KITAR SEMULA GST- SATU PENIPUAN BESAR DALAM PRU-14

Mahathir telah umumkan agar GST (cukai Barangan dan Perkhidmatan) dikaji semula untuk dilaksanakan.

Hasrat Mahathir itu selari dengan cadangan Mier agar GST dilaksanakan semula atas alasan antara lain cukai SST yang menggantikan GST telah gagal dan kini mengheret negara ke arah beban hutang, kenaikan kos sara hidup, serta beban pengguna.

A A A A A A A AGST 2

Berbanding GST cukai SST (16%) adalah satu penipuan kepada rakyat kerana GST hanya mengenakan 6% cukai.

Anwar Ibrahim sendiri memperakui bahawa GST lebih telus dan efisien berbanding SST apabila pihak pengusaha boleh secara wewenang menyembunyikan data percukaian dalam SST, tetapi tidak pada GST.

A A A A A A A AGST 3

Soal GST lebih baik daripada SST dari aspek bebanan pengguna adalah satu isu, namun isu yang lebih besar ialah penipuan kempen PH-PKR yang menjadikan GST sebagai modal utama untuk memenangi hati rakyat.

Rakyat termakan dengan propaganda PH-PKR dan lantas menolak BN pada PRU14 yang lalu.

Malahan janji menghapuskan GST adalah janji manifesto Pertama dalam senarai 10 janji manifesto PH-PKR.

A A A A A A A AGST 4

Semua 10 janji manifesto PH dalam PRU-14 tidak ditunaikan kecuali menghapuskan GST.

Tapi nampaknya, apabila PH dengan pengumuman Mahathir yang mahu melaksanakan semula GST, maka janji menghapuskan GST juga hanyalah satu pembohongan, penipuan, dan janji palsu PH-PKR.

Penipuan ini bukan hanya penipuan terhadap rakyat tetapi penipuan dalam PRU14, yang wajar dibawa ke mahkamah dan membatalkan kemenangan PH-PKR pada PRU14 yang lalu.

Rakyat telah ditipu melalui propaganda dan fitnah PH-PKR dan percaya pada pembohongan tentang keburukan GST dan termakan dengan propaganda kebaikan SST.

A A A A A A A AGST 5

Kini segala pembohongan pihak PH-PKR terbukti setelah SST memberi kesan yang amat negatif kepada ekonomi negara.

Pendapatan negara berkurangan RM20 bilion dan banyak insentif untuk rakyat (sebagai perkongsian kekayaan kerajaan) telah ditarik balik daripada apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Lebih menyakitkan hati rakyat apabila beberapa syarikat milik kerajaan dijual serta aset kerajaan terdahulu dijual untuk menutup kelompongan kewangan dengan hutang yang bertambah, pelabur asing lari ke negara lain, bursa yang merudum dan terburuk di dunia, KDNK merosot dan ekonomi Malaysia menjadi terburuk di belakang Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Malahan kerakusan kerajaan PH jelas terlihat apabila pada 1 Julai tahun lalu telah diisytiharkan ‘Tax Holidays’ selama tiga bulan.

Dengan Tax Holidays itu kerajaan telah menanggung kerugian kira-kira RM7-RM10 bilion cukai yang hilang dan mewujudkan kekurangan perbelanjaan dihimpit pula dengan kejatuhan minyak dunia. Lantas Bajet 2019 tidak dapat dilaksanakan.

Akibatnya kerajaan PH terpaksa mencari dana lain melalui pinjaman Bon Samurai termasuk menjual aset-aset penting milik syarikat kerajaan dan Petronas dijarah dan dipaksa membayar dividen khas kerajaan sebanyak RM30 bilion.

Kini kerakusan dan kesombongan kerajaan PH telah dibuktikan apabila MIER mencadangkan agar GST diperkenalkan semula untuk memulihkan ekonomi negara.

Liciknya kerajaan PH apabila Mahathir menghalakan pula penyelesaian ekonomi negara kepada rakyat dengan propaganda bahawa “GST akan dilaksanakan semula jika itu kehendak rakyat.”

A A A A A A A AGST 6

Lupakah Mahathir apabila GST dijadikan alasan utama untuk menolak kerajaan BN?

Lupakah Mahathir rakyat berguling atas jalan raya untuk menolak GST kerana termakan dengan hasutan fitnah dan dakyah PH?

Lupakah Mahathir, Menteri Kewangan berjoget dengan lagu Hapuskan GST sehingga mempergunakan kanak-kanak sebagai bahan propaganda PH?

Nampaknya seperti biasa Mahathir lupa apabila cuba meletakkan kegagalan kerajaan PH ke atas rakyat dengan kenyataannya, ‘Kalau itu kehendak rakyat, kita akan kaji sama ada GST lebih baik dari SST.”

Tidakkah dengan propaganda PH, rakyat yang berguling-guling tepi jalan mahu GST dihapuskan?

Tiba-tiba hari ini rakyat dipersalahkan kerana memilih SST dan kini mahu GST dikembalikan semula.

Bukan semua rakyat faham tentang sistem percukaian dan ia menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menentukan sistem dan dasar terbaik untuk rakyat.

GST telah diperakui oleh lebih 160 buah negara di dunia dan hanya Malaysia yang mengundur ke belakang, menipu rakyat dan menaburkan fitnah demi memenangi PRU14.

Rakyat tidak kisah sama ada SST atau GST asalkan harga barangan harian lebih murah.

Malangnya apabila SST dilaksanakan semula, tiada satu barang pun yang turun harga kecuali telur ayam, yang menunjukkan bahawa SST adalah racun dalam manifesto PH.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: