KEMELUT DESAK SERAH KERUSI PM KEPADA ANWAR ADALAH TANDA MAHATHIR GAGAL MENGURUS NEGARA

Bercakap di New York, dua hari lalu, Tun Mahathir menegaskan bahawa dia akan melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri (kepada Anwar?) sebelum PRU ke-15 akan datang.

A A A A A A AMADEAD 5

Membidas kenyataan Mahathir, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Ali mendesak agar Mahathir menyerahkan kerusi PM kepada Anwar sekurang-kurangnya dua tahun sebelum PRU15.

Jika langkah ini tidak diambil, nescaya kerajaan PH akan mati terbunuh.

A A A A A A AMADEAD 7

Syed Husin mahu penyerahan kuasa kepada Anwar dilaksanakan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum PRU-15, supaya Anwar mempunyai masa untuk mengatur pelbagai rancangan dan kempen.

Jelaslah bahawa Syed Husin juga sudah berfirasat bahawa dengan keadaan negara yang kucar-kacir seperti sekarang, pastinya tanpa perancangan PH yang jitu, kuasa politik akan jatuh ke tangan ‘Muafakat Nasional’ UMNO-PAS pada PRU15.

Premis utama kepada kemelut penyerahan kuasa Mahathir kepada Anwar, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana Mahathir telah gagal mengendalikan kuasa serta pengurusan negara sebagai Perdana Menteri ke-7.

Putar-belit Mahathir dalam isu penyerahan kerusi PM kepada Anwar nampaknya telah membangkitkan persoalan sama ada dia mahu menyerahkan kuasa PM itu kepada Anwar atau tidak?

Orang kuat dan penasihat Mahathir yang juga merupakan Ahli Majlis Penasihat Kerajaan PH, Tun Daim Zainuddin, pernah menegaskan agar Mahathir tidak tergesa-gesa menyerahkan kuasa kepada Anwar semasa PH baru memenangi PRU14.

A A A A A A AMADEAD 2

Adakah ‘tergesa-gesa’ setelah satu setengah tahun berkuasa, yang kelihatannya kini PH sedang membawa negara menuju kehancuran, dibebankan pula dengan barisan kabinet kakistokrat, bengap dan bebal, ekonomi yang merudum dan dengan sistem perundangan yang lintang-pukang?

Tempoh 18 bulan (satu setengah tahun) itu sudah cukup menonjolkan kegagalan Mahathir yang terkenal dengan sikap angkuh, sombong dan bongkak, mengendalikan kuasanya sebagai Perdana Menteri ke-8.

Namun ia juga tidak bermakna bahawa menyerahkan kuasa kepada Anwar akan dapat memulihkan kebobrokan ekonomi dan sosial negara kepada keadaan yang lebih baik.

A A A A A A A A A APECATMADEAD 5

Mahathir pasti akan mengulangi alasan dangkalnya bahawa dia hanyalah boneka DAP. Namun sekiranya kuasa diserahkan kepada Anwar adakah dominasi DAP dalam pengurusan negara akan dapat dicantas?

A A A A A A AMADEAD 4

Anwar adalah bekas banduan. Anwar adalah penyokong tegar LGBT.  Anwar juga berpegang teguh kepada pluralisme agama. Bagi Anwar sebagaimana ucapanya di LSE, London, ‘semua agama menyembah tuhan yang sama, dengan itu semua agama adalah sama.’

A A A A A A AMADEAD 8Dipetik daripada blog Muafakat

Mahathir pernah berkata pada media anatarabangsa bahawa dia tidak mahu seorang sodomis menjadi Perdana Menteri.

Lantas jelaslah bahawa, isu sebenarnya ialah Mahathir tidak mahu sekali-kali menyerahkan kuasa PM kepada Anwar.

Lagi sekali sebagaimana yang dilaungkan Mahathir, apabila ditanya suatu ketika dahulu mengapa dia mahu kembali memegang kerusi PM, “Saya mahu selamatkan Malaysia daripada DS Najib,” lantas, adakah dengan tona dan doktrin yang sama Mahathir akan berkata “Saya mahu selamatkan Malaysia daripada sodomis, daripada pluralis agama, daripada manusia sesumpah yang amat licik menipu?”

Persoalan lain yang terbangkit ialah, sampai bilakah Mahathir mahu melihat kehancuran negara di bawah dominasi DAP yang sedang berlaku sekarang?

Kaum Melayu dan umat Islam, sedang menahan kesabaran bagaikan bom jangka apabila agama mereka dihina, Rasul agama mereka dinista, Raja-Raja Melayu diperlecehkan, ekonomi mereka ditekan, hutang negara melonjak, hak Melayu- Bumiputera cuba dimansuhkan, kadar pengangguran meningkat, kos sara hidup melambung, nilai ringgit merudum, cukai GST (6%) digantikan dengan cukai SST (16%), pejuang komunis mahu diagungkan, pengganas Tamil Eelam sudah berani menonjolkan pengaruhnya di Malaysia, ajaran sesat Syiah sudah mula diberikan tempat, DAP sedang merancang secara senyap untuk menjadikan negara ini sebuah republik, dan banyak lagi kegenjotan kelemahan kerajaan pimpinan Mahathir yang tidak boleh ditoleransikan lagi.

A A A A A A AMADEAD 9

Mahathir sebelum ini juga pernah menyatakan bahawa dia akan berundur selepas dua tahun memegang jawatan Perdana Menteri.

Kata Syed Husin, “Saya memang tak boleh pegang cakap dia (Mahathir). Mahathir ini kadang-kadang dia buat keputusan bersama tapi nanti dia akan buat benda lain. Kemudian dia akan kata ‘saya lupa’. Mahathir selalu lupa.”

Merujuk alternatif lain, Syed Husin mengancam Mahathir bahawa, “Sebenarnya Mahathir boleh diminta bersara sekarang oleh Majlis Presiden PH.”

Majlis Presiden PH mempunyai kuasa tertinggi untuk menentukan bilakah Mahathir perlu turun. Mahathir tidak ada kuasa untuk menentukan bilakah dia mahu menyerahkan kuasa.

Tegas Syed Husin lagi, “Kini, rakyat tertanya-tanya apakah Anwar, Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang sudah dibonsaikan oleh Mahathir?”

A A A A A A AMADEAD 6

Ekoran daripada kemelut penyerahan kuasa Mahathir kepada Anwar, Khairuddin Abu Hassan yang pernah dilabelkan sebagai biawak hidup yang dikendong Mahathir, tanpa gentar mengugut puak PKR yang dikatakan ‘bangang’ (bodoh) agar tidak kurang ajar mendesak Mahathir untuk turunkan kuasa kepada Anwar.

Bagi Khairuddin, Anwar tidak layak untuk memimpin dan dia tidak boleh diberikan ruang untuk memimpin ummah di tanah air ini.

Kenapakah Khairuddin lancang mengeluarkan kenyataan marahnya kepada puak Anwar? Adakah kerana dia terhutang budi kepada Azmin Ali dalam kes tanah Ijok yang bernilai RM1.18 bilion.

A A A A A A AMADEAD 3

Malahan Azmin juga dikatakan sebagai tokoh kesayangan Mahathir dan calon PM, jika bukan Anwar. Namun malangnya kes semburit telah menjerat Azmin.

Sambil mengingatkan Syed Husin agar jangan terlalu celupar, Khairuddin juga mengugut agar puak Anwar dalam PKR tidak mengundang peristiwa hitam 1998 daripada berulang kembali.

Tidaklah jelas apakah yang dimaksudkan oleh Khairuddin dengan peristiwa hitam 1998. Adakah peristiwa Anwar disumbat ke penjara, atau peristiwa penyokong Anwar bangkit memberontak menentang ‘Mahafiraun dan Mahazalim’ di jalanan.

Lantas adakah Khairuddin juga menjemput gelombang ‘Reformasi II’ melanda negara pula?

Beberapa perkara yang jelas terbangkit daripada kemelut tuntutan kuasa PM daripada Mahathir kepada Anwar.

  • Pertamanya, Mahathir berjaya memecah-belahkan kaum Melayu dan kuasa politik Melayu dalam PH sebagaimana yang dilakukannya semasa dia berada dalam UMNO.
  • Kedua, Mahathir sebenarnya tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang pernah dicanangkannya pada media antarabangsa bahawa dia tidak mahu seorang sodomis memimpin Malaysia.
  • Ketiganya, pasti ada orang lain pada pemikiran Mahathir yang layak menggantikannya, tetapi pasti bukan Anwar. Adakah Azmin, atau adakah anak manjanya Mukhriz?
  • Keempat, Mahathir gagal menyekat dominasi kuasa DAP dalam tampuk pemerintahan PH. Malah dia mengaku dia hanyalah boneka DAP. Dalam keadaan kerajaan PH yang huru-hara sekarang, Mahathir sebenarnya adalah pemimpin tua yang gagal mengendalikan negara.
  • Kelima, sebagaimana pernah diujarkan oleh Mohammed Mo Ibrahim dalam satu forum antarabangsa di Kigali, Rwanda, kepimpinan manusia tua berusia lebih 90 tahun hanya akan membawa negara ke kubur. Kenyataan Mohammed Mo selari dengan pandangan Syed Husin Ali bahawa Mahathir sedang membawa PH ke kubur.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: