SINDIKET JUAL MYKAD ANCAM KESELAMATAN NEGARA

Dua juta pekerja asing hilang tanpa dapat dikesan setelah tamat tempoh permit kerja mereka. Namun setelah ada antara mereka yang telah ditangkap didapati pula bahawa mereka berstatus warganegara dengan memiliki MyKad yang asli.

Wartawan BH, Wan Noor Hayati Wan Alias telah berjaya membongkar sindiket penjualan MyKad kepada warga asing, yang dilihat sebagai pengkhianatan kepada kedaulatan dan keselamatan negara.

A A A A AMYKAD 2

Daripada statistik Jabatan Perangkaan Negara, didapati berlaku pertambahan luar biasa penduduk di Sabah dan di Semenanjung, apabila 70% penduduk Sabah bukanlah daripada etnik Sabah, sebaliknya adalah pendatang asing. Hanya 30% merupakan rakyat asal daripada etnik Sabah.

Adakah perkara sama berlaku di Semenanjung?

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), yang terlibat dengan pengambilan pekerja asing telah mendedahkan bahawa kira-kira 2 juta pekerja asing yang masuk ke Malaysia telah hilang tanpa dapat dikesan.

Malangnya apabila ada antara mereka yang ditangkap, mereka didapati memiliki MyKad dan berstatus warganegara.

Bagaimanakah pekerja asing ini boleh memiliki MyKad yang menjadikan mereka warganegara Malaysia sedangkan mereka tidak pula diberikan taraf ‘penduduk tetap’?

Pendedahan daripada pihak keselamatan (imigresen dan polis) mendapati bahawa ada juga dalam kalangan pendatang asing ini yang menggunakan MyKad haram tersebut untuk mendapatkan pasport keluar-masuk Malaysia sebebas-bebasnya.

Hal ini amat menakutkan kerana,

  • penjualan MyKad kepada pendatang asing ini akan mencabuli hak rakyat tempatan,
  • mewujudkan pemilih haram dalam pilihanraya,
  • menggugat kedudukan politik kaum Melayu-bumiputera
  • pendatang asing ini tidak akan mengangkat semangat integrasi nasional kerana mereka bukanlah merupakan rakyat tempatan
  • menggugat keselamatan negara, sekiranya mereka ini bersekongkol dengan kuasa asing sebagaimana yang pernah berlaku dalam tragedi Lahad Datu

Pendedahan Wan Noor Hayati juga telah membawa kepada penangkapan pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara yang menguruskan permohonan MyKad.

Malangnya pendedahan itu berlaku setelah pendatang asing bermastautin di negara ini.

Dengan kata-kata lain, sindiket MyKad palsu ini telah berjalan sekian lama.

Kini golongan pendatang asing ini telah berjaya membina koloni mereka sendiri dan menguasai aktiviti ekonomi di kawasan-kawasan tertentu.

Mereka juga menubuhkan kumpulan kongsi gelap untuk melindungi koloni dan aktiviti ekonomi mereka daripada orang luar.

Mereka juga sudah mengambil alih sektor perniagaan yang dahulunya dikuasai oleh penduduk tempatan.

Misalnya kita dapat lihat dengan jelas bagaimana golongan ini sudah memonopoli perniagaan di pasar-pasar borong dan juga di pasar raya.

Misalnya, perniagaan di Jalan Chow Kit kini telah dikuasai oleh pendatang Indonesia, kawasan Selayang dikuasai oleh pendatang Myanmar, bandar Nilai dikuasai oleh pendatang Bangladesh dan Afrika, manakala pendatang Indonesia dan Filipina pula sudah menjadi penduduk tetap majoriti di Sabah.

Malangnya pihak keselamatan tidak nampak bagaimana pendatang asing China sudah mula memonopoli sesetengah kawasan bandar, kerana wajah dan fizikal mereka susah untuk dibezakan kecuali bagi mereka yang dapat menguasai dialek bahasa etnik daripada China.

Situasi ini memperkukuhkan kedudukan politik kaum Cina di bandar, sebaliknya melemahkan lagi kuasa politik etnik Melayu di kawasan luar bandar apabila golongan pendatang ini ‘dibela’ oleh parti politik yang menolak kedudukan istimewa kaum Melayu-Bumiputera.

Oleh kerana golongan pendatang asing ini bukan daripada etnik bumiputera maka mereka mungkin lebih cenderung untuk menyokong ideologi songsang ‘sama rata’ yang dilaungkan oleh DAP dalam dogma ‘Malaysian Malaysia.’

A A A A AMYKAD 3

Bagi golongan elit China, baik dari Hong Kong, Taiwan mahupun tanah besar China, mereka sanggup membayar RM1.3 juta bagi mendapatkan taraf ‘warganegara ekpres’ melalui sindiket MyKad dan pasport palsu.

Meskipun beberapa pegawai tertinggi Jabatan Pendaftaran Negara telah ditangkap di Pulau Pinang, namun berpuluh ribu MyKad telah dilaporkan terlepas ke tangan pendatang asing dalam sindiket berkenaan.

A A A A AMYKAD 4

Masakan lojik sekiranya 1.8 juta MyKad dilaporkan hilang setiap tahun, kecuali ia didalangi oleh sindiket penjualan MyKad.

Isu sindiket yang mengancam negara ni menjadi lebih parah apabila kerajaan PH kini sedang membuka ruang melalui kempen HOC (House Ownership Campaign) kepada pendatang asing China untuk membeli hartanah di Malaysia dengan alasan bahawa terdapat lambakan rumah mewah yang tidak terjual.

Hal ini berkontradik dengan sikap Tun Mahathir terhadap projek Forest City yang membuka ruang untuk rakyat asing memiliki harta secara pajakan 99 tahun.

Kami melihatnya tindakan pemimpin PH seperti menjilat muntah sendiri.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: