
Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang popular dengan ceramah agama dalam talian, sehingga kadangkala mencecah ratusan ribu penonton dan pelawat, telah memberi respons terhadap soalan ‘Adakah gabungan UMNO-PAS itu haram?’
Memetik kenyataan beliau dalam satu sesi ceramahnya yang dimuat naik dalam YouTube, UAI menjelaskan bahawa sesuatu gabungan yang tidak berdasarkan politik, sebaliknya diasaskan oleh perjuangan membela agama Allah adalah sesuatu yang perlu disokong.
Bagi UAI, gabungan UMNO-PAS atau Penytatuan Ummah mahupun Muafakat Nasional adalah untuk menyelamatkan agama Islam dan kewajipan membela bumi umat Islam daripada dirampas oleh musuh-musuh Allah.
Perjuangan membela agama Islam daripada musuh-musuh Allah yang tidak didasari oleh tujuan politik adalah disifatkan sebagai jihad sekiranya ia diperjuangkan untuk mengangkat hak umat Islam.

Perkembangan penyatuan UMNO-PAS adalah sesuatu yang perlu disokong setelah sekian lama kedua-dua parti Melayu-Islam itu berbalah dan kini tiba masanya kedua-dua berbaik dan bergabung.
UAI menempelak pihak yang tidak suka melihat penyatuan UMNO-PAS sehingga golongan ini marah dan menganggap tindakan berbaik-baik sesama Islam serta penyatuan UMNO-PAS tersebut sebagai haram.

UAI juga secara tuntasnya juga menempelak menteri yang menentang usaha penyatuan, kerjasama dan berbaik-baik antara UMNO-PAS sebagai ‘menteri iblis’.
“Ada menteri dia kata tak boleh bergabung, hendaklah kekalkan dengan perpecahan. Itu iblis, ‘menteri iblis namanya’!
Selama ini kedua-duanya berbalah, dan kini Allah telah menghukum kedua-duanya kerana berpecah-belah apabila kaum kafirun telah naik dan pijak kepala umat Islam.
Bagi UAI, penyatuan UMNO-PAS bukan kerana mahu menarik undi sebaliknya adalah kerana Allah dan penyatuan itu sendiri adalah pertolongan Allah bagi menentang kerakusan kaum kafirun.

Selain daripada UAI, Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang juga merupakan Mufti Perlis, atau lebih terkenal dengan panggilan Dr Maza juga telah memberi respons kepada Menteri Hal Ehwal Agama, Mujahid Yusuf Rawa apabila Mujahid menyifatkan penyatuan UMNO-PAS sebagai usaha ‘masuk neraka’.
Dr Maza menjelaskan, seseorang itu tidak masuk neraka ataupun syurga kerana penyertaannya dalam sesebuah parti politik.
Seseorang itu masuk syurga atau neraka berdasarkan pendiriannya dalam menghadapi kebenaran dan kesalahan, sikapnya dalam menangani yang hak (benar) dan yang batil (salah) dalam parti manapun dia berada.
Meskipun jika dia tidak berparti, ukurannya tetap sama, iaitu apakah prinsip yang dia pegang.

Sebelum itu, Perdana Menteri Tun Mahathir juga menganggap pendirian PAS bergabung dengan UMNO, sama seperti PAS menjadikan parti itu ‘kafir’.
Mahathir mahu PAS menarik balik pendiriannya dahulu bahawa UMNO adalah kafir.
Kontradik daripada kenyataan Mahathir itu, PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO kafir, sebaliknya ia hanyalah manipulasi pihak tertentu dan juga media yang dikongkong oleh Mahathir ketika dia berkuasa sebagai Perdana Menteri.
Sebaliknya kami juga tertanya-tanya apakah Mahathir boleh menarik balik tindakannya dan pihak polis yang telah menembak mati sekumpulan orang Kampung Memali?
Apakah Mahathir boleh mengembalikan nyawa mereka yang cuba mempertahankan seorang guru agama yang mereka kasihi. Orang-orang Kampung Memali ini bukanlah pengganas komunis.
Anehnya hari ini kumpulan pengganas Tamil Eelam yang sudah berani berarak di tengah jalan dalam negara yang juga telah diisytiharkan sebagai pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tidak pula dibunuh oleh Mahathir dan pihak keselamatan yang dikuasainya?
Mengapakah Mahathir sanggup membunuh penduduk yang naif di Memali tetapi pengecut, membiarkan dan tidak sanggup bertindak ke atas penyokong pengganas Tamil Eelam?
Inilah antara fenomena dan banyak lagi gejala penindasan terhadap Islam terkini yang mendesak UMNO-PAS supaya bergabung.
******
Tinggalkan Jawapan