakistokrasi (bodoh, bengap dan bahlol) yang hakikatnya teruk dan tidak layak menjadi pemimpin politik daripada Pakatan Harapan, yang sering mengeluarkan kenyataan dan tindakan sebelum menyelidik fakta dan data yang sebenarnya.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: