MAHATHIR MAIN WAYANG BASI DI NEW YORK

Media Malaysia memuji dan menyanjung tinggi Tun Mahathir sebagai wira Malaysia yang berani mengkritik Yahudi sebagai punca keganasan global semasa dia di New York semalam.

Ibarat anjing yang menyalak bukit, atau kucing tua yang cuba menggigit bapa harimau, Mahathir amat berani melabelkan Israel sebagai punca kepada ‘terorisme modern’ (modern terrorism) atau keganasan modern atau boleh sahaja diistilahkan sebagai neo-terorisme.

A A A A A A AWAYANG 1

Sememangnya Mahathir dipuji kerana keberaniannya bercakap dalam persidangan PBB menentang Yahudi, malah tidak ada rasa malu apabila terdapat golongan yang mengadakan tunjuk perasaan menentang pandangannya yang dilihat sebagai sudah basi, tidak berkesan dan sia-sia.

A A A A A A AWAYANG 2

Tanpa memikirkan kesan geo-politik mahupun diplomasi politik terhadap ekonomi negara yang meleset, dan sebagai pemimpin negara kerdil yang hanya mempunyai 4 jet pejuang (sebagaimana dinyatakan oleh Mat Sabu), Mahathir berpegang kepada ‘kebebasan bersuara’ untuk menentang pihak yang melabelkannya sebagai ‘anti-Yahudi’.

Namun Mahathir lupa bahawa dia telah disenaraikan dalam senarai ‘Diktator Dunia yang Terkenal’ oleh badan penarafan Ranker, dan semasa dia memegang tampuk pemerintahan sebagai PM yang ke-4, ramai yang telah disumbatnya ke penjara (rujuk Operasi Lalang) dengan menggunakan ISA wewenangnya.

Hanya setelah ISA dibubarkan pada era DS Najib Razak serta kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh DAP pada era PH, baharulah pula Mahathir mahu menggunakan hak kebebasan bersuara.

Kontradiknya semasa dia berkuasa pada era 1981- 2003, khususnya pada ketika meletusnya ‘Reformasi’ dia digelar Mahafiraun, dan Mahazalim.

Ibarat kucing tua yang sudah tidak bergigi, di negara sendiri secara jujur dia mengaku bahawa dirinya hanyalah ‘boneka kepada DAP’, Mahathir cuba menjadi juara Dunia Ketiga, sedangkan hakikatnya pada waktu ini Malaysia sedang mengalami krisis dalaman paling teruk dan buruk sejak merdeka.

Ekonomi negara meleset ketinggalan di bawah Indonesia, Filipina dan Vietnam, sedangkan sebelum dia diangkat semula sebagai PM, ekonomi Malaysia adalah kedua terbaik di Asia tenggara selepas China di bawah BN.

Namun kejanggalan ‘laungan anti-Yahudi’ oleh seekor kucing tua di New York, hanyalah merupakan sebuah wayang basi, yang tidak lagi berkesan, ibarat anjing hipokrit yang menyalak bukit.

Hakikatnya di negara sendiri, konco-konco Mahathir daripada kalangan kepimpinan DAP, amat menyanjung tinggi Israel yang digelar Mahathir sebagai pembenih ‘terorisme modern’.

Di negaranya sendiri, DAP sebagai parti yang mendominasi gabungan PH, dipersepsikan sebagai ‘Israel Kecil’ yang tidak pula diendahkan oleh Mahathir.

A A A A A A AWAYANG 10

Selain itu, DAP juga pernah menyarankan supaya Malaysia membuka kedutaannya di Israel. Mengapakah Mahathir diam membisu tidak seperti anjing tua menyalak bukit, sebagaimana lagaknya di New York?

Malahan sebagaimana dakwaan bekas Pengarah Strategik Melayu-Islam DAP, parti yang mendominasi kerajaan PH itu telah menerima dana sejumlah RM1.2 bilion daripada sebuah pertubuhan negara Israel bagi membantu DAP memenangi pilihan raya di Malaysia.

A A A A A A AWAYANG 4

Selain itu, Senator Ibrahim Abu Shah, juga telah mendedahkan bahawa DAP telah mengatur perancangan melalui pemimpin Evangelis mereka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara ‘Republik Kristian-Zionis’ yang mendukung ideologi Zionis untuk menguasai politik dunia.

A A A A A A AWAYANG 5

Lihat sahaja lambang parti PKR. Tidakkah lambang itu menggambarkan mata satu dajjal yang menjadi pengagungan Zionis?

Lihat pula lambang parti PAN. Tidakkah ia menyerupai lambang ‘Freemason’ yang juga berteraskan kepada zionisme? Demikianlah juga dengan logo Pakatan Harapan yang menyuntik lambang ‘freemasonry’ yang merupakan pejuang zionisme.

 

Dengan itu, mengapakah dalam negara sendiri Mahathir hanya melihat dan mendiamkan diri?

Adakah Mahathir mahu membenarkan dakwaan rakyat Malaysia yang tersebar dalam media sosial, bahawa dia adalah boneka mahupun kaldai DAP?

Jika DAP bergantung hayat dengan dana Israel, tidakkah Mahathir juga secara tidak langsungnya adalah ‘boneka Israel’.

Lantas, apa sahaja laungan dan nyalak Mahathir di New York tidak lain hanyalah mainan wayang basi.

Dunia luar mungkin tidak tahu, tetapi rakyat Malaysia tahu siapakah Mahathir, siapakah Anwar Ibrahim dan siapakah Lim Kit Siang sebenarnya.

*****

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: