29 September 2019
Pengerusi Yayasan MO, Mohammed Mo Ibrahim. telah mengkritik golongan muda kerana membenarkan pemimpin tua menerajui negara pada satu forum di Kigali yang turut dihadiri oleh Presiden Ruwanda, Paul Kagame, juga pemimpin Afrika yang lain seperti Olusegun Obasanjo, Nkosazana Dlamini-Zuma and William Ruto.
Mahathir juga turut hadir dalam forum tersebut.
Mohammed Ibrahim juga merupakan seorang jutawan (billionaire) Sudan yang menjadi pengasas syarikat telekomunikasi Celtel International.
Bagi Mohammed, negara yang lebih berjaya adalah negara yang mengangkat pemimpin muda sebagai pemimpin tertinggi negara.
Kata Mohammed, “Kamu golongan muda, adakah kamu tidak siuman (crazy-gila) kerana memilih pemimpin tua berusia 90 tahun?
“Kita melihat orang tua dalam kerusi roda yang tidak dapat mengangkat tangan untuk pilihan raya. Ini satu lelucon,” tegas Mohammed dengan ketawa riuh daripada hadirin.
Wajah Mahathir, bagaikan disiram asid apabila mendengar ucapan Mohammed di atas pentas.
“Ya kamu berhak untuk ketawa, seluruh dunia juga sedang mentertawakan kamu,” tegas Mohammed lagi.
“Dengan melantik orang tua berusia 90 tahun, adakah kamu mahu menjerumuskan negara ke kubur?”
Mohammed memberikan contoh negara Amerika yang menjadi teladan dunia dengan pertumbuhan ekonomi 15-16 trilion telah melantik Obama (Barrack Obama) sebagai presiden dalam usia 46-47 tahun.
Malangnya kerana rakyat suka melantik orang tua, Obama mungkin merupakan drebar bas di Kenya. Malahan Clinton dan Kennedy adalah pemimpin yang lebih muda daripada Obama ketika mereka dilantik menjadi Presiden Amerika.
Mahathir pula apabila diajukan soalan, dia menjawab dalam bahasa Melayu meskipun forum itu dihadiri khalayak yang tidak faham bahasa Melayu.
Katanya walaupun dia berusia 93 tahun dia sanggup menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana desakan.
Desakan apakah yang dimaksudkan oleh Mahathir? Adakah desakan DAP untuk menjadikan dirinya sebagai kaldai mereka sebagaimana saranan DAP untuk ‘menggunakan Melayu bagi memperkosa Melayu’?
Malahan kini Mahathir sendiri memperakui bahawa dia hanyalah boneka atau kaldai DAP yang kini mendominasi kerajaan PH.
Terkini, Malaysia sedang mengalami kemelut politik yang amat buruk dalam sejarah apabila Peguam Negara didapati menyalahgunakan kuasa undang-undang untuk menipu dalam kes kematian pegawai bomba Adib Kassim. Malahan Peguam Negara, Tommy Thomas telah menggunakan kedudukannya untuk menutup kes-kes rasuah pemimpin DAP dan konco-konconya.
Kini, ekonomi negara juga sedang merudum di bawah kepimpinan barisan kabinet Mahathir yang dilihat sebagai pemimpin kakistokrasi (pemimpin bodoh dan huru-hara), pelabur asing yang lari ke negara lain, bursa yang merudum paling buruk dalam dunia, cukai SST yang menipu rakyat dengan kadar 16%, hutang negara yang meningkat mendadak, penjualan aset negara secara lahap, kemunculan gerakan pengganas Tamil Eelam, tindakan kerajaan menjarah keuntungan Petronas, integrasi nasional yang parah dalam sejarah negara, dan negara diasak dengan gerakan untuk menjadikan Malaysia negara Republik Kristian-Zionis. Banyaklah lagi senarai kegenjotan yang terlalu panjang untuk dicatatkan.
Lantas, apa yang didakwa oleh Mohammed Ibrahim adalah benar, Malaysia sedang dilanda krisis seolah-olah negara sedang ditolak ke liang kubur!
*****
Tinggalkan Jawapan