MAHUKAH PENGUNDI CINA DI TANJUNG PIAI MEMILIH BN?

Persoalan sama ada pengundi Cina akan menyokong BN, dibangkitkan bukanlah kerana persepsi perkauman atau rasisme, sebaliknya persoalan ini dilontarkan berdasarkan keputusan PRU14 bagi P165 (Tanjung Piai) yang baru lalu.

Persoalan ini juga terbangkit di tengah-tengah semangat ‘Penyatuan Ummah BN-PAS’ dan konsep kerjasama yang lebih terbuka kepada kepelbagaian kaum iaitu ‘Muafakat Nasional.’

Pengundi berdaftar di kawasan parlimen P165 berjumlah 53,528 pengundi mengikut daftar pengundi pada PRU14 dengan komposisi kaum 56.8 % Melayu, 41.64% Cina, serta 1.01% India.

Kematian Ahli Parlimen Tanjung Piai, YB Dr Md Farid Md Rafik, 43 dalam usia yang begitu muda sungguh mengejutkan. Dr Md Farid adalah Ahli Parlimen daripada parti PKR.

Walau bagaimanapun PRK P165 tetap akan dijalankan bagi menentukan pengganti Ahli Parlimen Tanjung Piai itu demi kebajikan dan pentadbiran bagi kawasan parlimen berkenaan.

Merujuk kepada keputusan PRU14, Dr Md Farid telah memperolehi 21,255 undi menewaskan calon BN, Wee Jeck Seng (20,731 undi) dengan majoriti 524 undi, manakala calon PAS memperoleh 2,962 undi.

Jumlah yang telah keluar mengundi ialah ialah 44,948 atau 83.9% tanpa mengambil kira undi rosak.

Adakah BN akan meletakkan calon MCA (Cina) pada PRK Tanjung Piai itu, untuk memberikan peluang kedua kepada MCA?

Rakyat dan kaum Melayu UMNO mahupun PAS, sedia maklum bahawa daripada 58 kerusi parlimen di Semenanjung yang dimenangi oleh BN hanya 1 sahaja yang diperolehi daripada MCA, atau secara kasarnya hanya 1 sahaja sumbangan daripada kaum Cina.

A A A A A APIAI 2

Dengan itu, daripada perkiraan peratusan, MCA hanya menyumbangkan 1.72% kerusi parlimen kepada BN.

Adakah sentimen pengundi Cina terhadap BN sebagaimana yang ditonjolkan pada PRU14 sudah berubah?

Kami percaya bahawa sentimen ‘kebangsaan’ bagi kaum Cina amat tebal dan susah untuk diubah, apatah lagi apabila diasak dengan politik kebencian DAP, dan diperkukuhkan lagi apabila pemimpin defactonya Lim Kit Siang telah lama berkampung di parlimen Iskandar Puteri, Johor.

Hakikat penolakan kaum Cina terhadap BN disokong oleh Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang mendakwa bahawa “hampir 95-97% pengundi Cina telah memberikan undi mereka kepada DAP-PH-PKR” pada PRU14 yang lalu.”

A A A A A APIAI 3

Tunku Abdul Aziz bertanya “Apakah justifikasi apabila hampir 95-97% pengundi Cina telah memberikan undi mereka kepada DAP? Ini sekaligus memberikan persepsi slogan ‘negara berbilang kaum’ yang dilaungkan oleh DAP sebenarnya tidak lebih daripada satu ‘pembohongan’.

Data sedemikian (95-97% undi Cina kepada DAP) disokong oleh penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin dengan dakwaannya bahawa 95%-98% kaum Cina di Malaysia menyokong DAP-PH, bukan kerana mereka mahukan kerajaan yang bersih sebagaimana retorik politik DAP, sebaliknya adalah kerana sentimen bangsa dan agama mereka sendiri.

A A A A A APIAI 4

Analisis data PRU14 bagi P165 Tanjung Piai, menunjukkan bahawa penyokong kaum Cina kepada calon MCA, Wee Jeck Seng, adalah amat tipis iaitu 357 daripada kadar 1.72% mengikut kadar sumbangan MCA kepada jumlah parlimen BN.

Ia juga signifikan dengan kadar “95-97%” mahupun “95-98%” sebagaimana yang disarankan oleh Tunku Abdul Aziz dan Raja Petra.

Justeru kami percaya bahawa sebahagian besar undi untuk Wee Jeck Seng adalah daripada sokongan kaum Melayu yang menyokong BN.

Sememangnya Wee Jeck Seng amat mesra dengan pelbagai kaum di Tanjung Piai, namun parlimen Tanjung Piai bukan hanya sekadar berdiri bertongkatkan Wee Jeck Seng seorang diri. Tanjung Piai adalah kawasan majoriti Melayu.

Apakah kaum Melayu boleh melupakan sahaja akibah PRU14 setelah bangsa Cina DAP berkuasa?

A A A A A APIAI 5

Pengundi berdaftar di kawasan parlimen itu berjumlah 53,528 pengundi mengikut daftar pengundi pada PRU14 dengan komposisi kaum 56.8 % Melayu, 41.64% Cina, serta 1.01% India.

‘Muafakat Nasional’ tidak seharusnya memperjudikan undi penyokong PAS semata-mata, kerana kaum Cina DAP tidak langsung menghormati agama Islam setelah mereka mendominasi kerajaan PH.

Islam dihina, punca pendapatan kaum Melayu dirampas, aset harta institusi Melayu yang membela mereka juga dilelong, sedangkan kos sara hidup naik, dan ekonomi merudum di bawah pengurusan Cina DAP.

Apakah penyokong PAS dan kaum Melayu Islam mahu mengetepikan firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 28?

A A A A A AMPIAI 2

Kaum Melayu juga sudah bosan dengan retorik pemimpin Cina DAP. Lihat sahaja kematian Adib Mohd Kassim, adakah mana-mana pemimpin politik Cina yang ambil peduli?

Lihat sahaja Salib Gergasi yang ditegakkan di Pulau Pinang, adakah pemimpin kaum Cina ambil peduli?

Lihat sahaja robohan rumah penduduk Melayu di Paya Jaras, adakah pemimpin kaum Cina ambil peduli?

Lihat sahaja tindakan mengurangkan penjawat awam yang 90% daripadanya adalah kaum Melayu-Islam, adakah pemimpin kaum Cina ambil peduli?

Adakah pemimpin kaum Cina ambil peduli apabila sindiket menjual MyKad kepada pendatang daripada negara China dibongkar?

A A A A A AMIMPI 7

Malahan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Howard Lee Chuan How berkata, sekiranya ada sindiket menjual Mykad kepada kaum pendatang China, “Baik (kaum Cina) berdiam diri sahaja dan teruskan menjual MyKad.”

Meskipun kenyataan Ketua DAPSY itu bersifat sinis, tetapi itulah yang sebenarnya tertanam dalam lubuk hati mereka. Lihat sahaja puluhan ribu pengundi Cina dalam sesuatu kawasan DUN dan Parlimen di Pulau Pinang. Dari mana mereka ini datang?

Penganalisis politik Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah juga telah menyatakan pandangannya supaya ‘Muafakat Nasional’ UMNO-PAS meneliti dengan halus sekiranya mahu meletakkan calon MCA. Ia amat berisiko.

A A A A A APIAI 6

Namun adakah UMNO-PAS sanggup menjejaskan semangat setiakawan dengan MCA, kerana Tanjung Piai telah diberikan kepada MCA sebelumnya?

Walau bagaimanapun PRK Cameron Highlands telah membuktikannya bahawa semangat setiakawan UMNO-MIC tidak terjejas apabila parlimen Cameron Highlands dipindahkan kepada UMNO, dan wakil UMNO, Ramli Mohd Nor telah menang dengan keputusan yang amat membanggakan.

Tinjauan cetek kami pula menunjukkan bahawa pengundi Melayu Tanjung Piai mahu Wee Jeck Seng dicalonkan semula kerana kemesraannya dengan penduduk Melayu.

Persoalannya adakah kaum Cina masih mahu menyokong BN, sedangkan PRU14 telah menunjukkan hanya 1.7% pengundi Cina menyokong BN?

Dilema ini ditojah lagi apabila PRK P165 Tanjung Piai ini akan menjadi titik sejarah atau junktur sejarah politik yang akan melihat keberkesanan penyatuan umat Islam-Melayu yang didukungi UMNO-PAS.

Rakyat mahu lihat kemenangan yang ditegakkan daripada acuan ‘Penyatuan Ummah UMNO-PAS,’ mahupun Muafakat Nasional.

Jika BN kalah di Tanjung Piai, kesan psikologi dan pengaruh politik terhadap ‘Penyatuan Ummah’ pastinya luka parah.

Amat salah juga untuk mengatakan bahawa UMNO akan kalah di PRK P165 jika BN meletakkan calon Melayu kerana pengundi Cina tidak akan menyokong calon Melayu.

Hakikatnya pada PRU14 pun sememangnya tiada sokongan yang signifikan daripada kaum Cina.

PH pasti akan bijak meletakkan calon Melayu kerana P165 Tanjung Piai adalah majoritinya terdiri daripada rakyat Melayu (56.8%) melebihi pengundi Cina (41.64%) dengan 15.16%.

Di tengah-tengah dilema BN-PAS-MCA mahu memilih calon P165 Tanjung Piai, wujud pula ugutan daripada Ketua MCA Kapar, Song Kee Chai untuk keluar parti sekiranya BN meletakkan calon Melayu.

A A A A A AMPIAI 3

Tindakan Song Kee Chai itu adalah satu tindakan biadap yang menunjukkan bahawa kaum Cina seperti inilah yang tidak tahu menilai semangat setiakawan.

Orang MCA sebegini sepatutnya tidak boleh dibiarkan wujud dan harus dipecat, kerana ugutannya hanya akan membangkitkan kemarahan pengundi Melayu yang lebih 19,000 telah menyokong Wee Jeck Seng.

Adakah Wee Jeck Seng cuba mensabotaj calon BN mahupun Muafakat Nasional di Tanjung Piai?

Oleh itu, baik DS Dr Zahid Hamidi mahupun DS Hadi Awang, apatah lagi DS Dr Wee Ka Siong, hendaklah berfikir semasak-masaknya bagi menentukan siapa (MCA atau UMNO) yang akan bertanding di PRK P165 Tanjung Piai nanti. Pihak PH juga mempunyai strategi yg kukuh untuk mengalahkan BN.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: